Seorang penulis ada kalanya gemar hanya bereksperimen kata. Penceritaan seseorang tidak semestinya berkisar tentang sebuah realiti dan mimpinya semata. Mungkin dia juga gemar menembusi sempadan dan mencipta ruang lain untuk dikongsi.
Aku gemarkan ruang penulisan yang aku cipta di sini. Menjadi diri sendiri, menjadi manusia lain, mencipta watak picisan, dan menyelam dalam laut imaginasi sendiri serta mereka-reka cerita. Penghakiman ada di mana-mana. Bukan boleh kawal semua jadi biarkan sajalah.
Untuk mencapai paras sempurna itu masih jauh. Tapi aku menuju ke situ. Dia saja yang Maha Mengetahui.
Aku hanya meng-impikan pelukan Tuhan.
aku mahu petik seribu bintang itu dan simpan kemas-kemas dalam balang kaca lutsinar untuk dihadiahkan pada kau supaya dapat ditatap selamanya buat peneman bilamana aku tidak lagi bermampu untuk berada di situ.
ReplyDeleteSuke ayat di atas..Touched..^_^
misslya
ReplyDelete;)