23.7.10

Aku Memang Begini

Di setiap tertembung malu, aku larikan pandangan ke tempat lain. Jiwa-jiwa dari langit bagai membeku. Sayup-sayup berlalu segala resah setelah terlalu lama mendiam. Diam lagi. Sepi. Degupan kian perlahan. Aku tarik nafas singkat berulang kali. Dan cuba mencuri pandang sekali lagi tanpa serik dengan ulangan-ulangan yang mengekori tanpa lelah.

Mahu tahu kenapa?
Kau tak pernah membosankan aku.

3 comments:

  1. sesuatu yang indah tidak akan membosankan, mencari sesuatu yang indah memang sukar tapi bila kita dapat sesuatu yang indah itu, jangan sesekali melepaskannya dan jagalah ia.

    ReplyDelete
  2. Anon.
    tetapi yang indah itu tak semestinya mutlak milik aku. hanya Dia yang tahu.

    dobot.
    Orang itu! ;)

    ReplyDelete