31.12.10

Moga esok ada lagi

Belek beberapa tahun ke belakang, aku lihat aku yang rapuh berteriak tak tahu malu menggalas perasaan penuh emosi. Cuba mencuba setiap percubaan yang menghulur. Aku ini juga manusia yang tak kunjung lelah mencari pasangan kepada rusuk yang aku kendong. Apa kau ingat aku mahu hidup seorang-seorang begini?

Semua orang mahukan side-mirror. Percayalah.

Masa kadangnya terasa begitu suntuk. Membingit tak tentu pasal berpenghujungkan penyesalan bertimpa-timpa. Faktor-faktor bodoh yang membodohkan kita dalam mengecap rencah sekeliling semakin membiak. Aku juga tahu bersungut bila wang yang dijulang tinggi dalam masyarakat. Bukan lagi tingkah laku adab sopan serta bahasa jiwa bangsa.

Selamat tinggal dua ribu sepuluh.

29.12.10

Memburuk dan lenyap

Atas beberapa keterbatasan hidup, aku cuba buangkan perasaan yang semakin bercambah ini. Alangkah baik jika ada tarikh luput padanya.

Sebab aku macam makin lemah nak hadap semua ni.

Petang semalam

I barely had my strength to stand still. The gaze you put on me really is something. Should I just kill you?

I could die anytime soon if you keep looking at me like that.

27.12.10

Kalau boleh setiap kali hati aku rasa tak sedap, aku nak je terjah kau depan-depan, pegang bahu kau kemas-kemas, usap rambut kau, pandang tepat ke mata kau, dan tanya kau dengan nada paling melankolik;

"Kau okey?"

26.12.10

Gimme reasons for this

Kau senyum. Aku senyum. Kau senyum lagi. Aku senyum lagi. Aku senyum sebab kau senyum. Tapi manusia, apa sebab kau senyum sebenarnya?

17.12.10

Aku ini manusia yang penuh dengan jiwa. Aku ini seorang penjiwa. Jiwa aku penuh dengan cinta. Tetapi itu tidak bermakna aku ini seorang pencinta yang jujur cuma. Kerna aku juga boleh menjadi pembenci yang paling keras.

14.12.10

Aku suka kau

Sebab tidak pernah menjustifikasikan cinta aku pada kau wahai manusia. Aku ini jika ditanya mungkin cuma akan berkata ya untuk soalan lazim seperti adakah benar aku suka kau. Jika ditanya sebab, aku cuma boleh jawabkan dengan menjungkit bahu dan berkata tak tahu. Aku betul tidak tahu apa sebab untuk aku suka kau. Aku suka kau. Itu saja.

12.12.10

Ter-perasan

Beberapa hari lalu aku baru terperasan akan sesuatu. Heh, sudah lebih setahun rupanya aku ciptakan ruang di sini. Selamat ulangtahun; kau memang melampau.

9.12.10

Reason is not what decides love. -Moliere

3.12.10

Wish(es)

I wish I could hug you right now. I wish I could tell you I'm sorry for not always being the comfort zone you need. I wish I could grant all your wishes even if it sounds out of reach in the first place. I wish I could laugh all your stupid jokes with all my heart until the ceiling fall. I wish I could listen to all your nonsense rambles even if I need to kill my lifetime. I wish I could smell you all the time because it makes me feel good.

Because when I don't get enough of you, I tend to go berserk.

I wish you know.

21.11.10

Memory #3

Angin yang membawa aku jelajah kota semalam sudah pergi. Aku di sini bersama beberapa cebis memori yang kau lupa bawa bersama. Heh. Aku sorokkan ia dalam. Sedalam boleh supaya kau tak dapat padamkan segalanya. Akan tetapi sesal yang aku bunuh dahulu datang kembali. Hantu betul. Aku fikir aku menang bila aku masih dapat putarkan setiap detik kita. Ya, waktu-waktu di mana kita sama-sama terbuai dalam perasaan masing-masing. Aku fikir memori sebegini dapat kukuhkan kondisi aku yang semakin bodoh menghadap dunia. Tapi aku salah. Sepatutnya aku biar saja kau ambil semua ini pergi. Supaya aku yang rabak ini tidak perlu mengingati setiap kenangan yang kita ciptakan bersama.

Mungkin roda sedang berputar terlalu perlahan. Jadi rabak yang ini bagai beribu tahun tempohnya. Bahagia, mana kau?

19.11.10

Hatred is a very underestimated emotion.
-Jim Morrison

18.11.10

The sound of cello never fails to make my heart skipped a beat

Tonight, all by myself; I stay in the dark. Wishing you would come and tap me on the back. You gonna tell me that everything is going to be okay as usual. Then I'm back on the reality track.

15.11.10

Perlahan-lahan jiwa meninggi diri. Belum pernah ia bongkak selama hidup. Mungkin kiranya kali ini atas dasar ia berjaya menyelam sedikit ke dalam laut rasa seorang manusia seperti kau. Manusia yang ia rasa ada kimia walaupun secara fizik; graviti tidak sepatutnya membawa ia ke situ.

14.11.10

I believe in love

The ethics on which I am holding onto right now is having an earthquake. The whole world is shaking yet I am numb. I open my eyes today just to realize it was just another mundane one. I guess all I need is some love from you. So please my dear; spread some to me.

The hell go with troublesome. I am a hater who deeply believe in love.

I grow up gripping firm on love. And some hate along.

And what I know is to stay alive means you; are all I need to have endless supply of love.

Now--come to me.

12.11.10

For some people; to love and not to love someone is an easy thing to do.

11.11.10

Aku tak harap sangat untuk jadi somebody to everyone. Aku hanya mahu jadi somebody untuk kau. Dan beberapa manusia yang menganggap aku penting dalam kitaran hidup mereka.

Aku seperti menggenggam pasir dalam tangan kosong. Setiap butir itu adalah manusia sekeliling. Semakin aku berusaha menggenggam kemas, semakin jatuh dan hilang mereka--jauh pergi dari aku.

Lepas tu macam biasa, aku kena tinggal sorang-sorang lagi.

8.11.10

Mungkin aku cuma perlu tampalkan saja riak tenang setiap kali kita berjumpa. Setiap kali mata kita bertemu pandang. Atau aku perlu tonjolkan apa sebenarnya yang aku cuba sorokkan di belakang pandangan yang aku bagi sekilas itu? Dan ya kau buat aku jeles dengan kesempurnaan yang kau tunjuk tampilkan.

7.11.10

I look up today to see the sky turns grey. My gaze just stay there. Until you came and steal it away.

Aku pandang atas menikmati langit dan awan bergaul menjadi kelabu. Matahari hilang. Hujan turun dengan lebat; just like a storm it came and went off slightly. Pandangan aku kosong. Hingga kau datang bagi aku macam-macam rasa.

5.11.10

Memory #2

I just want us to own another chance. Or a few more chances for you and me. Or lot of them. Just to re-affirm that we are dedicated to each other. We made us. You and I; we can't be separated. It's just a matter of time before this moment exploded and I need to re-assemble them back to their place.

I miss those time when we were alone. At the beaches. Slurping the breeze of the ocean. The touches of the wind that tingles. To breathe the same air as yours is something I would plant forever in the head.

And now the ocean is still there. But us is not.

Memory #1

I can't even state how much I like the word 'us'. And I can't even tell what affection you gave me. It is too much sometimes I can't handle my feeling when you are near.

But even before I was ready to handle everything; you left. I don't even got the chance to have a firm grip before falling hard again.

And yes I did fell again. Like I said--hard. Pretty hard to realize that the world stores enough monsters to kill me every now and then just to make sure I bit my own lips. Fuck.

4.11.10

All I'm writing is just what I feel, that's all. I just keep it almost naked. And probably the words are so bland. -Jimi Hendrix

2.11.10

Manusia yang sibuk

Manusia jika ditanya semuanya konon sedang sibuk mengejar kekayaan. Tetapi masih ramai yang menganggur dan goyang kaki. Melepak tanpa hala tuju. Semakin melambak bersidai bersepah di kaki lima geng peminta sedekah. Secara halusnya--peminta rezeki. Semakin berderetan juga yang sibuk nak ceburi MLM. Sibuk sana-sini.

Mengganggu gugat ketenteraman aku yang sedang sibuk layan solitud dengan kafein di sini.

1.11.10

Tapi aku masih hidup

Jika ditanya apa yang aku cari dalam seorang kau wahai manusia, aku juga akan jawab tidak tahu seperti manusia-manusia yang masih pejam dalam pencarian identiti diri. Aku tak tahu apa perlu difikir untuk menghentikan penyuburan perasaan untuk kau yang giat ini.

Semakin hari semakin menebal begini bagaikan aku ditusuk kayu ceracak yang tajam. Perlahan ditolak dalam dan ditarik kembali berulang kali. Membunuh setiap inci tubuh parasit yang ada.

Sampai mati.

Yang mana akan menjanjikan kosong untuk aku. Tapi aku masih hidup. Jadi rasa yang ini sangat pelbagai.

30.10.10

Dulu sekarang

Aku dulu tak pernah kenal erti susah. Kemudian lepas kenal erti susah baru aku mula kenal hidup. Sebelum ni cuma ikut-ikut saja. Tak pernah pandai nak fikir lebih. Dan seronok juga bila dah faham sikit-sikit apa feel hidup ni. Cumanya bila dewasa kita banyak terlepas pandang. Terlebih seronok tak cukup serius. Tak cukup seronok terlebih serius. Ketawa kurang, duit kurang, makan kurang walaupun nafsu banyak, rokok tak ada, kawan lari, tidur entah mana-mana. Segalanya tunggang langgang.

Tunggang kuda ada juga bestnya. Asalkan jangan jadi si tanggang.

29.10.10

Letih dan stress

Lepas tu jadi serabut. Mula la nak fikir bukan-bukan. Konon nak lari lah. Padahal kalau suruh pergi jogging satu kilometer pun dah malas menggila meroyan. Tapi bab usha orang laju pula otak nak menerawang jauh. Hairan. Nak kata perut dah ada sixpack tak juga.

Berkerut-kerut aku tambah lagi beban berfikir.

