9.12.09

hati ini

sudah lusuh. buruk rupanya. beratus kali diguna pakai. disental direndam dipijak bagai. diguna peluntur dan pelembut jua; bagi kekalnya rupa dan bau yang enak. dahulunya ia berjenama baik. kualitinya unggul tiada tandingan. berbeza dengan rupanya sekarang. hanya mampu dicemuh dikeji diherdik.

hey kamu;
benar mahu aku?

3 comments:

  1. sucikan hati dengan istighfar.basuhkan ia dengan zikrullah.kuatkan ia dengan keyakinan terhadapNya.serahkan hatimu pada yang layak memiliki.
    semoga kau jumpa ia didunia fana ini
    sebelum itu, serahkanlah hatimu padaNya sebelum ia dimiliki oleh manusia yang tidak sempurna

    ReplyDelete