Aku tunggu. Aku sakit. Aku lelah. Aku cuba bertahan selama mungkin. Aku masih terus-terus saja berbisik dalam bait-bait kata paling indah yang aku susun aturkan ketika berbicara dengan Dia. Supaya keberadaan aku ini kau juga rasa. Supaya kau tahu apa dalam aku. Aku cuma mahu kau rasa walau sedikit saja baki yang tertinggal. Baki terdahulu aku sudah poskan ke syurga bersama doa-doa yang telah diangkat ke langit. Cuma Dia dan aku saja yang tahu isinya. Dan perasaan ini pula cuma Dia yang tahu. Tidak kau, tidak aku. Kerana manusia, sungguh aku tidak dapat mengukur cinta yang aku pendam dalam di sini. Hidup masih berteras masa. Masa sekarang iaitu kau di depan sedang memandang aku yang berpura-pura banyak cerita. Aku ini sedang dalam kalut dan berbagai lagi perasaan yang mencemaskan pada realitinya. Masa yang berlalu waktu kita menghabiskan waktu bersama tanpa jemu dengan gelak tawa. Dan masa depan yang semakin cuma tinggal aku tanpa kau.
Aku benar takut.
Dan sememangnya aku takut untuk menjampi kesempurnaan dalam ketidakpastian. Segala ini aku serahkan pada Dia untuk mencipta kisah bermula saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun seterusnya.
baca tajuk pun dah dalam bangat.
ReplyDeletesuara kau dalam entri ni lebih kurang aku. tapi aku ada versi aku sikit. tapi tu r. sama la jugak. aih
Indah. Serious, aku suka.
ReplyDeleteJUJUR untuk ini. Untuk rasa yang masih ada itu.
:)
para jamaludin - penat kan? haih.
ReplyDeletedobot - rasa yang takkan luput.