Dapat menikmati pemandangan langit sebegini buat otak aku lemau. Data yang dimuat turun cuma tentang kau. Hati aku ranap bila dapat tahu ada manusia lain yang menghadirkan diri di sebelah sana.
Aku mahu petik seribu bintang itu dan simpan kemas-kemas dalam balang kaca lutsinar untuk dihadiahkan pada kau supaya dapat ditatap selamanya buat peneman bilamana aku tidak lagi bermampu untuk berada di situ.
Nama pun memori, kan?
ReplyDeletedobot IV - Itulah. Bukan mudah nak padam juga. Nama pun memori kan? :)
ReplyDelete