5.3.10

kegelapan bukan saja2 digelar begitu

dalam hidup yang penuh dengan agenda pelbagai ini, bagaikan suatu kisah cuba bergomol dengan cerita kisah yang lain. dan aku selaku seorang manusia yang ujud bersama tak punya kuasa untuk membelai segalanya dengan setiap sentuhan baik luaran mahupun dalaman.

sesak dengan setiap rungutan omelan dunia. aku lelah untuk terus menerus ditembak dengan bermacam2 yang aku gemar anggapkan halusinasi jiwa yang kekeringan saja. kerna jika diambil pusing melebih- sungguh tak mampu dek lubang2 dan ruang2 yang belum terisi sedia ada.

dan fikir aku, jika tidak begini; tidak pula aku jadi diri aku yang kini. boleh berhidup menghadap yang mendatang dengan tenang2 saja walau perkara itu bisa menggugat separahnya. heh. kerana gusar2 yang dilalui sudah ajarkan aku dengan setiap jenis perasa yang menarik dalam menempuh sebuah agenda bergelar kehidupan.

seperti kini. yang walau dalam gelap2 saja aku boleh berlarat untuk bernafas menghirup udara yang Dia berikan. di waktu samar2 ini saja kau boleh membuka mata seluasnya. memandang sekeliling alam dengan berselimutkan kegelapan itu sendiri. redup2 begitu saja. dan aku percaya; setiap yang berlaku ada sebab musababnya yang jika ini hari ia bergelar ion2 negatif maka esok2 nanti aku akan memanggil ia ion2 positif pula.

People who lead a lonely existence always have something on their minds that they are eager to talk about. - Anton Chekhov

4 comments:

  1. aku rasa nak peluk kau dan kata, tak apa. walaupun aku tahu itu satu penipuan.

    ReplyDelete
  2. hurmmmmmmmmmmmmmm ;)
    kamuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. in life theres a time when u need to say..

    i was pretty fucked up..
    goddammit..

    keep livin..

    ReplyDelete
  4. luna
    aku sanggup saja ditipu begitu.walau seketika atau sekejap cuma- dari cuba bertahan lelah yang aku tak dapat tampung sorang2 lagi begini.

    han
    yer saya ;)

    imsosupernotcool
    i am-

    ReplyDelete