11.5.10

kisah cinta bukan macam siti dan kay

dalam bunyi-bunyi kesunyian yang ada, aku cuba jeritkan nama kau tapi masih juga tidak kedengaran jelas. suara aku tersekat di kerongkong mungkin. sebentar tadi aku hanya sempat menjamah beberapa butir nasi yang tersisa di hujung senduk nasi kedai mamak ali hujung cabang sana. sekilas memerhati keadaan sekeliling tika itu adrenalin aku semacam saja kadar turun naiknya. aku nampak kau. walaupun juga kepastian itu tidak nyata sebabnya.

kau bersama teman lain kelihatan begitu sempurna. masih kedengaran jelas gelak tawa yang memenuhi ruang udara di situ. seperti dalam kisah-kisah cinta yang lain, kau juga seperti mendapat aliran arus elektrik makanya kau juga pandang aku tika itu. kita sama-sama memandang satu sama lain. tiada efek lagu hindustan pun di kedai mamak ali tersebut.

seperti juga dalam kisah cinta picis lain, kita seperti berbicara berbillion bahasa dengan hanya menatap kolam jernih mata yang terpaku. tetapi tidak seperti kisah-kisah cinta ordinari yang mana sepatutnya selepas itu kita akan berpimpin tangan berjalan seiring bahu ke bahu dengan masing-masing menikmati momen itu bersama-sama;

aku berlalu pergi dari situ setelah melepaskan pegangan pada senduk nasi kedai mamak ali kerana khuatir jika dibawa bersama senduk itu aku akan dikejar oleh kelompok pekerja kedai mamak ali.

2 comments:

  1. alololo.
    KLMJ ni bang!
    Kenangan Lalu Mengusik Jiwa! :)

    ReplyDelete
  2. dobot
    haha.itu sangat kelakar ;)

    ReplyDelete