terima kasih.
31.7.11
;
Kepada waktu-waktu yang terbuang lesu, kepada mentari yang sentiasa menyinar, kepada udara yang tak jemu menyentuh pipi, kepada hujan yang tak segan jatuh, kepada bulan yang menanti untuk dirindu, kepada bunyian yang memecah sunyi-
30.7.11
Memory #5
Dapat menikmati pemandangan langit sebegini buat otak aku lemau. Data yang dimuat turun cuma tentang kau. Hati aku ranap bila dapat tahu ada manusia lain yang menghadirkan diri di sebelah sana.
Memori. Ini cuma memori.
29.7.11
26.7.11
Realisme
Manusia tak pernah boleh lari dari berbohong. Hipokrit mungkin. Atau dalam kesempitan untuk menyembunyikan perkara-perkara yang dirasakan berat untuk diluah. Apa yang membezakan penipuan-penipuan ini cumalah isinya.
Ataupun cara ia dilaksana.
Melihat pada dinding yang tak seberapa putih mengikut warna cat asal di depan, aku semakin hilang dalam pernyataan diri. Proses menamatkan segala khayalan dan imaginasi yang membiak tanpa segan ini tak mudah. Gambaran dan memori yang lama sudah kembali menari-nari dalam ruang minda. Perkara-perkara halus menjadi lebih jelas. Yang samar dulu tiba-tiba luas terbentang depan mata. Aku tak pernah bersedia untuk semua ini. Sungguh di luar korpus pemikiran aku. Aku tak menjangka hubungan yang aku anggapkan sehala ini tiba-tiba menakluk hampir 87 peratus aku. Kalau aku teruskan lagi dan esoknya kecundang, maka aku boleh mati dan tak mampu untuk bangun menggagah.
Ada teman yang tak sudah-sudah memberi kata jodoh itu perlu dicari dan wajib ada usaha dalam pencarian itu. Usaha yang bagaimana tidak pernah dijelaskan dengan terperinci. Perlukah aku bersiul-siul mesra di jalanan untuk menakluk hati manusia-manusia yang sedang rawan seperti aku? Meladeni dan mengubat luka dengan kesengsaraan orang lain. Heh. Anekdot jiwa. Konon terubat dengan patah hati manusia lain.
Untuk menyuara dan melaung segala penat dalam hati, kekuatan jiwa yang bagaimana perlu aku bentukkan? Dia yang di atas sana saja yang tahu kesusahan yang melanda. Tapi persoalannya sejauh mana usaha aku untuk ambil pusing hal ini? Untuk lentok bermanja dengan Dia? Parah. Mungkin benar ini bukan langkah yang betul untuk aku teruskan lagi. Tapi aku juga tak cukup kuat untuk berundur.
Untuk masa yang sedang membeku, aku putuskan untuk berhenti seketika.
20.7.11
Sempadan
Di mana lagi harus dicari waras untuk dikendong meneruskan hari-hari esok, jika kegilaan ini masih menembak dada aku secara berterusan?
14.7.11
Waras
Degup-degup lalu dalam putaran kisah masa lalu aku jeling sekilas. Pada waktu yang sudah berlalu itu, aku nampak seorang manusia sedang gugup menyusun kata-kata untuk diutara pada satu tubuh manusia lain di depannya. Hela nafas yang dikawal hampir menyebabkan dia semput. Kawal segalanya. Pandangan matanya sengaja dibataskan untuk tidak terlalu menikmati kesempurnaan pada si pemilik tubuh yang berada di sisi.
Bukan salah sesiapa.
Bukan salah sesiapa.
11.7.11
Keberadaan
Aneh bukan? Manusia gemar tenggelam dalam kesengsaraan manusia lain. Hanya dengan menyelam dalam walau secebis rasa perit kesakitan orang lain, buat kau rasa sedikit lega dalam menghadapi malap hidup sendiri.