Sini tengok aku

Lemah longlai. Hancur luluh. Segalanya lebur dalam pertempuran masa. Setiap debu yang ujud aku perincikan hingga ke zarah terkecil. Bisik-bisik hidupan malam seperti aku ini apa sangatlah yang ada. Dalam telahan yang kau cuba buktikan mungkin ada aku terselit bersama. Syukurlah daripada tiada apa langsung kan. Heh. Apa lagi yang aku perlukan selain dari ingatan tentang momen-momen yang telah aku bekukan di sini. Tentang rasa, jiwa, celaru dan gundah yang seringkali mengundang berbilion jenis perisa untuk aku calit tampalkan di hujung bucu katil ini. Manusia, aku mahu benar kau tahu setiap niat yang tersembunyi di balik setiap senyum yang aku palitkan ini.

Pandang mata aku.

27.10.10

Tiada yang akan dapat faham apa yang cuba aku sampaikan. Dan kau juga mungkin begitu. Langsung tak punya agakan terhadap apa yang aku persembahkan ini. Dan aku suka begitu. Lebih baik berada dalam gelap bayang daripada dipertonjolkan tetapi tiada nilai harga.

Dan ya, konklusinya aku memang penakut. Itu ayat penyata.

25.10.10

Orang asing

Bukan macam makhluk asing. Yang tu namanya alien. Yang ini aku namakan the perfect stranger. Sebab waktu pertama kali aku terpandang kelibat kau, dah macam ada magnet besar duk tarik aku suruh pergi dekat. Tapi aku tak pergi pun. Aku anggap itu cuma crush yang aku akan lupa minit-minit kemudian.

Tapi tak.
Kau ubah persepsi aku tentang dunia. Bikin dunia aku upside down kadangnya. Buat aku lupa tentang hidup yang miserable. Kau adalah antara perkara yang aku suka fikir untuk buang resah yang tak patut dilayan pun tapi aku bebankan diri juga. Sebab selalunya bila kita bersama, aku takkan fikirkan tentang masalah yang bukan-bukan pun. Setentunya waktu-waktu begitu aku lebih sibuk cuba mengawal detak jantung aku yang tak tentu hala.

Tapi sekarang ni aku sedang sibuk betul. Sampai lupa aku perlu fikir tentang kau untuk buat hidup lebih tenang.

24.10.10

Gugup

Selalunya aku cuma pandai bagi sepatah dua ayat pertama bila dengan kau. Lepas tu aku akan jadi gugup bagai atau cakap sepatah dua kata saja konon pura-pura cool. Sebabnya bila aku bercakap, aku suka pandang muka kau. Nak tengok reaksi serba sedikit tentang percakapan aku. Tapi bila dah tarik perhatian bagi mukaddimah bagai, mestila kau pula pandang aku bila aku duk bercakap tu.

Tapi bila macam tu aku dah tak tahu nak susun ayat macam mana dah.

22.10.10

Perasaan yang semacam

Aku musykil betul ke kau ni manusia. Sebab manusia selalunya buat aku fedup dan bermacam jenis perasaan gundah lagi dia boleh bagi. Tapi kau buat aku rasa lain macam.

Perasaan yang semacam. Lain macam. Macam-macam.

19.10.10

Rancangan

Genggaman sudah tidak sekuat dulu. Aku tidak rasa aku sudah kurang percaya akan takdir yang akan menjodohkan kita. Cumanya gundah itu ada di setiap ucapan kata yang aku lontarkan sebagai doa bila menghadapNya.

Aku sudah tidak punya semangat untuk teruskan pekerjaan yang semakin hari semakin membeban. Heh. Selagi tidak diselesaikan setiap persatu memang akan beginilah. Padahal aku tahu aku mampu buat semua ni. Orait.

Terus-terus saja dulu. Itu rancangannya.

17.10.10

More than words

I love words. But words alone cannot express my longing for you. So I stay silent and wait. And wait. I think the longer I wait the bigger the feelings grow.

I--have a big heart. So it does not matter how much longer the waiting would be, I believe that the heart got enough space to put them in safely.

16.10.10

Nak ikat simpul mati

Aku tahu kau pun suka begini-begini saja--punya konsep melengkapi. Tanpa ada ikatan yang nyata. Tanpa perlu komitmen bertulis. Aku tahu kau suka begini. Aku pun pernah suka keadaan begini-begini saja. Tapi sekarang dah lain. Jadi kalau boleh aku nak tambat kau kat sini tak mahu lepaskan tali ikatan yang aku simpul mati ini lagi.

Sebab aku takut kau pergi tanpa sempat aku bersedia apa patut.

13.10.10

We are not human beings having a sprititual experience. We are spiritual beings having a human experience. -Teilhard de Chardin

12.10.10

To be a nerd

Gugup. Takut. Risau.

Aku sedang duduk sendirian. Sedang berseronok duduk sorang-sorang.

Okey aku tipu. Tak seronok sangat pun duduk sorang-sorang macam ni lama-lama. Aku perlu tenggelam dalam dunia membaca agaknya. Jadi nerd. Pakai spec tebal-tebal.

And people gonna call me nerdy. Not loser.

Tapi jadi loser seronok apa. Tenggelam dalam dunia sendiri. Tak perlu nak kisah pasal manusia lain sangat. Kisahkan diri saja. Layan jiwa-jiwa luka. Malam-malam cuba kirakan pusingan kipas dalam satu minit contohnya.

Atau pandang dinding. Pandang dan pandang.

10.10.10

Sarat

Satu malam aku rasa tak keruan. Aku tahu aku banyak berfikir. Tapi itu saja yang aku tahu buat. Segala yang aku buat serba tak kena. Selalunya aku mudah saja nak terlentok di mana-mana bila aku susah hati. Tapi malam tu tak. Beratnya beban yang aku cuba selesaikan. Dalam benak cuma satu yang nyata. Ke-fikiran tentang kau.

7.10.10

This one is for 'I', not you

I wish for the world to understand me more. I was broken again and again due to my stupidity. I was careless every often dealing with love. And I'm pretty fucking scared right now--for real.

5.10.10

Aku ini orang yang banyak khuatir. Banyak gusar. Tapi aku suka minimumkan perasaan aku dari segi riak wajah yang terpamer. Aku lebih suka berseorangan jika diberi pilihan untuk berseronok bersama puluhan yang lain. Aku ini bukan manusia tipikal yang kau boleh ketemu di jalanan. Tak. Aku bukan nak nampak lain pada pandangan kau kat sini. Dah memang fakta aku banyak sifat beda yang mencirikan aku ini lain berbanding mereka. Dan aku yang selalunya banyak tahu daripada tak tahu semua ni sungguh tak dapat menilai maksud kenapa degup aku kencang waktu pertama kali sepasang mata ini menangkap kelibat seorang kau beberapa tahun ke belakang dulu.

3.10.10

Some guessing

I close my eyes and get some sleep whenever the head is bundled and jammed. It's the only escapism I am capable of doing.

Today; the hand I love to hold is not there when I reached out. I started making some guessing of whether the gravity is not working properly or the magnetic field is being ridiculous for straying you away from me.

2.10.10

The insider

Untuk ada di setiap penghujung rajuk. Untuk sama-sama menikmati detik nafas terakhir seorang manusia seperti aku. Yang hidupnya dirasakan tak punya banyak kepentingan dalam dairi hidup manusia sekelilingnya. Yang dia percaya sesungguhnya menjadi seorang yang tidak berlebih komitmen itu lebih bagus daripada mengabaikan tangggungjawab. Yang hari-harinya disuap kosong dengan mimpi-mimpi indah/ngeri yang adakalanya dia cuba sogokkan umpama realiti. Untuk punya mimpi yang dia tidak mahu bangun-bangun lagi bukan senang macam makan ais kacang. Sengal-sengal gusi begitu. Susah. Dia bukan antara mereka bertuah yang bisa cipta susunkan jalan mimpi ketika tidur.

28.9.10

Malam ini aku mahu bisikkan kata cinta dalam setiap mimpi yang aku tempuh. Moga jika dalam salah satu mimpi itu ada kau; kau akan sedar dan tahu betapa aku benar-benar serius dalam hal ini.

25.9.10

I wish I knew you better to know how

-to tell you that I have been counting seconds and holding my breath every moment I caught you glancing my way.

-to let you know how many times I try to spell the-three-words-in-line when talking to you--but it just stuck in the way.

24.9.10

Keadaan sudah berubah. Kita masing-masing punya haluan sendiri. Segala kemungkinan yang sebelum ini mungkin hanya tinggal kemungkinan. Bila tiba waktunya kau akan melangkah keluar dari bulatan perhubungan yang kita wujudkan ini. Konsep hubungan yang hanya kita faham. Atau adakah aku saja yang menjadi pemimpi di sini?

23.9.10

Because we both need each other

Hari ini bila aku buka mata kau tak ada kat sebelah. Tak macam biasa-biasa. Tak macam selalu. Aku rasa sangat susah hati. Bercelaru bagai. Kalaulah waktu dapat diputar ke belakang, aku mahu amati setiap waktu mata kita bertaut walau sekejap mana pun momen tersebut. Setiap lirik mata, setiap senyum, setiap kata. Aku mahu rekodkan. Aku mula menyesal tidak mencatat segalanya dalam dairi harian macam zaman sekolah dulu. Waktu zaman cinta monyet dan monyet-monyet hangat bercinta. Sepatutnya aku perlu sentiasa bersama pen dan notepad untuk mencatat setiapnya tentang kau. Bukan taipkan dalam henfon dan kendian bila terkena virus semuanya hilang dan kena taip baru. Sungguh tak berkesan dan kurang nilai sentimentalnya berbanding tulisan. Ya, kau buat aku gemar menulis. Okey, tipu. Aku memang suka menulis. Cuma kau bagi nafas baru dalam penulisan aku. Satu hala tuju baru. Kau buat aku lebih memahami makna hidup. Walaupun definisi hidup itu sampai sekarang aku belum dapat senarai gantungkan bersama contengan lusuh di dinding tepi katil ini.

