11.12.09

. .

apabila sudah mengecap keselesaan dalam sesuatu perkara, mudah saja untuk berhanyut terus dalam deras atau perlahan arus itu. akal fikiran dinodai, dirogol persepsi murahan merantai jiwa menggelap hati merosak parah tubuh yang indah.

apabila sudah tertunduk bagai pada api2 yang marak, betapa sukar untuk mencedok walau segenggam air mahupun tanah untuk menghilangkan panas bagi menyejuk segala kerna amarah melampau memberat yang dilebihkan.

apabila sudah rebah menyembam tertiarap lemah, betapa susahnya untuk bangun kembali dengan penuh bersemangat dek tenaga yang telah mengalir terbazir begitu sahaja dengan lelongan hidup tak berfaedah.

tapi;

apabila mahu itu melebihkan percaya itu dalam2, dipasakkan penuh sekuat2 dengan keazaman melampau, maka tiada apa lagi yang boleh menghalang dari keajaiban untuk berlaku untuk kembali ke jalan yang nyata terang2 telah termaktub di kitab suci itu.

3 comments:

  1. jangan terlalu gembira apabila kau diatas
    dan jangan terlalu berduka jika kau dibawah

    kedua-dua situasi terselit hikmah tersendiri untuk kau cari

    ReplyDelete
  2. walau jahat bagai mana pon manusia..
    pasti wujud segelintir rasa baik..

    mungkin..

    ReplyDelete
  3. anon
    being both at the same time juga tidak menjadi kayu ukur situasi yang dihadap.
    ;)

    imsosupernotcool
    sebab adanya hati ;)

    ReplyDelete