14.5.12

Sekatan

Kadang-kadang aku terpaksa mengehadkan diri daripada mendekatkan diri pada kau. Tarikan itu begitu kuat, memaksa aku untuk sentiasa bersifat mahu. Mujurlah aku ada iman, heh.

Surat-surat yang sudah diposkan tahun-tahun sudah, aku masih ada salinan asalnya. Berbekas dalam hati, pada jiwa yang tak sudah-sudah berteriak cuma satu nama. Tetapi pada sekeliling, aku lebih gemar wujudkan beberapa nama lain, kononnya turut terlibat dalam mainan rasa yang ini.

Aku ini pelakon handalan. Apa kau juga turut berlakon sama memainkan peranan seperti aku?

Aku mohon cuma pada Dia, bantu aku Tuhan.

No comments:

Post a Comment