8.7.11
Adakalanya waktu-waktu senggang yang terlalu banyak boleh membunuh aku yang sedang melemah. Tanpa hala tuju yang jelas, aku cuma mampu terus berjalan dengan kaki yang berjengket. Penat? Ya, maha penat menghadap dunia yang bongkak. Sibuk mengejar material-material batu. Di mana nilai-nilai manusia yang kita semua punya?
27.6.11
Gagal 7.0
Setelah berkali-kali mencuba untuk menjadi lebih dari apa yang aku ada, aku gagal. Berkali-kali punya gagal setelah berkali-kali mencuba untuk menjadi lebih dari apa yang aku ada.
22.6.11
Kamu adalah satu dari cuma beberapa sedikit kejadian indah yang berlaku pada aku
Mungkin kiranya aku adalah sebahagian daripada fragmen-fragmen lalu dalam hidup kamu yang begitu mengujakan; tetapkanlah.
Kita mungkin cuba bertapak untuk menuju ke suatu tempat yang sama. Tetapi untuk masa yang kini sedang menghembus laju, jalan kita berbeza.
Kalau ditanya tentang hati, bohonglah untuk aku kata tidak bagi cinta yang ini. Ya, cinta. Cinta pandang pertama yang aku fikir cuma mainan mata yang berkenankan kesempurnaan suatu masa dulu.
Belakangkan saja penghakiman tentang hala dan arah hubungan yang ini.
#paused
Kamu adalah satu dari cuma beberapa sedikit kejadian indah yang berlaku pada aku. Mungkin kiranya aku adalah sebahagian daripada fragmen-fragmen lalu dalam hidup kamu yang begitu mengujakan; tetapkanlah.
Tetapkan saja begitu.
6.6.11
-
Aku bukan dambakan ciuman yang sempurna dari si bibir menggiurkan. Ciuman yang orang kata puas bila dapat. Tidak. Cuma apa yang aku mahu ialah kamu. Biar aku nyatakan di sini yang kamu bukanlah sesempurna mana pun. Tak ada yang sempurna langsung tiada cela. Dan untuk pengetahuan kamu sayang, cacat dan cela yang ada itulah membuatkan aku yang juga rompong ini beralih suka pada kamu. Aku tak punya alasan dan tahu-menahu kenapa dan mengapa. Bagaimana segala etika ini boleh berlaku. Segala depresi lalu. Dari bunyi-bunyi kesunyian yang mendesir deras menenggelamkan aku dalam delusi dunia lain. Apa yang aku tahu, cuma kau saja manusia yang mampu membuatkan aku jadi gila sebegini. Rasa tergoda nak dekat. Macam mengalir liur tengok makanan sedap. Peha gebu. Jantan tak berbaju. Buah dada. Rambut ikal. Bontot montok. Aku bukan cuba melucah atau memberi suntikan imaginasi lebih untuk kamu-kamu di sini. Aku cuma sedang cuba berlaku jujur untuk menyatakan maksud saja di sini.
Aku cuma percaya yang dunia sememangnya lebih indah bila aku bersama kamu.
3.6.11
Asterisk
Segalanya biasa-biasa saja tanpa manusia seperti kau di sisi.
Duit dalam poket tak pernah tak ada walaupun ada tika-tika cuma dua ringgit yang tinggal.
Mampu bergelak tawa dengan kawan-kawan yang kita suka setiap masa.
Boleh lawan telan asap rokok yang berkepul-kepul.
Dapat layan tengok manusia-manusia tak tentu hala dalam keadaan mabuk jiwa.
Tarik nafas, hembus nafas pun mampu buat lagi.
Jiwa pula masih kosong. Ah, yang ni pun macam biasa juga. Apa perlu aku hidup dalam keadaan luarbiasa senantiasa?
Persetankan minda kefahaman orang lain. Aku boleh hidup dengan begini-begini saja.
Kononnya.
29.5.11
Being face to face
I love to call out your name in silence just to see whether you'd hear it.
I silently pray that you feel all this mushiness like me.
I want to know what you were thinking when our eyes are locked together for seconds.
