31.12.10

Moga esok ada lagi

Belek beberapa tahun ke belakang, aku lihat aku yang rapuh berteriak tak tahu malu menggalas perasaan penuh emosi. Cuba mencuba setiap percubaan yang menghulur. Aku ini juga manusia yang tak kunjung lelah mencari pasangan kepada rusuk yang aku kendong. Apa kau ingat aku mahu hidup seorang-seorang begini?

Semua orang mahukan side-mirror. Percayalah.

Masa kadangnya terasa begitu suntuk. Membingit tak tentu pasal berpenghujungkan penyesalan bertimpa-timpa. Faktor-faktor bodoh yang membodohkan kita dalam mengecap rencah sekeliling semakin membiak. Aku juga tahu bersungut bila wang yang dijulang tinggi dalam masyarakat. Bukan lagi tingkah laku adab sopan serta bahasa jiwa bangsa.

Selamat tinggal dua ribu sepuluh.

3 comments:

  1. Selamat datang 2011, semoga pasangan tulang rusuk kau akan ada suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. muga 2011 kau jmpa side mirror kau tu

    ReplyDelete
  3. dobot - harapnya.

    zixol - tak kisah pun kalau 2012 baru ada. atau next-next. asal ada. buat waktu ini, aku curi-curi pandang saja semua jenis mirror yang wujud.

    ReplyDelete