30.10.10

Dulu sekarang

Aku dulu tak pernah kenal erti susah. Kemudian lepas kenal erti susah baru aku mula kenal hidup. Sebelum ni cuma ikut-ikut saja. Tak pernah pandai nak fikir lebih. Dan seronok juga bila dah faham sikit-sikit apa feel hidup ni. Cumanya bila dewasa kita banyak terlepas pandang. Terlebih seronok tak cukup serius. Tak cukup seronok terlebih serius. Ketawa kurang, duit kurang, makan kurang walaupun nafsu banyak, rokok tak ada, kawan lari, tidur entah mana-mana. Segalanya tunggang langgang.

Tunggang kuda ada juga bestnya. Asalkan jangan jadi si tanggang.

29.10.10

Letih dan stress

Lepas tu jadi serabut. Mula la nak fikir bukan-bukan. Konon nak lari lah. Padahal kalau suruh pergi jogging satu kilometer pun dah malas menggila meroyan. Tapi bab usha orang laju pula otak nak menerawang jauh. Hairan. Nak kata perut dah ada sixpack tak juga.

Berkerut-kerut aku tambah lagi beban berfikir.

Sini tengok aku

Lemah longlai. Hancur luluh. Segalanya lebur dalam pertempuran masa. Setiap debu yang ujud aku perincikan hingga ke zarah terkecil. Bisik-bisik hidupan malam seperti aku ini apa sangatlah yang ada. Dalam telahan yang kau cuba buktikan mungkin ada aku terselit bersama. Syukurlah daripada tiada apa langsung kan. Heh. Apa lagi yang aku perlukan selain dari ingatan tentang momen-momen yang telah aku bekukan di sini. Tentang rasa, jiwa, celaru dan gundah yang seringkali mengundang berbilion jenis perisa untuk aku calit tampalkan di hujung bucu katil ini. Manusia, aku mahu benar kau tahu setiap niat yang tersembunyi di balik setiap senyum yang aku palitkan ini.

Pandang mata aku.

27.10.10

Tiada yang akan dapat faham apa yang cuba aku sampaikan. Dan kau juga mungkin begitu. Langsung tak punya agakan terhadap apa yang aku persembahkan ini. Dan aku suka begitu. Lebih baik berada dalam gelap bayang daripada dipertonjolkan tetapi tiada nilai harga.

Dan ya, konklusinya aku memang penakut. Itu ayat penyata.

25.10.10

Orang asing

Bukan macam makhluk asing. Yang tu namanya alien. Yang ini aku namakan the perfect stranger. Sebab waktu pertama kali aku terpandang kelibat kau, dah macam ada magnet besar duk tarik aku suruh pergi dekat. Tapi aku tak pergi pun. Aku anggap itu cuma crush yang aku akan lupa minit-minit kemudian.

Tapi tak.
Kau ubah persepsi aku tentang dunia. Bikin dunia aku upside down kadangnya. Buat aku lupa tentang hidup yang miserable. Kau adalah antara perkara yang aku suka fikir untuk buang resah yang tak patut dilayan pun tapi aku bebankan diri juga. Sebab selalunya bila kita bersama, aku takkan fikirkan tentang masalah yang bukan-bukan pun. Setentunya waktu-waktu begitu aku lebih sibuk cuba mengawal detak jantung aku yang tak tentu hala.

Tapi sekarang ni aku sedang sibuk betul. Sampai lupa aku perlu fikir tentang kau untuk buat hidup lebih tenang.

24.10.10

Gugup

Selalunya aku cuma pandai bagi sepatah dua ayat pertama bila dengan kau. Lepas tu aku akan jadi gugup bagai atau cakap sepatah dua kata saja konon pura-pura cool. Sebabnya bila aku bercakap, aku suka pandang muka kau. Nak tengok reaksi serba sedikit tentang percakapan aku. Tapi bila dah tarik perhatian bagi mukaddimah bagai, mestila kau pula pandang aku bila aku duk bercakap tu.

Tapi bila macam tu aku dah tak tahu nak susun ayat macam mana dah.

22.10.10

Perasaan yang semacam

Aku musykil betul ke kau ni manusia. Sebab manusia selalunya buat aku fedup dan bermacam jenis perasaan gundah lagi dia boleh bagi. Tapi kau buat aku rasa lain macam.

Perasaan yang semacam. Lain macam. Macam-macam.

19.10.10

Rancangan

Genggaman sudah tidak sekuat dulu. Aku tidak rasa aku sudah kurang percaya akan takdir yang akan menjodohkan kita. Cumanya gundah itu ada di setiap ucapan kata yang aku lontarkan sebagai doa bila menghadapNya.