I desperately want to hold your bare hands closed to mine.
I start jotting lots of wishes. One is that you'd know even before I need to spread all these out. But I guess for now I'd rather you don't.
Don't leave me yet. The parachute is not ready to take my fall.
18.5.11
Nota-nota cinta yang kalut
Catatan aku sini lebih berupa surat-surat yang tak akan sampai ke tangan penerima.
Surat-surat cinta.
Mungkin ia sepatutnya bertajuk surat-surat yang tak terbalas.
Ataupun untuk-mu penghuni hati.
Atau wahai kekasih yang tak terwujud.
Atau yang ter-untuk padamu wahai manusia yang telah menggegar jiwa aku yang kalut lagi kabut tak tentu arah ini.
Manusia, aku juga manusia yang punya hati dan perasaan. Yang bermahu untuk bermanja dan berlelah bersama manusia yang punya kefahaman sama. Mungkin coretan sebegini tidak akan memberi impak pun kalau-kalau kau dapat tahu tentangnya. Yang nyata, aku takkan menjadi orang yang akan memberitahumu tentang tulisan-tulisan jiwa berkeladak yang ini. Aku ini bukan orang yang mampu membuat manusia-manusia berpaling untuk kali kedua setelah mati pandangan pertama.
Melainkan mereka ada kuasa super untuk terus menilai baca hati dalam sini. Kalau ada yang begitu, tak akan ada yang akan jauh dari aku.
Sebagai manusia yang belum terarah dengan baik, aku cuma ada kau sebagai penentu jarak selamat aku untuk terus bernafas di sini. Salahkah untuk punya perasaan? Tuhan tidak melabelkan ini sebagai dosa bukan. Percayalah, degup ini masih ada untuk kau.
Cebis-cebis kata yang bersilang buat aku tak senang duduk dalam beberapa ketika yang berlalu.
Aku masih mengharap dan menunggu kalau-kalau ada apokalips dari langit akan menjelmakan diri dan membantu aku dalam menapakkan diri di sini.
Kekangan yang bergomol dengan perasaan aku cuba buat tak endah. Ada kejadian di sebelah sana yang aku tahu telah meresahkan seorang daripada beberapa manusia yang aku ambil berat. Ada kejadian di atas kejadian. Kejadian berlapikkan kejadian. Akibat beratribut akibat yang lain. Ada kejadian di sini yang membuat hati aku tidak tenteram untuk mengendalikan hidup sendiri.
Kesimpulannya, aku masih perlu kau untuk menyambung nyawa yang ini.
9.5.11
Memory #3
You look so deeply in that I struggle hard to dig deeper. Like a mystery waiting to be solved. Like it was me you have been waiting years back the first time I lay my eyes on you. Yeah, I'm hooked. For the countless counted time I've been thinking about you.
16.4.11
,,
Seperti kelip-kelip malam yang berusaha mengipas sayap untuk terbang dalam gelap temankan sunyi yang setia.
Ini akulah; seekor kelip-kelip yang terang cahayanya.
1.4.11
Unhinges
Mungkin aku terlebih menaruh harap pada keadaan yang tidak sepatutnya. Aku ini wahai manusia, telah dengan rela dan masih sedang mencintai kau ke satu noktah yang memutarbalikkan jiwa aku. Aku sebenarnya sedang cuba untuk tidak menyukai. Akan tetapi aku sedang kalah pada diri. Aku malu untuk mengiyakan perasaan yang bergunung ini kerana aku bukanlah sesiapa. Mungkin bila tiba masanya, aku cuma mahu kau saja yang tahu. Untuk masa ini, cuma kau saja yang tak perlu tahu. Memori yang kau kepilkan bersama aku dalam sini akan aku simpan selama mungkin. Manusia, kau benar tak tahu apa yang kau dah buat pada aku.
29.3.11
Manusia, mana kau?
Aku cuba ubahkan mimpi-mimpi lalu kepada realiti. Tetapi sayangnya belakangan ini mimpi sudah jarang menjengah kamar.