22.9.10

Because of you--

I start liking the morning breeze.
I love the smell of the rain more.
I appreciate the sight of the clouds.
I don't stop taking caffeine anymore.
I sang lullaby for myself.
I keep dreaming all day.
I sleep a lot.
I learn that this is not just my life's story.

20.9.10

The thing is-

Aku ini sentimental orangnya. Jadi banyak waktunya aku gemar habiskan seorang diri. Layan solitud. Cuba goncangkan kepercayaan yang dipegang. Malam adalah peneman tegar. Tak semestinya wajib ada nikotin di tangan. Tak semestinya perlu vroom ke sana sini. Tak semestinya ada peneman di sebelah. Cukuplah dengan ingatan pasal kau. Dah boleh bagi aku bermacam perisa dah. Pahit, kelat, masam. Heh. Semua negatif pula.

-right now I miss you.

19.9.10

It's hard to wait around for something you know might never happen. But it's even harder to give up something, when you know it's everything you ever want. Because sometimes in life, a person has to let go because their heart is just too tired of holding on. They'll always love you though.
No matter what.


-quoted somewhere

17.9.10

Helpless

Kehidupan bukan lagi ibarat udara yang refreshing. Lebih kepada sesuatu yang melemaskan. Dan dalam lemas itu kau kena jerut juga di leher dengan tangan kaki diikat kemas.

16.9.10

Padan muka

Aku suka anggap yang awan bercahaya. Kononnya awan yang bagi cahaya suruh aku tenang-tenang selalu. Padahal yang pancarkan cahaya itu matahari. Tapi aku suka nak percaya macam tu. Walaupun awan bukan duduk setempat. Selalu berubah bentuk, berarak ke lain dan sebagainya. Walaupun matahari tak pernah pergi jauh, selalu saja ada. Cuma ada kalanya tersembunyi di balik awan yang selalu dapat pujian lebih.

Awan juga yang aku kejar-kejar. Padahal aku tahu sangat matahari setia. Sanggup ada selalu. Malam walaupun dia tak jenguk dia wakilkan bulan untuk aku. Tapi awan juga yang aku cari. Sampai terkebil-kebil cari awan tak kira siang dan malam.

Lepas tu kena tinggal juga. Padan muka kau lah. Aku di atas bukan aku. Aku di atas ialah kau yang selalu membutakan cinta.

15.9.10

Aku dan kafein

Sejak aku kurangkan pengambilan kafein, aku banyak tidur. Dulunya aku yang bersistem abnormal perlukan kafein untuk tidur, sekarang ni sudah kembali normal. Aku susah nak tidur bila minum kafein. Dan tidur bila tak minum. Entah apa-apa punya addiction. Memang tak boleh stop sampai sekarang pun.

13.9.10

Waktu senggang

Bila gagal buat sesuatu yang kau dah letakkan sepenuh hati memang sakit. Ah, bosan. Malas nak banyak fikir. Aku nak korek tabung dan kira duit syiling lah. Mana tahu dapat tukar ke duit kertas dan pura-pura konon itu duit raya.

11.9.10

Aku semakin tidak jujur dengan diri sendiri.

10.9.10

Sepuluh haribulan sembilan tahun duaribusepuluh

Sudah banyak cela yang ada. Jadi aku mohon maaf pada yang terasa. Selamat hari raya.

8.9.10

4.9.10

Perkara yang paling mungkin bagi kita

Mungkin jika hati aku sudah berhenti berdegup maka sakit ini akan hilang. Bukan senang untuk bertentang mata dengan kau. Bukan mudah untuk mengekalkan ekspresi bersahaja setiap kali kita berjumpa. Tiada yang aku akan pinta lain lagi. Walaupun mungkin nanti yang tinggal cuma rasa ini, aku rasa aku sudah tidak berkisah sangat. Ia sudah lebih dari apa yang aku jangkakan ketika pertama kali mata ini jatuh pada raut wajah kau. Dan aku juga tidak percaya perasaan yang aku fikir pada awalnya cuma mainan mata, rupanya bertahan lama di hati dan sering menjadi gangguan pada ruang minda.

Mungkin jika kita tidak pernah bersua, masalah sebegini yang timbulnya menyusahkan jiwa juga tak akan wujud. Tetapi perkara yang paling mungkin bagi aku;

Jika aku tak pernah kenal seorang kau wahai manusia, mungkin aku tidak menjadi aku pada hari ini. Lebih memahami etika sekitar yang sebelum ini tidak pernah aku cuba lihat dari sudut pandangan berbeza. Kau--bentukkan seorang aku. Dan terima kasih untuk itu.

Or perhaps you should thank me as well, my dear?

3.9.10

To live in solitude

Hujan turun lebat. Tangan yang kemas memegang pensel semakin melaju. Pada kertas putih di hadapan, aku catatkan segala memori yang dapat diimbas dengan bersungguh-sungguh. Setiap data yang dapat difikirkan aku tuliskan kembali. Ada juga beberapa gambaran yang aku lukiskan dalam rupa yang mungkin kelihatan agak buruk. Selepas beberapa ketika aku berhenti. Aku tatap kertas putih di hadapan yang sudah tiada ruang putih kosong. Aku ambil pemadam dari bekas pensel dan padamkan segala kesan pensel di kertas putih tadi.

Dan aku sedar, yang setiap yang telah berlalu itu, takkan dapat aku buang begitu saja. Masih akan berbekas walaupun aku cuba padamkan sekuat mungkin. Unless kalau-kalau hati aku sudah mati, tak ada sakit.

Macam kertas putih tadi yang sudah koyak-koyak.

2.9.10

Gila

Dah terlalu muak dengan desakan hidup yang menggila. Boleh jadi warasnya sudah tak boleh ditimbang. Barangkali benar katanya aku sudah gila. Gila yang ini bukan macam gila-gila remaja wei. Yang ni macam lipan yang berkaki banyak. Setiap daripada kaki pula ada hajat masing-masing. Boleh bayangkan?

Boleh mati.

27.8.10

Amalan membaca amalan mulia

Masuk tengah hari saja perut aku mula nak meracau. Mengalahkan amuk yang tetak anak sampai terputus jari atau isterinya sampai mati. Aku usap-usapkan suruh bersabar. Aku capaikan surat khabar di tangan. Buku-buku semua aku gapai letak dekat-dekat. Segala jenis naskhah puisi dan zine juga dilonggok bersama.

Azan asar. Aku tunaikan solat dan mula membelek ayat-ayat suci Al-Quran. Ya, anak-anak. Jangan disuap makanan fizikal semata. Rohani juga perlu makan sampai kenyang.

The only moment we were alone

Dah lama aku tunggu saat begini. Saat kau dan aku berduaan tanpa ada gangguan manusia lain. Saat kita sama-sama tenggelam dalam dunia kita. Dunia kita. Betapa aku gemar menyebut perkataan 'kita'. Rasa rapat sangat dengan apa yang mampu terhubung. Dalam momen begini, akan ada saja tikanya tiada sesiapa antara kita bersuara. Berduaan dalam bunyi kesunyian. Mungkin orang lain akan kata seperti tidak serasi saja sampaikan tiada topik untuk dibualkan. Padahal dalam termenung masing-masing memikirkan perkara yang sama. Ya, aku tahu itu. Aku yakin kita memang ditakdirkan bersama. Kita punya sumber rusuk serupa. Dan kau bagai mengizinkan saja aku tenggelam ke dasar untuk sama-sama menikmati rasa yang kita punya.

Rasa yang kita punya. Kita.

26.8.10

The bullshit

I am overwhelming with love whenever I think of you--it grows bigger when I see you.

Momen-momen terutama bila mata kita tertaut, aku rasa sangat lifeless. Bagai ditarik seluruh nafas dan jiwa aku diperangkap dalam masa yang kedap-kedap sahaja. Dipujuk ruang sempit yang ada, aku ini ingin sekali bermimpi bertemu syurga.

23.8.10

Being serious could kill me silently

So maybe if I am nowhere to be seen or hold for you anymore;
then I must be dead.

For not caring about you.
For not counting every seconds catching glances with you.
For the reasons and excuses.
For missing the steps towards you.
For not showing the miracles that actually happened.
For not being the one.
For reaching away from you.

And most that I regret;
for letting you go.

Because I am a joker; and my job is to keep you happy.

22.8.10

Rasional

Aku suka bila cuaca redup-redup saja. Aku juga suka keadaan hujan melebat tak tentu hala begitu. Sebab kalaupun tika itu jiwa aku sedang menangis, maka tak akan ada yang akan sedar. Dan aku suka begitu. Aku pilih untuk begitu. Aku baru sedar yang banyak keputusan yang aku lakukan dewasa ini menggambarkan betapa aku semakin anti-sosial. Tidak berapa gemar mahu bercampur dengan orang baru. Ataupun kenalan lama yang menjauh, melainkan mereka yang hulurkan tangan pada aku dulu; maka aku akan teruskan setakat boleh. Aku ini manusia yang sukakan ikatan kawan. Tapi susah untuk punya lebih daripada itu. Mungkin aku ini penakut orangnya. Aku tak suka kecewa, jadi aku pilih pengecut pada tika-tika yang kurang kepastian. Harapan adalah doa manusia seperti aku yang hidupnya dalam ketakutan. Gentar tak tentu pasal kadangnya.

21.8.10

A writer

Seorang penulis ada kalanya gemar hanya bereksperimen kata. Penceritaan seseorang tidak semestinya berkisar tentang sebuah realiti dan mimpinya semata. Mungkin dia juga gemar menembusi sempadan dan mencipta ruang lain untuk dikongsi.

Aku gemarkan ruang penulisan yang aku cipta di sini. Menjadi diri sendiri, menjadi manusia lain, mencipta watak picisan, dan menyelam dalam laut imaginasi sendiri serta mereka-reka cerita. Penghakiman ada di mana-mana. Bukan boleh kawal semua jadi biarkan sajalah.

Untuk mencapai paras sempurna itu masih jauh. Tapi aku menuju ke situ. Dia saja yang Maha Mengetahui.

Aku hanya meng-impikan pelukan Tuhan.

20.8.10

Perasaan meluap-luap

Bulan puasa ni makin banyak aku mahu jot things down. Tapi sejak umur makin meningkat ni aku malas nak pegang buku nota kecil dan pensel ke sana ke mari.

