1.4.11

Unhinges

Mungkin aku terlebih menaruh harap pada keadaan yang tidak sepatutnya. Aku ini wahai manusia, telah dengan rela dan masih sedang mencintai kau ke satu noktah yang memutarbalikkan jiwa aku. Aku sebenarnya sedang cuba untuk tidak menyukai. Akan tetapi aku sedang kalah pada diri. Aku malu untuk mengiyakan perasaan yang bergunung ini kerana aku bukanlah sesiapa. Mungkin bila tiba masanya, aku cuma mahu kau saja yang tahu. Untuk masa ini, cuma kau saja yang tak perlu tahu. Memori yang kau kepilkan bersama aku dalam sini akan aku simpan selama mungkin. Manusia, kau benar tak tahu apa yang kau dah buat pada aku.

8 comments:

  1. cuba untuk tidak menyukai itu sebenarnya ialah sesuatu yang tidak mungkin.

    ReplyDelete
  2. Agree with afrohead.

    ReplyDelete
  3. your words are killing me.

    you remind me of somebody.

    hurmm

    ReplyDelete
  4. norazizah - it's the only option i have.

    afrohead + dobot - right.

    riha - coincidence.

    ReplyDelete
  5. Sabar yer, apa kata sediakan diri dengan ini - 4 the future Tips pikat lelaki

    ReplyDelete
  6. aku pernah rasa begitu .. rasanya sebiji macam yang kau rasa ..

    ReplyDelete