11.8.10

Manusia adalah objek menarik untuk ditonton

Dapatkan kopi di tangan;
dan duduk di bangku taman.

Memerhati gelagat manusia yang lalu-lalang adalah antara hobi aku. Ataupun berbaring di rumput hijau bebas segala jenis najis dengan berbekalkan udara yang bersih dan teman yang sejiwa untuk mengkritik paparan yang ada. Oh, ia lebih kepada kemahuan aku. Sebab belum pernah cuba.

Selalunya cuma melepak di restoran makanan pantas sambil meneguk minuman bergas saja memandang manusia di sebelah, di hadapan tetapi tidak yang di belakang sebab malas nak pusingkan badan mahupun kepala.

Belakangan ini tak banyak masa. Sebab kononnya nak berjimat cermat dan menabung amalan mulia. Aku potong segala aktiviti hujung minggu yang suka melepak meraban tak tentu hala.

Baik. Selamat berpuasa. Aku puasa okeh! Harapnya istiqamah. Em.

4 comments:

  1. hey,selamat berpuasa
    :)

    ReplyDelete
  2. Aktiviti yang selalu aku buat di taman klcc.. haha!

    ReplyDelete
  3. Sep! Aku juga suka memerhati manusia sebegitu! ;)


    Ohh btw,
    SELAMAT BERPUASA SI PENCUBIT!
    ;)

    ReplyDelete
  4. adrenalin
    selamat berpuasa utk kamu juga
    ;)

    luna
    lain kali temankan aku!

    dobot
    bulan puasa sila kurangkan pemerhatian,bahaya.
    haha.

    selamat juga untuk kamu cik dobot ;)

    ReplyDelete