24.6.20

Topeng

Realitinya kita semua penakut berbajukan keberanian yang dipinjam seketika. Cumanya ada orang dia tak meminjam, dia ambil keberanian tadi dan jadikannya hak milik kekal. Jadi kadang-kadang bila bertemu dengan mereka (aku) yang dalam ketakutan, dia buat-buat tak nampak. Tak mahu menyelam dalam. Tak mahu orang tahu yang dia juga penakut suatu masa dulu. Tak mahu orang lain tahu yang dia pun sekadar peminjam yang berpura-pura tenang.

Realitinya kita semua penakut. Berani atau tidak saja untuk berdepan dengan apa yang benar-benar yang sebenarnya.

Jalan mudah memang dengan menutup cela yang ada. Diam.

No comments:

Post a Comment