Mungkin dengan kenyataan pahit yang ada sekarang akan lebih mendewasakan diri aku yang semakin terumbang-ambing dan terbawa-bawa dengan arus yang menderas.
Mungkin juga sebenarnya segalanya adalah kepalsuan nyata yang aku sengaja lambatkan kefahaman demi untuk berpeluang merasa rasa yang ini lebih lama.
Aku selalu impikan syurga dalam kalut dunia yang semakin bongkak. Seperti juga cuba meminjam sayap bidadari dalam kemusnahan yang nyata-nyata tak akan bangun sampai sudah.
Masih dalam takut dan diam-diam.
Berpeluh-peluh aku cuba menyusun kata dalam bentuk paling baik bagi menterjemahkan maksud rasa dalam sini. Tetapi diksi aku tetap juga menyusut.
Aku kelu.
24.3.11
16.3.11
12.3.11
11.3.11
4.3.11
2.3.11
25.2.11
Dimensi ruang
Nyawa.
Jangan cabut lari lagi.
Hati.
Jangan gusar sangat.
Jiwa.
Tolong tenang-tenang.
Otak.
Jangan banyak fikir.
Asap berkepul-kepul. Nafas tercungap-cungap. Perasaan yang berkilo-kilo ini mungkin sudah basi untuk diluah lagi. Sudah bertebaran aku tabur suburkan di sini. Tapi aku masih beginilah.
Menunggu detik penamat yang Tuhan bakal tunjukkan.
22.2.11
Now- -
I like your eyes.
I like your nose.
I like your face.
I like your lips.
I like your teeth.
I like your hair.
I like your shirt.
I like your jeans.
I like your hands.
I like the way you talk.
I like the way you laugh.
I like the way you listen.
I like the way you bite your lips.
I like the way you look at me.
--shit, I'm melted.
I like your nose.
I like your face.
I like your lips.
I like your teeth.
I like your hair.
I like your shirt.
I like your jeans.
I like your hands.
I like the way you talk.
I like the way you laugh.
I like the way you listen.
I like the way you bite your lips.
I like the way you look at me.
I like the way you listen to me.
I like the way you eat.
I like the way you smile.
I like the way you eat.
I like the way you smile.
If I could compose a song, everything would be about you.
--shit, I'm melted.
21.2.11
Do I have to go for the pills instead to let you outta my mind sayang?
Aku terjaga lagi di tengah kesunyian malam.
17.2.11
14.2.11
Aku cuba menjadi sebuah kejadian Tuhan yang paling bermakna dalam hidup kau
Aku tunggu. Aku sakit. Aku lelah. Aku cuba bertahan selama mungkin. Aku masih terus-terus saja berbisik dalam bait-bait kata paling indah yang aku susun aturkan ketika berbicara dengan Dia. Supaya keberadaan aku ini kau juga rasa. Supaya kau tahu apa dalam aku. Aku cuma mahu kau rasa walau sedikit saja baki yang tertinggal. Baki terdahulu aku sudah poskan ke syurga bersama doa-doa yang telah diangkat ke langit. Cuma Dia dan aku saja yang tahu isinya. Dan perasaan ini pula cuma Dia yang tahu. Tidak kau, tidak aku. Kerana manusia, sungguh aku tidak dapat mengukur cinta yang aku pendam dalam di sini. Hidup masih berteras masa. Masa sekarang iaitu kau di depan sedang memandang aku yang berpura-pura banyak cerita. Aku ini sedang dalam kalut dan berbagai lagi perasaan yang mencemaskan pada realitinya. Masa yang berlalu waktu kita menghabiskan waktu bersama tanpa jemu dengan gelak tawa. Dan masa depan yang semakin cuma tinggal aku tanpa kau.
Aku benar takut.
Dan sememangnya aku takut untuk menjampi kesempurnaan dalam ketidakpastian. Segala ini aku serahkan pada Dia untuk mencipta kisah bermula saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)