Aku sudah tidak punya semangat untuk teruskan pekerjaan yang semakin hari semakin membeban. Heh. Selagi tidak diselesaikan setiap persatu memang akan beginilah. Padahal aku tahu aku mampu buat semua ni. Orait.

Terus-terus saja dulu. Itu rancangannya.

17.10.10

More than words

I love words. But words alone cannot express my longing for you. So I stay silent and wait. And wait. I think the longer I wait the bigger the feelings grow.

I--have a big heart. So it does not matter how much longer the waiting would be, I believe that the heart got enough space to put them in safely.

16.10.10

Nak ikat simpul mati

Aku tahu kau pun suka begini-begini saja--punya konsep melengkapi. Tanpa ada ikatan yang nyata. Tanpa perlu komitmen bertulis. Aku tahu kau suka begini. Aku pun pernah suka keadaan begini-begini saja. Tapi sekarang dah lain. Jadi kalau boleh aku nak tambat kau kat sini tak mahu lepaskan tali ikatan yang aku simpul mati ini lagi.

Sebab aku takut kau pergi tanpa sempat aku bersedia apa patut.

13.10.10

We are not human beings having a sprititual experience. We are spiritual beings having a human experience. -Teilhard de Chardin

12.10.10

To be a nerd

Gugup. Takut. Risau.

Aku sedang duduk sendirian. Sedang berseronok duduk sorang-sorang.

Okey aku tipu. Tak seronok sangat pun duduk sorang-sorang macam ni lama-lama. Aku perlu tenggelam dalam dunia membaca agaknya. Jadi nerd. Pakai spec tebal-tebal.

And people gonna call me nerdy. Not loser.

Tapi jadi loser seronok apa. Tenggelam dalam dunia sendiri. Tak perlu nak kisah pasal manusia lain sangat. Kisahkan diri saja. Layan jiwa-jiwa luka. Malam-malam cuba kirakan pusingan kipas dalam satu minit contohnya.

Atau pandang dinding. Pandang dan pandang.

10.10.10

Sarat

Satu malam aku rasa tak keruan. Aku tahu aku banyak berfikir. Tapi itu saja yang aku tahu buat. Segala yang aku buat serba tak kena. Selalunya aku mudah saja nak terlentok di mana-mana bila aku susah hati. Tapi malam tu tak. Beratnya beban yang aku cuba selesaikan. Dalam benak cuma satu yang nyata. Ke-fikiran tentang kau.

7.10.10

This one is for 'I', not you

I wish for the world to understand me more. I was broken again and again due to my stupidity. I was careless every often dealing with love. And I'm pretty fucking scared right now--for real.

5.10.10

Aku ini orang yang banyak khuatir. Banyak gusar. Tapi aku suka minimumkan perasaan aku dari segi riak wajah yang terpamer. Aku lebih suka berseorangan jika diberi pilihan untuk berseronok bersama puluhan yang lain. Aku ini bukan manusia tipikal yang kau boleh ketemu di jalanan. Tak. Aku bukan nak nampak lain pada pandangan kau kat sini. Dah memang fakta aku banyak sifat beda yang mencirikan aku ini lain berbanding mereka. Dan aku yang selalunya banyak tahu daripada tak tahu semua ni sungguh tak dapat menilai maksud kenapa degup aku kencang waktu pertama kali sepasang mata ini menangkap kelibat seorang kau beberapa tahun ke belakang dulu.

3.10.10

Some guessing

I close my eyes and get some sleep whenever the head is bundled and jammed. It's the only escapism I am capable of doing.

Today; the hand I love to hold is not there when I reached out. I started making some guessing of whether the gravity is not working properly or the magnetic field is being ridiculous for straying you away from me.

2.10.10

The insider

Untuk ada di setiap penghujung rajuk. Untuk sama-sama menikmati detik nafas terakhir seorang manusia seperti aku. Yang hidupnya dirasakan tak punya banyak kepentingan dalam dairi hidup manusia sekelilingnya. Yang dia percaya sesungguhnya menjadi seorang yang tidak berlebih komitmen itu lebih bagus daripada mengabaikan tangggungjawab. Yang hari-harinya disuap kosong dengan mimpi-mimpi indah/ngeri yang adakalanya dia cuba sogokkan umpama realiti. Untuk punya mimpi yang dia tidak mahu bangun-bangun lagi bukan senang macam makan ais kacang. Sengal-sengal gusi begitu. Susah. Dia bukan antara mereka bertuah yang bisa cipta susunkan jalan mimpi ketika tidur.