Jadi ginilah hasilnya. Setiap minit rasa nak tekan publish post.
I wish I could see you.

Hold you.
Feel you.

Missing you so bad. An idiot I am to be blinded like this. Heading nothingness, I stumbled upon a lot of thorn-alike feeling. Directly stung to the heart; it is killing me.

18.8.10

Putaran hidup yang berulang-ulang

Mungkin dunia terlalu panas untuk aku. Mungkin aku perlu mati. Tapi di sana lebih panas bukan?

Ah. Tumpang lalu.

16.8.10

Setiap dari kita ada emosi

Emosi adalah pengaruh yang besar. Kita ini manusia; yang beremosi. Jadi aku pandang kau dengan emosi. Kau pandang aku dengan emosi. Kita melihat objek-objek dengan emosi. Kita menjaga haiwan peliharaan dengan emosi. Kaktus yang kau tanam dalam pasu kecil itupun perlu dijaga dengan emosi. Emosi ini boleh dibahagi kepada dua. Negatif dan positif. Impaknya juga ada dua. Dengan emosi yang negatif kau dapat kesan negatif, dengan emosi yang positif kau dapat kesan yang positif. Itu walaupun budak empat tahun pun tahu. Tapi kadangnya berlaku juga sebaliknya. Sebab dunia bukan lagi macam dulu. Yang kini kita tahu bumi pun sudah hampir hayatnya. Emosi yang aku cuba katakan di sini, juga ada perkaitan dengan nafsu, jiwa dan perasaan. Akal pula mungkin bersaudara sedikit jauh; tetapi pertalian itu ada. Ada antara kita cuma melihat menggunakan akal saja. Jika sedikit di luar logika yang dia sering pertahankan, maka terus dibuang segala emosi, jiwa, perasaan dan nafsu yang sepatutnya boleh dicurahkan pada perkara seperti hal-hal kesenian misalnya.

Setiap dari kita ada emosi.

15.8.10

Aku tak perlukan seribu tahun untuk mengamati sifat sendiri. Cermin yang memberi refleksi sudah cukup membicara segalanya. Langsung tidak sepayah cubaan untuk tenggelam dalam kolam anak mata seorang kau.

14.8.10

Hebat kononnya

Hari demi hari berlalu. Aku curi-curi pandang refleksi sendiri di cermin bilik. Kabur; sudah penuh dengan debu dan bersawang. Aku semakin kurang pemahaman tentang diri sendiri. Tentang sekeliling apatah lagi. Nak buka mata pun aku malas. Menceroboh ke alam lain lebih menjadi pilihan. Tapi lelap tidak bermakna masalah yang tenggelam timbul seperti ini akan jauh ke dasar terus tak naik-naik.

Aku ini pencorot yang hebat. Spesis tak sedar diri masuk bakul angkat sendiri.

11.8.10

Manusia adalah objek menarik untuk ditonton

Dapatkan kopi di tangan;
dan duduk di bangku taman.

Memerhati gelagat manusia yang lalu-lalang adalah antara hobi aku. Ataupun berbaring di rumput hijau bebas segala jenis najis dengan berbekalkan udara yang bersih dan teman yang sejiwa untuk mengkritik paparan yang ada. Oh, ia lebih kepada kemahuan aku. Sebab belum pernah cuba.

Selalunya cuma melepak di restoran makanan pantas sambil meneguk minuman bergas saja memandang manusia di sebelah, di hadapan tetapi tidak yang di belakang sebab malas nak pusingkan badan mahupun kepala.

Belakangan ini tak banyak masa. Sebab kononnya nak berjimat cermat dan menabung amalan mulia. Aku potong segala aktiviti hujung minggu yang suka melepak meraban tak tentu hala.

Baik. Selamat berpuasa. Aku puasa okeh! Harapnya istiqamah. Em.

10.8.10

Mungkin terlalu nyenyak tidur

Hari-hari buka mata aku akan duduk diam dan berfikir seketika. Cuba mengimbas kembali apa mimpi yang temankan aku sebelum itu. Selalunya aku gagal untuk mengingat apa-apa.

Bila nyenyak jadi nyanyuk?
Heh.

5.8.10

I have always discover

that I own a lot of weaknesses.
that my health is not in a pink one.
that the world has a lot in store for me to observe.
that everyone got things on their own.
that diving in people's souls is an ability I inherited.
that I am not the only living creature struggling here.
that I need to put myself in front first before others.
that to live well is not an easy task.
that I don't want to die alone;
hunger for love,
because I am pretty good at falling--for you.

3.8.10

Awan yang putih banyak berjasa

Penglihatan makin kabur. Percaturan yang aku susun aturkan sebelum ini sudah tidak boleh digunapakai. Masa-masa yang berlalu pantas sungguh tidak lagi memandang aku yang capek berlari dari dulu. Manusia adalah spesis yang boleh dikaitkan dengan haiwan bila penggunaan akal dipersoal-gunakan dengan membuta dan bodoh.

Langit selalu mendung belakangan ini. Panas-panas manja saja bila cerah mentari menjenguk. Walaupun begitu, hujan tidak pula selalu mencecah tanah.

Mungkin hati aku sudah keras itu satu penipuan.

28.7.10

To unwrap one-self

Aku bukan manusia yang melimpah dengan rasa gembira walaupun berkebolehan untuk berpura-pura begitu 24/7, sudah sebati agaknya. Seperti juga langit, takkan selalu cerah. Takkan juga selalu gelap dan mendung. Ada juga pelangi sekali-sekala di kakinya. Dia juga tahu menangis bila terlebih beban.

Dan bila dia menangis, hujan pula muncul. Setiap titis yang jatuh bagaikan melodi untuk jiwa yang merusuh. Bunyinya, baunya. Hujan bagaikan seorang teman baik tempat dicurah cerita segala lara yang terwujud. Aku ini; sangat sukakan hujan kerana hujan selalu jujur.

Manusia, kalaupun jiwanya besi buatannya, tetap juga berkarat. Tidak ada manusia yang langsung tidak beremosi, cuma mungkin dikekangkan dari menjadi pameran jalanan mata-mata yang mencuri pandang. Mungkin jiwanya sensitif, atau langsung tidak sesuai untuk dikongsi semua.

Dan aku; cuma mahu segala yang aku pinta angankan bergolek ke mari dan kekal saja di sini. Tidak di sana mahupun di situ. Memang usaha aku ke arah itu. Untuk punya untung begitu. Bukan tamak bukan untuk berkemahuan seperti ini? Aku ini baik orangnya.

Tetapi dunia selalu bohong padanya.

26.7.10

Mimpi

Aku seperti lost. Sekeliling aku ramai manusia asing. Dalam tercari-cari kelibat kau, aku disapa seorang teman baik (berlainan jantina) zaman sekolah dahulu. Dia adalah antara manusia yang aku kirakan boleh dibuat teman untuk hidup lama bersama. Sempat kami berborak mesra seketika. Out of the blue, kau datang sambar tangan aku. Kau genggam tangan aku benar erat. Buat nafas aku sedikit tersekat kerana tersentak. Kau dan aku berjalan seiringian untuk mengejar penerbangan kita; dan tangan aku masih setia dalam genggaman kau. Rupanya kita seperti telah merancang untuk ke satu destinasi. Aku bagai mengizinkan saja kau mengheret aku; seperti memang itu yang aku nantikan dari awal tadi.

Aku terjaga dan terus memandang tepat pada tangan kanan aku. Mimpi itu berhenti di situ saja. No matter how hard I try to continue dreaming about it, I failed. Dan aku gusar destinasi manakah yang kita tuju ketika itu.

It felt so real. Dan aku tahu itu cuma mainan semata.

23.7.10

Aku Memang Begini

Di setiap tertembung malu, aku larikan pandangan ke tempat lain. Jiwa-jiwa dari langit bagai membeku. Sayup-sayup berlalu segala resah setelah terlalu lama mendiam. Diam lagi. Sepi. Degupan kian perlahan. Aku tarik nafas singkat berulang kali. Dan cuba mencuri pandang sekali lagi tanpa serik dengan ulangan-ulangan yang mengekori tanpa lelah.

Mahu tahu kenapa?
Kau tak pernah membosankan aku.

14.7.10

Aku Tidak Seberuntung Itu

Lukaku semakin melebar. Selebar senyuman seorang juliarobek. Duri-duri yang menyesatkan hati aku buangkan satu persatu.

Aku tidak seberuntung seorang putera raja. Yang makan minumnya terjaga. Yang setiap katanya didengari dan dihormat patuh. Walau mungkin soal hatinya sedikit terbatas atas dasar darjat yang diagungkan, dia tetap lebih beruntung daripada aku yang dipijak-pijak ini.

Malam tetap menjadi pilihan daripada siang berpanaskan mentari.

10.7.10

Dia Bukan Robot; Dia Punya Hati Dan Perasaan

Setelah lama begini, dirinya kandas juga. Bahu yang memeluk manja sudah tidak ada. Yang tinggal cuma rangkulan lemah diri sendiri, berpura konon seperti ada yang sedang memegang erat diri dalam ruangan imaginasi tanpa batas. Imaji yang direka kini cuma tinggal bayangan kosong. Dia sudah tidak mampu; dan dia tahu itu.

Seretan kakinya lemah menuju ke satu sudut. Satu-satunya sudut kosong yang tinggal dalam ruang yang didiaminya. Bucu di antara dua dinding paparan karya coretan dia. Tampalan-tampalan lukisan hati yang rapuh. Ayat-ayat perobek yang hancur. Hatinya yang rusuh kini digenggamnya erat dalam dakapan sendiri. Betapa dia sudah tidak dapat bertahan lagi untuk terus celik. Dia pejamkan matanya - perlahan-lahan butiran jernih gugur menuruni pipinya dan mencecah lantai ruang itu.

Basah. Bantal tempat lentoknya basah. Mimpi bagai realiti. Realiti bagai mimpi. Dibukanya mata luas-luas. Menelan liur yang terasa begitu berpasir. Peluh-peluh mula memenuhi liang roma. Kipas yang ligat berpusing dipandangnya sekilas. Membisu tanpa sebarang kata; dia terus bangun menuju ke bilik air.

Azan Subuh sayup-sayup kedengaran dari masjid berdekatan.

Dia bukan robot; dia juga punya hati dan perasaan.

8.7.10

Just Guessing

I guess we stop wondering on how life is created each day by day; how God made it easy for us to discover and learn new things we sometimes do not even planned about.

3.7.10

Harapan Adalah Doa Dari Hati

Segala yang aku paparkan. Segala yang aku catitkan di ruang ini, adalah doa dari hati aku. Dengan sedikit adunan akal beserta calitan jiwa yang setiap kalinya cuba berpaut; tapi lemah untuk meloloskan diri dari kurungan.

Kurungan; adalah penjara yang menjadi halangan untuk pergerakan bebas aku. Didorong oleh perasaan kecewa dengan sejarah terdahulu, aku kekadang terpaksa saja akur dengan hukum realiti. Kenyataan; pahit macam hempedu sekalipun aku teruskan saja.

Memilih untuk menghirup kopi pekat tanpa gula adalah antara langkah-langkah untuk membiasakan diri dengan realiti yang menggigit ini.

Aku hanya manusia biasa-biasa seperti kamu. Atau mungkin kamu agak luarbiasa kerana bagaikan magnet menarik aku mendekati dan bertahan untuk tempoh lama. Mungkin kamu sebenarnya guardian angel (malaikat pelindung) yang aku tunggu-tunggu selama ini.

Mungkin Tuhan sudah mengkabulkan doa dari hati aku.

30.6.10

Menjadi Seorang Loser Bukan Lagi Pilihan Tapi Sudah Ke-tetapan

Hujan jarang-jarang sekali meneman aku di malam yang hanya disuluhkan dengan neon-neon jalanan. Malap. Suram. Turun naik nafas yang semakin semput ini aku gagahkan saja diulit nikotin yang masih menyala. Lagu yang bermain di radio tidak aku hiraukan. Hanya beberapa ketika saja akan ada kereta lain yang akan memecut laju di sebelah.

Bye. Aku mahu tidur yang lama. Bukan tidur seperti koma terlantar sebegitu, tetapi benar-benar tidur suci yang lama. Kerana tidur bisa saja membuatkan rasa-rasa yang terhiris bagai diletakkan iodin dan plaster dan terus sembuh dengan magis penuh ajaib-

untuk seketika. Dan aku ulangkan kembali tidur yang lama.

28.6.10

dua

hati yang sudah direnyuk-renyuk
oleh manusia sebelum
masih mampu mendetikkan benih-benih rasa
terhadap manusia
seperti kamu.

24.6.10

The Diary of A Pathethic-Loser-I Am

I have lost my count on life. Although deep inside I do count on every single things to those numbers and alphabets on the news; but still I don't feel that it is enough. It's like there is a big missing piece of the puzzle I am trying to solve. Yet I am still here; yearning for a miracle to come. For a fairy-godmother to pop from the thin air and tell me that everything's gonna be okay. To see the world all smiling because of me and still;

I am not doing anything.

19.6.10

Aku sudah tidak punya kata-kata yang indah

sudah habis bahasa cinta
untuk aku gulungkan
untuk aku lipatkan
pada kertas-kertas contengan
yang dahulunya bagai peneman yang melekat
dibawa ke sana ke mari
bersama sebatang pensel
dan pemadam
supaya aku juga bisa melukis
gambaran seorang kamu wahai manusia
sebagai orang lidi
yang bahagia berpimpin
dengan seorang aku
yang kolot comot ini

benar sudah habis.

16.6.10

kehidupan yang hectic
seperti sudah membunuh
beberapa picis jiwa
yang aku agungkan
sebelum ini.

14.6.10

Recognition

Aku; seperti manusia2 lain juga mungkin turut berharap seperti aku yang cuma biasa2 kuno begini ini. Berharap untuk terus dapat berpijak di bumi nyata, walau realitinya parah menunduk sekalipun; aku mahu ada2 saja termampu untuk terus dan terus saja.

8.6.10

part by part

perantara yang belum nyata sebagai medium itu perlu dibiarkan begitu saja. hati aku yang sudah sompek ini aku gagahkan saja untuk dijaja kepada yang sudi di penghujungnya.
- -
penglihatan yang semakin hari semakin kabur menerbitkan sedikit resah saja. mungkin juga ada baiknya, seperti tidak perlu aku melarikan pandangan dengan kekalutan bila kita bertemu secara tiba-tiba di lain hari.
- -
aku yang masih begini-begini sahaja mungkin tidak langsung menarik perhatian seorang kamu yang aku puja-puja. atau sebenarnya kamu seorang manusia; berasa gusar untuk menerbitkan perasaan kamu terhadap seorang aku yang biasa-biasa ini?

31.5.10

i guess

things between you and me will just stay this way.

by staying this way, what i wish is that you would stay the same -
just hanging by this moment like me, with me.

now, would you?

16.5.10

semakin aku berlari ke arah bintang itu, seperti semakin jauh ia bergerak meninggalkan aku.

14.5.10

kembali bertatih dari titik punca

aku rasa hidup sekarang semacam sudah terlalu berwarna. sampaikan aku jadi bingung untuk menyusun kata-kata. ada ketikanya aku gagap untuk berbicara walaupun mungkin hanya untuk menyatakan ya dan tidak.

manusia akan kata perjalanan masih jauh lalu perlu diteruskan dengan apa ada untuk apa saja yang mana aku sudah luak mendengarnya. mungkin telinga sudah mula bebal. mulut pula sudah mula diam. lebih kepada mata menjadi alat interaksi antara aku dan kamu.

adalah salah untuk mengatakan aku bukan aku yang dulu lagi ataupun aku sudah berubah. yakni mungkin masih diri yang sama cuma mungkin jiwa sudah sedikit kelat, hati sudah mula pahit dan otak sudah lelah bagai.

semuanya mungkin dalam setiap kemungkinan. tiada persoalan lagi-

11.5.10

kisah cinta bukan macam siti dan kay

dalam bunyi-bunyi kesunyian yang ada, aku cuba jeritkan nama kau tapi masih juga tidak kedengaran jelas. suara aku tersekat di kerongkong mungkin. sebentar tadi aku hanya sempat menjamah beberapa butir nasi yang tersisa di hujung senduk nasi kedai mamak ali hujung cabang sana. sekilas memerhati keadaan sekeliling tika itu adrenalin aku semacam saja kadar turun naiknya. aku nampak kau. walaupun juga kepastian itu tidak nyata sebabnya.

kau bersama teman lain kelihatan begitu sempurna. masih kedengaran jelas gelak tawa yang memenuhi ruang udara di situ. seperti dalam kisah-kisah cinta yang lain, kau juga seperti mendapat aliran arus elektrik makanya kau juga pandang aku tika itu. kita sama-sama memandang satu sama lain. tiada efek lagu hindustan pun di kedai mamak ali tersebut.

seperti juga dalam kisah cinta picis lain, kita seperti berbicara berbillion bahasa dengan hanya menatap kolam jernih mata yang terpaku. tetapi tidak seperti kisah-kisah cinta ordinari yang mana sepatutnya selepas itu kita akan berpimpin tangan berjalan seiring bahu ke bahu dengan masing-masing menikmati momen itu bersama-sama;

aku berlalu pergi dari situ setelah melepaskan pegangan pada senduk nasi kedai mamak ali kerana khuatir jika dibawa bersama senduk itu aku akan dikejar oleh kelompok pekerja kedai mamak ali.

6.5.10

penilaian dengan menggunakan hanya penglihatan semata sudah tidak boleh diterima-pakai

barangkali seseorang itu menjadi dewasa adalah bila dia mula memegang kukuh ironi-ironi kehidupan yang menggigit seraya menerima tanggungjawab penuh dalam menyambung nyawa yang diberi. perkara yang konsisten dan juga yang tidak konsisten dalam menapak itu dapat diimbang; memudahkan urusan untuk memasak pacang hidup keras-keras. tanah yang memegang mungkin ada kelemahan dalam komposisi yang sedia, tapi bila dicampur dengan sebatian sepatut secukup maka masalah tumbang mungkin lupus sudah. ada persoalan yang wujud kadangnya langsung tak punya penyelesaian yang satu kerna segalanya subjektif. maka ketikanya perlu untuk terus-terus saja menyusur ke arah apa yang dirasa perlu dalam melayan pemberontakan jiwa-jiwa yang seringkali dilabel terkurung sendiri.

macam mana lagi untuk dinilai kewarasan, moraliti dan kewujudan utuh manusia-manusia hipokrit, manusia-manusia urban dan pelbagai spesis manusia lain yang ada bilamana usaha-usaha yang terbit rata-rata dihukum bias dek cahaya kegelapan yang menjadi pancaran setiap antara mereka.

aku masih di sini. berganjak cuma untuk makan, tidur,senyum pada manusia sekeliling yang memandang dan melaksanakan tugas-tugas yang dianggap kepentingan utama supaya esok-esoknya kertas-kertas yang dipuja nilai itu memenuhi ruang-ruang dompet yang lusuh ini. heh-

fact;

perhaps being drawn to you is the best thing that ever happened to me.

