2.10.11

Sempadan III

Pada dasar laut yang tak terjangkau, pada langit tinggi yang payah diraih. Aku jeritkan laungan paling kuat sehinggakan gema itu melantun pada yang dituju tujuh kali, sebelum ia diam dan kembali hanyut melarut dalam lapisan yang tak dilihat. Sepi. Sunyi kembali menghantui ruang pemikiran aku. Ada manusia yang sedang merai tawa bersama teman-teman di sebelah bucu sana. Kebanyakan darinya ketawa terbahak-bahak. Ada yang sampaikan tersembur air yang diminum. Pada detik yang sedang menyerut isi perutku, aku berkira-kira untuk bangun dari situ lalu berpindah ke kedai makan lain. Atau terus saja diam di situ cuba mengolah aktiviti manusia-manusia yang asyik dengan keseronokan nun sana. Bukan salah mereka pun. Yang kurangnya aku.

6 comments:

  1. bs - Kalau bising, tak ke bingit?

    ReplyDelete
  2. bs - How could you be so sure about that?

    ReplyDelete
  3. Laut, mana2 laut laa kau pergi, memang akan dapat aman. Seriously. Kita buat apa pun ke laut itu, kita luahkan rasa nangis sedih gembira sekali pun, dia akan jawab, *bunyi ombak*
    Setujunya dia dengan kita. Apa2 pun. Itu yg sebenarnya buat kita rasa lega. You think so?

    ReplyDelete
  4. dobot - Rasa yang wujud dengan perasaan suka terhadap bunyi yang menenangkan itu yang meng-calming-kan situasi sebenarnya. Seperti dengar rintik hujan, deru ombak, tiup angin. Betul :)

    ReplyDelete