6.12.09

selagi

mengekang perasaan sendiri dari gundah.

bertopengkan ketabahan;
halusinasi digembar-gemburkan, yang realiti ditolak ke tepi.

cuba mengatasi apa termampu
cuba menghadang apa yang boleh

kekadang dia rebah tersungkur
egonya dijaja merata
sengsaranya dipandang sebelah mata
sana sini mencaci cela
sinis membogelkan perilaku
huluran ikhlas mimpi semata

tidak dikisah apa-apa
asalkan maruah tersemat utuh.

7 comments:

  1. ketabahn bukan sekadar topeng, suntik ia ke dalam darah kau.biar ia mengalir diseluruh tubuh lalu menjadikan kau manusia yang benar2 tabah

    ckp memang mudah.merealisasikan?usaha!

    ReplyDelete
  2. ketabahan tidak kenal putus asa.

    tidak kenal erti kalah

    tidak kenal maplei =p

    truskan ketabahan itu=)

    ReplyDelete
  3. adeh .. sakit kena cubitan hidup!

    ReplyDelete
  4. bertabahlah dalam apa jua yang dihadap.
    kalau bukan sendiri tabah,siapa lagi.bukannya all the time ada saja manusia nak support kita2.there are times yang kau sendiri2 saja.

    ReplyDelete
  5. aku rebah.
    sekarang.

    tak ego.
    cuma bukan tabah.
    :(

    ReplyDelete
  6. chentatiku
    nak usaha pun bukan senang juga.tapi perlu berikan peluang itu.jangan lepas.
    ;)

    azizol
    maplei ;)
    perlu tabah untuk ke situ.

    farae
    ;)

    oanglidi
    dah kena cubit?
    ;)

    pisey
    ya.bukan mudah kan.lagi2 bila hidup sendiri2.
    ;)

    farah
    kamu,okey tak?kala rebah tak larat nak bangun tidur saja.itu antara remedy yang baik.

    nak tabah pun susah juga.
    bukan boleh pakai simen curah dalam badan supaya terus utuh kuat dengan konkrit semua.kekadang terparah sendiri.

    ReplyDelete