20.4.10

ethics

we just follow;
it is an unusual act to start a new thing on your own.

time passes by and the clock is still ticking 'tick-tock'.

everyday i eat, i sleep, and i live.
tomorrow might not promise me the same ending but i just keep living.

the flowers bloom and the ocean moves. and it is still the same me walking on the path of life trying to figure out which way to turn.

perhaps this is just what it should be-

lost

ruang2 yang dulunya kosong sudah penuh sesak. nafas sudah mula tersekat2. tercungap2 untuk menelan kembali sisa2 yang tertingal. dan ini akulah; manusia loser yang ketinggalan zaman pada mata2 manusia urban yang hanya mengerling manja tatkala aku melepasi mereka2.

nikotin yang masih berbaki aku sedut dalam2. asap yang dihembus aku jadikan bulat satu persatu. dalam bulatan asap tu aku tak nampak bayangan wajah seorang kekasih pun macam dalam cerita2 cinta yang sepatutnya; sebab ini bukan kisah cinta picis.

putaran ligat kipas yang tergantung di siling itu dipandang sekilas. manusia2 yang seperti tiada arah tujuan memenuhi segenap kepingan persegi ruang lantai yang ada. deruman enjin motosikal dan kereta2 yang baru menghampiri parkir memecah kesunyian yang berselang-seli dengan bingit hilai tawa.

and things will crawl back to where it came; and get started all over again-

16.4.10

di bawah sedar, manusia cuba menangkis setiap yang menghalang dan membebankan mereka

suatu keadaan di sesebuah ketika tidak semestinya menepati etika perkara tersebut sendiri.

kucing liar yang gemuk berwarna oren mengejar tikus peliharaan yang kurus berwarna putih.

kopi dalam cawan dikacau supaya gula dan krimer yang dimasukkan sebentar tadi sebati molek.

pelangi juga boleh dilihat dengan menggunakan pancuran air di siang hari.

selipar jepun berwarna-warni ditatap lama kemudian sepasang disarung ke kaki yang seksi.

langit takkan selamanya mendung ataupun cerah.

lorong yang dahulunya sesak kini sunyi tak berpenghuni.

14.4.10

hanya teori asing

keadaan yang mendesak benar2 buat aku buntu. buntu dalam pencarian yang aku usahakan selama ini. bila aku pandang sekeliling, hanya wajah2 asing yang ada- senyum. dah lama aku cuba lari jauh begini tapi ada2 saja alasan yang menyelit sebelum ini.

bukan aku mahu berpeluk tubuh saja. tapi aku sudah tidak mampu dihempap beban2 jiwa yang sempit. yang terjerit2 pinta diberi ruang seangkasa luasnya. dan jika adapun termampu sebegitu, takkan puas juga menyuap lahap diri.

teori kegembiraan bukan lagi seperti dulu-

9.4.10

seperti biasa,

aku memang pencorot yang lonely-

8.4.10

tiada yang pasti pada angan

aku mahu sentuhkan jiwa yang kelabu itu dengan magis2 cinta. semampu tulang empat kerat yang ada aku gagahkan walau kadangnya sudah terang-terangan kalahnya.

destinasi yang aku tuju bukan lagi obsesi khalayak lain. hanya separuh atau sesuku punya jiwa kefahaman dalam tentang perilaku persoalan sebenar.

jika bulan dan bintang malam itu jelasnya kelihatan juga di siang hari, maka konsep kerinduan tak akan wujud bila jemu dan bosan lebih menguasai.

konklusi yang aku cuba hurai bukakan kadangnya mati simpulannya.

secara abstrak mahupun konkrit, aku hanya mahu ada dalam hidup kamu2 supaya kewujudan aku disedari major.

5.4.10

ketidakpastian tentang kepastian

aku bukan manusia yang pandai mengarang ayat2 cinta puitis yang bisa mencairkan hati manusia2 yang mendamba kasih. aku juga bukan manusia yang mampu untuk meneruskan segala ini tanpa manusia lain sebagai bahu di sisi kanan kiri ataupun selaku penunjuk arah dan penjejak langkah. aku ini hanyalah sebahagian dari kaum manusia2 yang bertungkus lumus cuba untuk bertapak di alam nyata dan kadangnya rebah tersungkur tak tergapai apa perlu. dan angan itu lebih gemar menggerudi hati dan membuatkan aku di awangan melayan parasit2 imaginasi.

aku pernah cuba untuk pesongkan perasaan yang ada pada seorang kamu tapi tidak mampu; dan itu sudah menjadi fakta. seperti lambakan kata2 yang tercatit dalam buku teks sejarah, tapi aku tak punya diari untuk semua itu.

hanya perumpamaan yang pasti bisa2 saja menggugat perasaan yang meluluh.

2.4.10

apabila keyakinan melampaui jangkauan yang kau matlamatkan

aku ambil seketul batu kecil. aku lontarkan pada kolam di hadapan. hanya sedikit riak kelihatan. aku ambil lagi seketul batu lebih besar dari batu kecil tadi. aku ulang aktiviti yang sama seperti ayat kedua di atas. riak di permukaan sedikit berbeza. aku ambil lagi seketul batu saiz sederhana. aku ulang lagi aktiviti yang menjadi ulangan sebentar tadi. permukaan air sedikit kacau. aku ulang aktiviti di ayat pertama. aku ulang aktiviti di ayat keempat. aku ulang aktiviti di ayat ketujuh. aku ulang aktiviti di ayat ke sepuluh, sebelas dan duabelas banyak2 kali. setiapnya aku ulangkan dengan ayat kedua.

aku ambil lagi seketul batu. besar sebuku genggam aku. aku kumpul daya sebanyaknya. aku ulang kembali aktiviti pada ayat kedua.

sebenarnya aku bosan. pftt-

1.4.10

perasaan terasing

aku patrikan hati demi kekerasan yang tak pernah aku tonjol tunjuk banggakan. lambakan perasaan yang dikutip mungkin awalnya hanya sedikit dan kecil2 saja tapi kini manusia picis seperti aku sudah pandai bergunung dengan yang itu.

kehidupan yang berulang tayang seperti ini bagai menempelak aku dengan berjuta kesedaran tentang keyakinan dan usaha yang aku perlu timbang tara dalam meneruskan apa ada. dan terkadang kondisi kelat seperti ini juga yang aku gemar cecahkan. walau bukan ini atau itu yang aku mahu kecap.

28.3.10

you got me smitten

debaran2 lalu yang mungkin sudah pergi meninggalkan aku seorang begini buat aku semakin gusar dengan perasaan sendiri. atau mungkin benar rasa itu seperti angin yang datang dan pergi. dan akan berputar kembali di jajahan hati aku yang persis bagaikan bantal busuk yang perutnya terburai.

masam tak berupa tapi masih perlu dijaga2 atas kepentingannya. heh-

aku rasa aku sudah penat untuk berfikir tentang kamu wahai manusia. tapi aku salah dan mungkin cuba2 juga berbohong untuk menutup perasaan yang menggugah ini. tapi aku tahu yang kondisi begini akan beri aku suatu kekuatan lain untuk meneruskan apa yang perlu.

atau mungkin memberi aku status kegagalan dalam setiap etika yang terbentang.

you got me smitten
; dan hanya Dia yang tahu.

23.3.10

jika sudah lama aku simpankan segala ini (andaikan saja)

jika bintang2 malam itu boleh dipetik, sudah lama balang kaca yang aku simpan ini penuh dengannya. tentu aku tidak perlu lagi kejarkan kelip2 yang kecil itu.

jika hidup itu kondisi mudah, sudah lama aku berhenti untuk terusan berharap. pada setiap detik yang sukar itu aku tiupkan seribu hajat permintaan.

jika hipokrit itu suatu dosa, sudah lama tercatat aku sebagai penghuni yang itu. kerana keberadaan diri seringkali diduga sendiri.

jika angin bisa membawa bisikan2 ini, sudah lama kau tertunduk dengan jiwa2 perasaan terbuku. bukan aku sengaja untuk punya keinginan sebegini pada seorang kamu.

jika dingin itu musuh, sudah lama aku menjadi panglima yang memerangi setiap tika. dasarnya hanya sejuk yang gemar menjadi peneman di kala sepi dan sunyi bersama.

jika hangat yang dicari2 selaku perlindungan, sudah lama aku rangkul erat kau kemas2. tak akan sekalipun ada detik kau berasa sangsi.

jika kau milik aku, sudah lama aku berhenti dari berpura2 begini. yang kita tahu belum ada penghubung yang nyata sebagai perantara.

tahilembu lagi sekali-

18.3.10

ulangan

aku ambil suatu cebis yang tersisa. aku lipat2kan dan simpan dalam kocek. aku ulang dan ulang lagi perkara yang sama bila ketemu situasi2 sebegitu. lama kelamaan kocek sudah penuh. lalu aku kosongkan dan buang dalam tong sampah.

kendian aku ulang kembali agenda picis di perenggan pertama sampai mati.
___________________________________

bagaikan filem hitam putih yang bergerak pada kadar slowmo - aku nampak kau dalam setiap gambar yang ditukar ulang itu. bayangan2 yang tertinggal ini aku telah tolak jauh masuk ke dalam jiwa dari awal lagi sebenarnya. bukan tidak mahu ingat dan fikir. lebih kepada mahu simpan padat dalam2. dan tayangan ini berulang juga-

14.3.10

rengekan

aku fikir aku boleh lari. bawa diri jauh2 tanpa perlu menjeling sedikitpun pada masalah. tapi aku silap. manusia manakan boleh lari dari masalah. aku perlu face it that way dan terima kenyataan seadanya.

kerja2 yang perlu dibereskan. masa yang semakin pantas berlalu. tik tok. tik tok. terasa lemas semacam. seperti ada gumpalan terhimpun di celah ruang2 yang serba tak kena untuk aku jeritkan pada dunia tentang perihal aku.

entahlah. aku seperti sudah keberatan untuk berlelah selama. untuk merungut sepanjangnya. sungguh bosan jika hanya berkeadaan begitu tiada peningkatan atau apa2.

but then. aku belum punya tempat berpegang yang sekukuh untuk dipeluk rajuk setiapnya. ah-

10.3.10

blinded-

you might try it then, as i'd did, to find a sky so full of stars it will blind you again. only no sky can blind you now. even with all that iridescent magic up there, your eye will no longer trace constellations. you'll care only about the darkness and you'll watch it for hours, for days, maybe even for years, trying in vain to believe you're some kind of indispensable universe-appointed sentinel, as if just by looking you could actually keep it all at bay. it will get so bad you'll be afraid to look away, you'll be afraid to sleep. - Mark Danielewski

5.3.10

kegelapan bukan saja2 digelar begitu

dalam hidup yang penuh dengan agenda pelbagai ini, bagaikan suatu kisah cuba bergomol dengan cerita kisah yang lain. dan aku selaku seorang manusia yang ujud bersama tak punya kuasa untuk membelai segalanya dengan setiap sentuhan baik luaran mahupun dalaman.

sesak dengan setiap rungutan omelan dunia. aku lelah untuk terus menerus ditembak dengan bermacam2 yang aku gemar anggapkan halusinasi jiwa yang kekeringan saja. kerna jika diambil pusing melebih- sungguh tak mampu dek lubang2 dan ruang2 yang belum terisi sedia ada.

dan fikir aku, jika tidak begini; tidak pula aku jadi diri aku yang kini. boleh berhidup menghadap yang mendatang dengan tenang2 saja walau perkara itu bisa menggugat separahnya. heh. kerana gusar2 yang dilalui sudah ajarkan aku dengan setiap jenis perasa yang menarik dalam menempuh sebuah agenda bergelar kehidupan.

seperti kini. yang walau dalam gelap2 saja aku boleh berlarat untuk bernafas menghirup udara yang Dia berikan. di waktu samar2 ini saja kau boleh membuka mata seluasnya. memandang sekeliling alam dengan berselimutkan kegelapan itu sendiri. redup2 begitu saja. dan aku percaya; setiap yang berlaku ada sebab musababnya yang jika ini hari ia bergelar ion2 negatif maka esok2 nanti aku akan memanggil ia ion2 positif pula.

