22.8.10

Rasional

Aku suka bila cuaca redup-redup saja. Aku juga suka keadaan hujan melebat tak tentu hala begitu. Sebab kalaupun tika itu jiwa aku sedang menangis, maka tak akan ada yang akan sedar. Dan aku suka begitu. Aku pilih untuk begitu. Aku baru sedar yang banyak keputusan yang aku lakukan dewasa ini menggambarkan betapa aku semakin anti-sosial. Tidak berapa gemar mahu bercampur dengan orang baru. Ataupun kenalan lama yang menjauh, melainkan mereka yang hulurkan tangan pada aku dulu; maka aku akan teruskan setakat boleh. Aku ini manusia yang sukakan ikatan kawan. Tapi susah untuk punya lebih daripada itu. Mungkin aku ini penakut orangnya. Aku tak suka kecewa, jadi aku pilih pengecut pada tika-tika yang kurang kepastian. Harapan adalah doa manusia seperti aku yang hidupnya dalam ketakutan. Gentar tak tentu pasal kadangnya.

2 comments: