26.9.17

Selepas beberapa ketika

Ada satu tempoh di mana aku dan kau sangat dekat. Terlalu dekat hingga dapat aku rasa setiap hela nafas kau. Hidu bau kau. Pandang anak mata kau. Teliti setiap urat rambut kau. Dekat. Rapat.

Rapat hingga tidak punya sebab untuk bertanyakan khabar, keluar bersama untuk ke tempat-tempat terpilih untuk makan dan minum, mengabdikan waktu itu cuma untuk merasa kehadiran masing-masing. Cukup.

Kau selalu juga menzahirkan rasa betapa kau tidak gemar untuk membalas mesej-mesej pesanan ringkas dan kau hairan bagaimana manusia lain boleh berbelanja banyak masa untuk tujuan itu. Namun tetap saja kau dan aku menggunakan medium sama untuk berkomunikasi. Dari tiada menjadi ada. Dari jarang-jarang menjadi makin kerap. Dari pagi hingga ke tengah malam. Berlanjutan ke awal pagi.

Mengenali sisi diri kau yang tak dipamer kepada umum, semakin lama semakin aku jatuh. Semakin rapat. Dekat. Aku mula sangsi dengan perasaan sendiri.

Selepas beberapa ketika yang agak lama, kita sudah tiada lagi.

14.6.17

Aku pegang kau dah lama

Pernah aku ceritakan sebelum ini, tentang permintaan aku pada Tuhan. Untuk meminjamkan aku satu bahu sebagai tempat bersandar. Beri aku tempat untuk mengadu, bercerita segala rusuh yang ada.

And I told Him; God, let me have someone I can hold on to for a while or two please. Someone who won't leave at least for years. Someone who would just exist and I would feel enough.

And God suddenly gave me you.

Jadi dari awal lagi, aku tahu hubungan ini tak akan kekal pun jika sudah termaktub begitu. I know I just have to be ready. Because I only ask to borrow you, from God himself. Satu pinjaman yang agak lama aku pegang rapat ke hati.

Tapi aku langsung tak sangka bila aku mula ubah doa yang selama ini cuma mahukan kau di sisi, tiba-tiba segalanya berubah. Dan sungguh mudah juga Tuhan angkat perasaan aku pergi bersama sakit yang kau tinggalkan. Kuasa Tuhan sangat besar.

Pinjaman sudah tamat tempoh. Dan aku yang mula mengirim doa lain waktu itu, walaupun sebenarnya telah menyelit nama kamu bersama cuma harus akur dengan takdir ketentuanNya.

Aku pegang kau dah lama.

Moga rindu yang berbaki ini cukup selaku bekal sementara sehingga aku bertemu jodoh syurgaku.

15.5.17

O

Ada sedikit kesesakan dalam hidup aku sejak kebelakangan ini.

Nak dilayan bertambah pula lelahnya.
Nak buat tak endah aku tak mampu.

Dunia kat depan macam makin malap.

25112015