People who lead a lonely existence always have something on their minds that they are eager to talk about. - Anton Chekhov

4.3.10

just because

ya, kau seperti angin. angin yang sekiannya bertiup kosong. ataupun yang bertiup dengan penuh makna membawa segala pengharapan bersama-sama. dengan angin itu kau bisa redupkan hati aku mahupun menyesahkan lagi apa yang sedia berselirat dalam jiwa aku. tapi aku relakan saja.

hidup seumpama ini boleh diertikan dalam-dalam tanpa sebarang sebab yang memberat. kerana kau wahai manusia telah memainkan dengan baik watak itu dalam melaksanakan rompakan ke atas diri aku seadanya. dan kini. jika ada saja watak2 antagonis lain mahu mencuri selebihnya dari aku, aku tak dapat merelakannya.

2.3.10

seorang diri aku cuba menggapai bintang2 itu namun tak pernah kudapat

dalam samar2 neon yang menerang malam2 aku di tepi jalan2 yang sunyi, aku akan berasa sungguh teruja jika2 ada kelihatan tembakan mercun di udara ataupun tahi bintang jatuh meluncur dari langit. dan malam tadi dengan sinaran bulan penuh sebegitu betul2 mengujakan aku sehingga dapat dirasa setiap inci tubuh aku sarat dengan adrenalin itu. yang mana hanya akan datang singgah dalam tempoh kadang2 saja. iaitu perasaan rindu membunuh yang bisa getarkan seluruh jiwa ini.

dan aku masih teruja dan mampu tersenyum begini. heh. kuasa dari seorang kamu wahai manusia, seperti membakar keluh kesah yang sarat terbeban pada aku sekian lama. bagai memberi cahaya baru. dan membuatkan aku yang biasa2 ini mampu mengarang puisi2 indah di kala perasaan2 yang dikejar2 itu datang menggigit. walaupun kamu hanya sekali sekala saja ada untuk aku; bagaikan sudah mencukupi untuk mengisi ruang2 yang tercebis.

27.2.10

i'm done dude

macam ketikanya bila kau hiris bawang. nak cincang halus2 sampai lumat bersungguh2. ataupun dengan penuh bersopan sekalipun gayanya. ditahan2 pun air mata itu tetap akan jatuh berderai.

macam juga aku kini yang gila berusaha menahan dari menyukai seorang dia- seorang kau wahai manusia. walaubagaimana dengan apa cara sekalipun aku tetap akan suka kau. hanya kau yang mempamerkan sesuatu di mata aku. bak jiwa mahupun perasaan. segalanya tentang aku sekarang, adalah tentang keberadaan seorang kau.

dan habisan aku sudah hancur luluh. tak mampu lagi dikutip apa yang tercicir di pertengahan itu. mahupun di ketika permulaaannya pandangan kita bertaut. tika kau buatkan tekak aku kering tak dapat meneruskan tutur sejujurnya. tika aku terpaksa menundukkan pandangan supaya tidak terus menerus menatap wajah seorang kamu wahai manusia.
_______________

i'm completely done- if i ain't got you baby.
and not that i care much over this either but;

damn it.

25.2.10

semput

bagai dikoyak2 ruang dada ini dari dalam. seperti ada penoreh getah sedang menakik bahagian jantung aku dengan bersungguh2.dengan segala asa ditorehnya untuk peroleh hasil kononnya walhal tidak sedikitpun wujud bahagian yang masih berfungsi baik sejak detak jantung aku jadi tak keruan.

nafas aku tersekat-sekat, jiwa aku macam berkarat, mimpi2 jadi basi. tidur malam aku tak lena belakangan ini. bukan tidak mencuba untuk menikmati keadaan seperti sediakala dengan penuh syukur dengan keberadaan yang wujud.

aku penat. tapi masih perlu meneruskan segala ini kerana kau masih ada untuk aku. jadinya aku semput di ketika2 asa itu hampir lenyap dari seorang aku. lalu kau hembuskan nafas2 baru dengan setiap bisikan hidup.

maka terima kasih untuk itu kawan-

23.2.10

bukan lagi kerja yang sia-sia

hanya kerana dengan sebab-sebabnya yang mungkin kedengaran sedikit tidak masuk akal, kau tolakkan segala possibilities untuk menunjukkan sedikit reaksi kepada apa yang sepatutnya.

pfft.

22.2.10

the reflect

the reflect i am seeing myself in the mirror is no longer me. because everytime i see myself in the mirror, i see you. perhaps i should not try to see the reflect of mine in the mirror anymore by then. i should have just go for you and look for me in your eyes maybe. the sparkling eyes of yours on which i am afraid to stare into.

because i know though deep inside i am boiling to tell the whole world of how much my love for you is; i am not ready to let you know that i have been longing for you all this long. longer and deeper than you could have imagine. all alone.

and because of this, i am tightening my own grip on myself. start to blabber on myself above all moments i'd love to call as 'coincidence' whenever i catch you staring long and deep into my eyes.

i'm shaking- terribly. because i am not so sure that it's me i see in you. is it?

20.2.10

im slipping away

seperti berada di ruang vakum, tetapi masih saja ada magnet2 yang mampu menarik aku jauh untuk didudukkan pada graviti. namun semakin lama semakin lemah. lalu aku yang seorang ini betul2 hanya tinggal seorang saja dalam mencari kepastian untuk sebuah genggaman utuh.

aku lemah beb. aku lemah. malam2 yang dihiasi mimpi2 indah- maka aku akan tundukkan saja pada takdir itu dan cuba berhibur saja dengan alunan irama yang ditarikan orang sekeliling. live with the flow kononnya.

bullshit ialah sejenis tahi. tahi lembu.

17.2.10

madly in L with you

can you read my heart. read my mind. the way i always am dying to feel what's in you. your thoughts and all. whilst lingering - my fingers all over your fingers. side-by-side. eye-to-eye. together by the river under the moonlight's stare. let the world and the stars and all that lies within and beneath be mad of envious at us.

11.2.10

silence

aku depangkan dada. cuba kosongkan minda perlahan2 dengan mengakui hanya graviti yang mampu menarik aku untuk berpijak di bumi nyata.

'Because I have loved life, I shall have no sorrow to die'
-amelia burr.

9.2.10

kondisi sebuah ruang

aku duduk berteleku di atas cadar bercorak petak2 yang membalut tilam itu. selimut tebal di hujung katil aku kibarkan sedikit serentak membetulkan duduk; terus berbaring. putaran kipas yang agak perlahan itu aku cuba agakkan berapa kali pusingannya dalam sepuluh saat. lebih menarik daripada tenggelam dalam imaginasi mengira berapa ekor kambing biri2 putih melompat pagar di tepi padang menghijau bukan? ah.

sakit kepala yang menyerang sejak berminggu2 itu benar2 merisaukan. tapi bukan itu yang mengganggu benak fikiran aku. atau perlukah aku? kahwin pun belum, usia masih muda. ah.

tenggelam dalam emosi; aku menangis tanpa sedar. air mata yang meluncur deras tak dapat ditahan2 lagi. sebak benar sebak. malu pada diri; aku anggapkan kalah dalam merebut cinta seorang dia. bukannya bertepuk sebelah tangan; kali ini aku agak ia berbunyi. cuma tidak yakin dan pendamkan terlalu lama. ini perihal bodoh kan?

'titt2 titt2', inbox masuk mesej.
'awak, jom berkafein sama2 ;)'

'okey-'

berapa lama lagi aku harus melayan ego sebegini? konon cuba memperbaik ruang diri untuk kondisi yang lebih baik. atau kemungkinan yang besar untuk terlepas genggaman sedia ada?

---- z z z z,

layan imaginasi best juga; feel dia macam nak karang novel cinta.

6.2.10

kafein-

bagaikan petrol untuk sebuah kereta buruk yang belum mahu berhenti dalam perjalanannya yang tidak bertujuan. kadangnya saja baru ada objektif2 tambahan selaku subjektif ulasan2 hidup yang tersisa.

entah apa2.

4.2.10

identiti

di atas normal, aku cuba mencari maksud bagi kehidupan yang dikejar2 namun tidak pernah kesampaian untuk mengerti sedalamnya. aku malas. malas untuk memberat bebankan otak yang sedia beratnya berkilo2 untuk ditumbuhbesarkan lagi.

konteks terbatas selaku seorang manusia yang hanya hamba bagi Yang Berkuasa itu dijadikan alasan. untuk direngek tampal pada yang sedia ada2 saja walaupun terkadangnya aku hanya tahu merengus bilamana manusia2 yang wujud di tika seorang aku mahu meluncur turun ke dasar sehenyak2nya memberi bahu sebagai bonus.

rutin yang sama dijadikan habit. lama2 alah sudah; konon kebal padahal mencair lemah selemaunya bila2 diterjah dengan konsepsi yang senyatanya kebenaran itu masih jauh, senang2 saja tergugat sama. pegangan pada stereng kereta yang sedari tadi kemas semacam aku longgarkan. aku berhentikan kereta di bahu jalan. aku pandang ke anak mata dia dalam2.

kolam matanya jernih. tapi selalunya memang susah benar nak tatap lama2. dia akan selalu saja larikan lirik jauh2. aku musykil. kenapa perlu begitu; bukan dia tidak yakin diri bila berhadapan dengan orang lain. aku masih mencari.

usai memandang imej diri dalam cermin pandang belakang kereta itu beberapa ketika, aku teruskan perjalanan dengan menurunkan cermin tingkap seluas mungkin mengharap udara yang bergomol meluru masuk itu boleh memberi suatu refreshment pada aku yang seperti hilang ini. jangan bawa aku terbang semakin jauh- aku hanya mahu di sini.

