18.3.10

ulangan

aku ambil suatu cebis yang tersisa. aku lipat2kan dan simpan dalam kocek. aku ulang dan ulang lagi perkara yang sama bila ketemu situasi2 sebegitu. lama kelamaan kocek sudah penuh. lalu aku kosongkan dan buang dalam tong sampah.

kendian aku ulang kembali agenda picis di perenggan pertama sampai mati.
___________________________________

bagaikan filem hitam putih yang bergerak pada kadar slowmo - aku nampak kau dalam setiap gambar yang ditukar ulang itu. bayangan2 yang tertinggal ini aku telah tolak jauh masuk ke dalam jiwa dari awal lagi sebenarnya. bukan tidak mahu ingat dan fikir. lebih kepada mahu simpan padat dalam2. dan tayangan ini berulang juga-

5 comments:

  1. setiap cebisan kertas yang aku simpan dalam kocek, aku lupa keluarkan.lumat dalam mesin basuh baju.
    pasrah.

    ReplyDelete
  2. Fuhhhh, mendalam.
    Tapi itulah terapi untuk kita buat setiap kali kita ditimpa masalah untuk melupakan sesuatuu.
    Tk semudah macam apa yang kita akan buat. It will keep on repeating and repating the same thing.

    ReplyDelete
  3. sekali kau dah buang,jangan la kau kutip lagi.

    ReplyDelete
  4. dewajiwa
    gema yang agak tidak melantun.

    chentatiku
    kelupaaan sebagai pengubat keresahan mungkin?

    dobot
    aha.life is never easy.but you just have to move on and try to make it better-

    acap
    mungkin aku gemar panggilkan ia memori untuk dibelek kembali bilamana rasa itu datang membingit.

    ReplyDelete