25.2.11

Dimensi ruang

Nyawa.
Jangan cabut lari lagi.

Hati.
Jangan gusar sangat.

Jiwa.
Tolong tenang-tenang.

Otak.
Jangan banyak fikir.

Asap berkepul-kepul. Nafas tercungap-cungap. Perasaan yang berkilo-kilo ini mungkin sudah basi untuk diluah lagi. Sudah bertebaran aku tabur suburkan di sini. Tapi aku masih beginilah.

Menunggu detik penamat yang Tuhan bakal tunjukkan.

22.2.11

Now- -

I like your eyes.
I like your nose.
I like your face.
I like your lips.
I like your teeth.
I like your hair.
I like your shirt.
I like your jeans.
I like your hands.
I like the way you talk.
I like the way you laugh.
I like the way you listen.
I like the way you bite your lips.
I like the way you look at me.
I like the way you listen to me.
I like the way you eat.
I like the way you smile.

If I could compose a song, everything would be about you.

--shit, I'm melted.

17.2.11

Ada atribut dari kejadian-kejadian sebelum yang menggelisahkan. Ada manusia yang terluka. Ada yang masih diluka. Ada yang membawa watak peluka.

Aku khuatir kalau-kalau watak aku turut terlibat dalam drama yang terjadi.

14.2.11

Aku cuba menjadi sebuah kejadian Tuhan yang paling bermakna dalam hidup kau

Aku tunggu. Aku sakit. Aku lelah. Aku cuba bertahan selama mungkin. Aku masih terus-terus saja berbisik dalam bait-bait kata paling indah yang aku susun aturkan ketika berbicara dengan Dia. Supaya keberadaan aku ini kau juga rasa. Supaya kau tahu apa dalam aku. Aku cuma mahu kau rasa walau sedikit saja baki yang tertinggal. Baki terdahulu aku sudah poskan ke syurga bersama doa-doa yang telah diangkat ke langit. Cuma Dia dan aku saja yang tahu isinya. Dan perasaan ini pula cuma Dia yang tahu. Tidak kau, tidak aku. Kerana manusia, sungguh aku tidak dapat mengukur cinta yang aku pendam dalam di sini. Hidup masih berteras masa. Masa sekarang iaitu kau di depan sedang memandang aku yang berpura-pura banyak cerita. Aku ini sedang dalam kalut dan berbagai lagi perasaan yang mencemaskan pada realitinya. Masa yang berlalu waktu kita menghabiskan waktu bersama tanpa jemu dengan gelak tawa. Dan masa depan yang semakin cuma tinggal aku tanpa kau.

Aku benar takut.

Dan sememangnya aku takut untuk menjampi kesempurnaan dalam ketidakpastian. Segala ini aku serahkan pada Dia untuk mencipta kisah bermula saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun seterusnya.

12.2.11

Hello there

today I went to the beach
I saw couples lying there
holding hands and doing stuffs
I didn't see you
so I went back home.

Dalam beberapa ketika yang lalu, aku curi sedikit masa dan putarkan minda ke waktu awalan kau dan aku bersemuka.


10.2.11

Sedang dalam kondisi paling gusar pernah dirasa.

7.2.11

Clogged heart

Oh fuck I love the way you smile.

I have weak knees when I'm with you. If I stay longer, I might crumpled to the floor since the oxygen didn't go the brain to give orders for me to walk properly.

They are all stucked in the heart; pumping everything there. Then the brain freeze. The hand trembled. The voice going shaky. And I stuttered foolishly trying to create sentences to break the absence of communication between.

Let me yell out loud here--FUCK!

6.2.11

I guess being insane is a norm

When what I do all along is thinking about you. You drive me crazy.

5.2.11

Habit

Aku cuba untuk tidak hidup dengan kata makian tapi sukar. Ada saja yang menjadi rutin untuk aku carut bualkan. Seperti juga aku cuba untuk hidup tanpa ada kefikiran tentang kau tapi tak boleh. Sudah terlalu serasi.

1.2.11

Hello february; month for lovers

Satu: Aku tiada kuasa untuk menarik balik setiapnya yang aku dah gembur suburkan di dalam sini.

Dua: Aku tak rancang untuk menyukai manusia seperti kau sebegini rupa. Tuhan--Dia yang tetapkan ini. Tapi kalau boleh aku sangat mahu ia bertahan lama.

Tiga: Aku lebih suka kau tidak tahu langsung.