11.6.20

Sedang cuba untuk berani

Agak menterujakan apabila menerima pesanan tems ringkas dari kau yang aku puja-puja bertahun lamanya. Aku sentuh hati, cuba mencari rasa yang tertinggal. Tak ada. Cuma memori bersama mula bermain di depan mata. Ada rindu yang bertamu, tapi cukup setakat itu.

Atau sebenarnya aku cuma cuba menipu diri sendiri saja.

*tarik nafas, hembus*

Ada kehadiran baru yang tenang, terus-menerus mententeramkan keadaan aku yang belakangan ini sentiasa gusar.

Buat pertama kali, aku berterus terang dan berdepan dengan perasaan. Akan tetapi, masih ada pelbagai halangan yang sudahpun terwujud awal, dan kekangan lain yang menanti di depan.

Hubungan ini mungkin ya, mungkin tidak. Buat sementara ini, ampun-kan aku Tuhan. Izinkan aku menikmatinya sementara ada.

1 comment: