2.7.20

Pain

Life is messing with me and I am allowing it with open arms. After all, I rarely get hugs and I don't really like physical interaction even just a handshake, a tap on the shoulder, a pinch of the cheek etcetera from strangers and people I'm not comfortable with. If you get to casually touch me, that means I am letting you invade my personal space and trusting you enough to handle me with care.

Because you see, I am extremely fragile and I have let people wait and be out from my yard for years. If I sense that you will bring me nothing but danger and I don't think it's worth the pain, I will leave and shut you out. But if it's worth the pain and all, I will keep you dear at heart for as long as I could.

Until you decided to leave me. Or, until I no longer think that the pain is worth it.

28.6.20

Honest

I never knew being honest with my feelings would be this easy before. Perhaps with the right person at the right time, sometimes conversation just flow out of nowhere and you will be surprised. 

I also just knew that keeping things and sharing it with another would give me the same dramatic effect of emotional rollercoaster. Maybe I should just keep things inside and stop being too direct. 

For the good of everyone, no more over sharing. Being too honest is just as dangerous as it could be. I would rather have the pain to myself than hurting the person I care about.

There's a home that I miss and I might want to revisit. We'll see if I have the energy to do so.

25.6.20

Rasa II

Cukup aku tak kuat memikirkan keadaan yang mewujudkan aku cuma sebagai satu persinggahan.

Atau ini juga sebenarnya cuma satu kebiasaan. Kebiasaan yang bakal hilang, pergi.

Apabila sudah tidak lagi biasa.
Apabila sudah mula tidak difahami kembali.
Apabila yang ada jadi tiada, dari kebersamaan tadi.

Eloklah aku bersedia saja untuk kembali menyambut diri yang berkemungkinan besar akan kembali tersembam lama.

24.6.20

Topeng

Realitinya kita semua penakut berbajukan keberanian yang dipinjam seketika. Cumanya ada orang dia tak meminjam, dia ambil keberanian tadi dan jadikannya hak milik kekal. Jadi kadang-kadang bila bertemu dengan mereka (aku) yang dalam ketakutan, dia buat-buat tak nampak. Tak mahu menyelam dalam. Tak mahu orang tahu yang dia juga penakut suatu masa dulu. Tak mahu orang lain tahu yang dia pun sekadar peminjam yang berpura-pura tenang.

Realitinya kita semua penakut. Berani atau tidak saja untuk berdepan dengan apa yang benar-benar yang sebenarnya.

Jalan mudah memang dengan menutup cela yang ada. Diam.

11.6.20

Sedang cuba untuk berani

Agak menterujakan apabila menerima pesanan tems ringkas dari kau yang aku puja-puja bertahun lamanya. Aku sentuh hati, cuba mencari rasa yang tertinggal. Tak ada. Cuma memori bersama mula bermain di depan mata. Ada rindu yang bertamu, tapi cukup setakat itu.

Atau sebenarnya aku cuma cuba menipu diri sendiri saja.

*tarik nafas, hembus*

Ada kehadiran baru yang tenang, terus-menerus mententeramkan keadaan aku yang belakangan ini sentiasa gusar.

Buat pertama kali, aku berterus terang dan berdepan dengan perasaan. Akan tetapi, masih ada pelbagai halangan yang sudahpun terwujud awal, dan kekangan lain yang menanti di depan.

Hubungan ini mungkin ya, mungkin tidak. Buat sementara ini, ampun-kan aku Tuhan. Izinkan aku menikmatinya sementara ada.

10.6.20

Sewaktu iblis semua terkurung,

aku bergelut dengan kealpaan diri.

Selamat merdeka segala alasan yang terbuku.
Selamat meluah jiwa-jiwa yang terbelenggu.
Selamat-lah segala apa yang kau mahu.

4.6.20

Rasa I


Dari tiada menjadi ada
Dari tak tahu, mula memahami
Bersama, kemudian berjauhan

Meraba hati yang sedia remuk
Mengetap bibir, cuba tak membuat bunyi
Nyata-nya, jiwa sedang menangis
Menagih rasa dan simpati

3.6.20

Langkah

Kertas kosong di hadapan aku pandang sepi. Dari tadi lagi cubaan untuk menulis gagal.

Tiada lagi sebab kukuh untuk bangun pagi. Cubaan untuk menadah masa tidak berjaya. Tetap ia mengalir jatuh di antara celahan jari jemari yang sudah tidak berjaya menggenggam.

Masa perlu bertukar menjadi objek solid, pegun supaya mudah dipegang.

- -
Atau tangan aku yang perlu menadah, memegang dengan lebih hati-hati?

21.5.20

Gelap II

Setelah beberapa ketika bertapa di dalam lubang gelap tadi, aku tersedar akan sesuatu. Barangkali cara keluar bukan-lah dengan memanjat ke atas. Kesan-kesan tanah yang meruntuh aku tenung lama. 

Aku mula membuat cubaan untuk mengorek dinding tepi sedikit demi sedikit. Berhasil. Cuma perlu menapak ke atas dengan landai. Sangat mengambil masa untuk membina jalan keluar, akan tetapi yang ini bakal membuahkan hasil dan aku akan selamat saja. Mengeluh sedikit memikirkan masa dan tenaga yang terbuang sejak berminggu yang lalu. Tetapi sedikit lega memikirkan mungkin ini jalan keluar yang aku perlukan untuk kembali mendapatkan cahaya, serta bekalan udara yang bersih. Cukuplah bersesak hilang nafas di sini untuk tempoh yang sudahpun berlalu, aku tak mahu terus menerus kehilangan diri lagi.

Benar-lah orang kata, isolasi diri dengan bekalan oksigen yang disekat boleh membunuh.

20.5.20

Rindu // Draf 26 September 2017

Berkali-kali aku tenangkan diri. Cuba untuk berfikir tenang tentang hari-hari yang tidak lagi punya kamu di dalamnya. Kabut. Hati aku masih merindu dan merusuh manja dari masa ke semasa.


Gelap I


Aku dalam lubang gelap di tengah hutan, cuba merangkak keluar, memanjat tebing yang tinggi. Setiap kali tangan berjaya memegang batu-batu di dinding, usaha nak mengangkat diri tetap tak berhasil bila batu-batu kecil tersebut runtuh berderai. Aku perlu mencari dan memegang batu yang besar dan melatih kekuatan diri dengan baik sebelum mencuba lagi. Kerna berulang kali begini, yang aku dapat cuma penat dan tangan yang kian tak bermaya.

Diam di situ, banyak benda bermain di benak fikiran. Sesekali aku cuba menjerit meminta tolong, kalau-kalau ada yang mendengar. Cuma siulan burung-burung hutan yang menyahut, memberi sedikit hiburan dalam sunyi sendirian. Ada yang singgah bertenggek di tebing, bagaikan duduk saling berbicara dengan aku yang semakin banyak termenung.
Berkira-kira tentang pilihan yang ada, aku sedar aku penakut dan lemah.

19.5.20

Kehidupan sedang tidak menyebelahi aku. Aku mula berkira-kira untuk mengambil baju putih yang ada dan mengibarnya tinggi-tinggi di atas kepala. Beri isyarat mengaku kalah kepada Yang Menguji.