2.2.10

the condition

where am i standing at the moment - the breath of yours just caught mine away.

at times on where i do have some sleep in between the thinking on life; i caught love in the dreamland with my bare hand. that's why it slip away the moment i am awake.

poof. the angel appear in a black robe. i wonder - it should be white right?

i know deeply that i'm definitely lost. but i won't admit even to myself.

how so true to say that i'm awake yet being a dreamer 23/7. an hour for eating of course.
- - - -


i'm tired.

1.2.10

in need of a grip

tolong paut bahu aku
tolong genggam tangan aku
tolong dengar rintih aku
tolong cakap dengan aku
tolong bersama di sisi aku
tolong please tolong

aku tak mahu hilang lagi-

29.1.10

bermimpilah. maka Tuhan akan selalu memeluk mimpi2mu.


pejam mata. menguap luas2. tadah tangan, baca doa.

'Tuhan, aku nak mimpikan si dia malam ini. mahu memeluk seorang dia. mahu dipeluk seorang dia. aku mahu dia. mahu hidup bersama dia. mahu temankan dia dan ada untuk dia sebagaimana aku juga mahu dia ada untuk aku. Tuhan, tolong aku. aku benar mahu'
- - -
pagi tu zainal bangun macam biasa cuci muka, gosok gigi, solat subuh dan sambung tidur krohh2 di hari minggu. dia bujang dan belum kahwin lagi. tu pasal sorang2 je tak ada lagi orang peluk2 tu. setakat beruangtedi lusuh warna biru dah jadi kelabu tu ada la nak buat tujah2 kat kaki.

haha.

28.1.10

can i?

i would like to have a portion of your heart.

24.1.10

that's life dude

kalau lah hidup ini sesenang pejam mata untuk tidur dengan comforter yang sungguh mengcomfortkan sewaktu hujan meluncur deras melalui jalan2 lurus dan senget mengikut darjah2 itu. kan senang dan seronok itu. semacam bukan lagi knock2 on the heaven's door; but being inside the heaven itself.

boleh bergumpal macam shiro milik shinchan!

unless you got the hell out of you all in one package of the opposites and the synonyms.

;)
chill.

23.1.10

penangan-

coklat sangat sedap
sedap sangat2.

lagi2 dapat yang sedap2
free pula tu.

peh;
rasa macam nak jadi romantik malam ni.

boleh?
(wajah berseri2)

21.1.10

gigi jarang2

saya masih berhingus
gigi saya rongak2
bilangannya boleh dibilang dengan jari

saya masih berhingus
tengok saja hingus yang meleleh ini
banyak bukan?

saya masih berhingus.
eh; berhingus ke hingusan eh?

tengok la awak, betapa berhingus/hingusan nya seorang saya.

20.1.10

tak tahu juga

hidup dah tak macam dulu2. zaman sekarang macam2 ada. contoh terbaik kat astro tu. zamil bukan nama sebenar hanya duduk sorang2 termenung di jendela rumahnya. rumah dia terpencil nun di hujung kampung. tapi kampung tu sebenarnya hiruk-pikuk.

entah kenapa dipanggilnya terpencil pula. bukan senang dia nak mendapatkan rumah tu. tanah pun tanah orang. sewa dah berbulan tertunggak kot.

zamil ada kawan nama zamri. tak tahu juga kenapa nama nak dekat sama. rupa tak sama. bukan darah daging pun.

end of story.
-tak ada sambungan.

19.1.10

kalau2 jika -

jika hidup, jika hidup, jika hidup;
_ _

aku lemas bagai terselam ke lautan kegelapan dalam mencari sinar2 dari kelip2 yang seketika muncul berterbangan riang bebas ke sana ke mari. penyelamat yang ditunggu2 telah hilang dibawa arus deras jauh lebih awal dari aku yang mengharap.

gimana lagi harus aku bicara sama diri bahawa perlu bangun merangkak di pepasir itu sendiri tanpa huluran bantuan daripada sesiapa. hijaunya hutan sekeliling ini yang memberi sedikit nafas baru untuk aku terus berjuang mempertahankan apa yang masih tertinggal di celah2 kebebasan yang dilaung2kan.

bermahu berterus untuk berhidup; ah.
_ _

kerinduan yang menggigit datang menyapa dibawa angin yang bertiup seringkali mengganggu gugat aku yang parah lagi sedang goyah ini. rindu pada seseorang yang beberapa tahun ke belakang bertatih lembut menjaga aku siang dan malam tanpa sebarang keluh kesah untuk berkata tidak tidak tidak pada setiap rengekan manja aku bila di sampingnya.

rindu yang terbuai lesu. hanya bacaan kalimat suci yang bisa mengeringkan liur saja menjadi tembok ketabahan untuk aku berlagak selaku manusia di hari2.
_ _

menjadi seorang manusia bukan senang. perlu dipikul berat segala bebanan tanggungjawab di sekeliling. supaya selayaknya aku dilayan dengan penuh hormat oleh nilai2 yang aku jujur terbitkan. apa perlu pula aku bertahan dicaci maki tanpa endah perasaan serta fizikal sendiri oleh manusia2 keparat yang tidak pernah mengerti makna kehidupan yang sebenar; yang segalanya diberi suap saja tanpa lelah jerih.

bangang;
aku tak mahu jadi bangang.

kalau2 jika -ada keadaan terbit yang mendesak ke arah kehidupan yang lagaknya seperti separa normal di sisi yang keparat, aku pilih menjadi seorang freak saja.

baru lah cool; heh.

17.1.10

stuffed,

aku kenyang
kenyang dengan segala suapan dunia
kenyang makan nasi
kenyang makan ikan dan ayam
kenyang makan ulam2an
kenyang makan puding
kenyang makan spaghetti
kenyang makan angin sampai kembung

dahaga kering tekak dah hilang
teguk jus guava dengan menggila taruk ais

tapi masih kosong di satu sudut dalam diri aku ini
kosong di situ
kosong laparkan kasih dahagakan sayang.

hey, kamu; boleh tolong suapkan aku?

15.1.10

yang pasti dalam ketidakpastian;

di sini selagi termampu, dengan cebis2 dari koyak picisan yang ujud.

hembusan asap nikotin dari meja sebelah langsung tidak aku hiraukan seperti selalu2. terasa seperti berada di awangan menunggu sesuatu yang tanpa kepastian. termangu seorang2 menghirup baki kopi yang tinggal, aku berlalu dari situ setelah usai pembayaran.
_
cuba mencelah untuk berbual sama dalam perbualan manusia2 yang penuh dengan masa lapang. tak mampu; aku kekeringan.
_
mengusap dahi dan menggaru2 kepala yang tidak gatal. aku hanya mampu perhatikan gerak-geri seorang dia dengan ekor mata. dari setiap saat aku bersamanya, ketahuilah tidak pernah sekalipun jantung ini berhenti dari kencang degupnya; tapi selesa.

sesekali mata kami bertaut; sedaya upaya aku cuba larikan lirikan dari terus.
_
angin yang menerpa dari tingkap yang terbuka luas itu benar2 menyamankan. bau hujan yang masih tertinggal saki bakinya. mentari masih bersembunyi; aku menanti saja untuk bermandi cahaya.

menyuluh sebuah pengharapan.
_
aku hanya aku; itu saja. dalam imaginasi rengekan sendiri.

13.1.10

being fake

aku akan terus berpura2 memeluk kau di sini walau jasadmu tiada.

debu2 yang terbang jauh membawa segala bau yang melekat benar2 merusuhkan jiwa; seperti hilang separuh dari aku yang dijaga2 ini.

bukan tidak mahu berterus, cuma terkadangnya diri sendiri diuji bagai hingga rabak2 benar2 melukakan dan menggoyah pegangan.

berada di belakang, mahupun di sisi, jarang sekali di depan, kencang degupan ini tidak akan pernah berbeza kadarnya walau apa.

mungkin kepura-puraan saja yang bisa ajarkan apa perlu.

8.1.10

siapa tahu,

bila gua nak ketemu kembar hati gua ni?
asyik dupdap dupdap saja;
bayang tak ada nampak pula.

ke dah dekat?

7.1.10

belum lagi.

jika gundah itu perasaan yang boleh dilipat2. akan aku lipatkan ia sekecil boleh dan sorokkan ia dalam poket. agar tidak terpamer segala rasa ini di wajah seorang aku. kerna belum kutemu sesiapa yang benar memahami.

6.1.10

agak selekeh bukan?

tak kemas sedikit tak apa.
nampak kekurangan sedikit tak apa.
gila2 sedikit tak apa.
jangan perbanyakkan yang buruk saja.

apa ada.

baki yang ada ini, akan aku guna bagai ubat guna2 yang sukar didapati dengan cara senang itu. sisa2 yang secarik cuma mungkin langsung tiada pentingnya untuk manusia lain; hanya aku. kerna rompongnya diri aku saja yang tahu, bahagian2 yang harus dirobek tampal kembali dengan compang camping yang ada.

4.1.10

ini saya.

saya fikir, saya perlu lebih kuat untuk menghadapi semua ini. bukan mahu bermanja lelah. hanya mahu hidup baik2 saja. demiNya, dan saya sendiri. untuk kamu contohnya; yang mana akan menjanjikan senyuman kebahagiaan buat jiwa saya ini.

lembut betul aku rupanya.

2.1.10

my life

meri zindagi

ini hasil gua belajar lepas sekilas menonton 'an evening in paris'.
lu orang belajar apa hari ni?