1.12.09

harus

lohong ini hitam. mahu saja aku catkan dengan warna2. tapi aku cuma punya warna kelabu gelap. akan tertelan sama. samar2 rupa di lohong hitam itu.

tapi itu lebih baik bukan?
bukan kelam bermuram selama.

sedikit perubahan itu bagus apa.
dari memburuk menunggu ajal.

calitkan sedikit rasa.
dalam sempitnya kesesakan hidup.

harus bangun dari mimpi ngeri ini,
harus;
benar harus.

11 comments:

  1. ini aku bawa cat warna putih.
    supaya lebih cepat proses pembaikpulih itu.
    kamu ambil ya?
    supaya senang mahu kita2 bermimpi indah dalam terang itu.

    ReplyDelete
  2. kal0 cat dgn warna2 p0n..kdg2 xbest jgk..
    serabut...

    ReplyDelete
  3. hidup lah seperti biasa.
    hirup udara.
    putar roda.

    lohong hitam,
    mungkin hilang selamanya.

    kenapa harus biar dalam mimpi.
    kenyataan pahit. tapi harus telan.
    kelat2 hidup,
    namun tetap adiwarna.
    ;)

    ReplyDelete
  4. biarlah yg hitam itu menjadi hitam
    yang putih itu tetap putih

    aku tak mahu lihat kelabu semuanya

    ReplyDelete
  5. pisey
    silakan.cepat2,jom;)

    sharamli
    pilihlah yang sesuai,
    jangan dibiar celaru hinggap pada kamu.
    buat keputusan itu.
    ya? (:

    farah
    mimpi itu untuk beri sinar.sebagai petunjuk dalam gelap yang nyata.sudah puas bermimpi,harus pandai2 keluar kepompongnya.
    terbit mekar,ceria semua.
    nice of urs;)

    chentatiku
    jika kamu mampu bezakannya dengan baik,baguslah;) aku kini masih cuba menggapai. berharap.

    solehah
    lubang ;)
    seperti hati yang berlubang;
    kosong.

    ReplyDelete
  6. ubah mimpi ngeri itu ke mimpi indah.. =)

    ReplyDelete
  7. hitam itu kemas..

    yakin!

    wahai kawan baruku..ahaha

    ReplyDelete
  8. chah
    jom ;)

    fahim'n'alin
    mutu keunggulan
    haha.

    ReplyDelete