di atas normal, aku cuba mencari maksud bagi kehidupan yang dikejar2 namun tidak pernah kesampaian untuk mengerti sedalamnya. aku malas. malas untuk memberat bebankan otak yang sedia beratnya berkilo2 untuk ditumbuhbesarkan lagi.
konteks terbatas selaku seorang manusia yang hanya hamba bagi Yang Berkuasa itu dijadikan alasan. untuk direngek tampal pada yang sedia ada2 saja walaupun terkadangnya aku hanya tahu merengus bilamana manusia2 yang wujud di tika seorang aku mahu meluncur turun ke dasar sehenyak2nya memberi bahu sebagai bonus.
rutin yang sama dijadikan habit. lama2 alah sudah; konon kebal padahal mencair lemah selemaunya bila2 diterjah dengan konsepsi yang senyatanya kebenaran itu masih jauh, senang2 saja tergugat sama. pegangan pada stereng kereta yang sedari tadi kemas semacam aku longgarkan. aku berhentikan kereta di bahu jalan. aku pandang ke anak mata dia dalam2.
kolam matanya jernih. tapi selalunya memang susah benar nak tatap lama2. dia akan selalu saja larikan lirik jauh2. aku musykil. kenapa perlu begitu; bukan dia tidak yakin diri bila berhadapan dengan orang lain. aku masih mencari.
usai memandang imej diri dalam cermin pandang belakang kereta itu beberapa ketika, aku teruskan perjalanan dengan menurunkan cermin tingkap seluas mungkin mengharap udara yang bergomol meluru masuk itu boleh memberi suatu refreshment pada aku yang seperti hilang ini. jangan bawa aku terbang semakin jauh- aku hanya mahu di sini.