4.3.10

just because

ya, kau seperti angin. angin yang sekiannya bertiup kosong. ataupun yang bertiup dengan penuh makna membawa segala pengharapan bersama-sama. dengan angin itu kau bisa redupkan hati aku mahupun menyesahkan lagi apa yang sedia berselirat dalam jiwa aku. tapi aku relakan saja.

hidup seumpama ini boleh diertikan dalam-dalam tanpa sebarang sebab yang memberat. kerana kau wahai manusia telah memainkan dengan baik watak itu dalam melaksanakan rompakan ke atas diri aku seadanya. dan kini. jika ada saja watak2 antagonis lain mahu mencuri selebihnya dari aku, aku tak dapat merelakannya.

4 comments:

  1. bila ada perbuatan mencuri ke atas diri kau oleh watak antagonis itu..aku pasti mesti rasanya sesak dan sempit.....namun,walau ape pon berlaku seperti yg kau tulis...jangan biarkan diri kau dirompak lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  2. lumut
    tapi kadangnya rasa itu mahu saja dirompak begitu saja.

    ReplyDelete
  3. angin datang bila perluuu.
    pergi bila mahuu..
    jgn percaya dengan anginnn. ia hanya memberi palsu!

    ReplyDelete
  4. dobot
    tapi angin bagi kita rasa.feel.ada walau tak nampak.heh,semacam harapan.

    ReplyDelete