Cinta ialah apa yang tinggal setelah segala jenis sifat mementingkan diri dibuang dari hati yang terpencil.
Cinta ialah anugerah Tuhan. Kebolehan ataupun peluang untuk mencintai itu kadangnya merupakan kepuasan yang tak boleh diganti tukar dengan perkara lain.
Kisah cinta kebiasaannya takkan terjadi sepertimana yang kau harap impikan. Biasanya memang tak.
Seorang A sukakan seorang B. Tetapi seorang B sukakan seorang C. Seorang B katakan pada seorang A yang cinta tak boleh dipaksa. Seorang C juga sebenarnya mungkin bagitahu benda yang sama pada seorang B. Ini ialah kitaran yang normal.
Mempunyai seseorang yang sukakan kamu, cintakan kamu tanpa syarat merupakan perkara paling indah boleh terjadi untuk kehidupan yang cuma sementara ini. Akan tetapi kembali ke rangkap keempat, cinta tak boleh dipaksa.
Aku pernah baca yang jodoh ialah bila kamu lihatnya, ada rasa suka. Mungkin kamu benci dia tapi kalau ada sikit suka, itu merupakan satu kemungkinan jodoh. Jika hati kamu kata tidak dari awal, maka tidaklah.
Melihat kamu tersenyum dengan mata yang bersinar memandang tepat ke mata aku, jantung aku luruh. Nafas aku terhenti untuk beberapa ketika. Momen ini akan aku ulang tayang dalam kotak memori kerana aku tahu, perhubungan ini akan cuma tinggal sebagai sebuah kenangan tak lama lagi.
Perkataan 'tak lama lagi' ini, aku tahu aku dah selalu sangat guna. Dari sejak tempat ini wujud.
So yeah I'm grateful enough that God still did not take you away from me.