Hari-hari buka mata aku akan duduk diam dan berfikir seketika. Cuba mengimbas kembali apa mimpi yang temankan aku sebelum itu. Selalunya aku gagal untuk mengingat apa-apa.
Aku mahu petik seribu bintang itu dan simpan kemas-kemas dalam balang kaca lutsinar untuk dihadiahkan pada kau supaya dapat ditatap selamanya buat peneman bilamana aku tidak lagi bermampu untuk berada di situ.
No comments:
Post a Comment