12.9.11

Terma dan syarat

Rentak hujan yang bertemu zink di luar aku telitikan. Sekejap ada, sekejap diam. Lama sedikit diam terus. Lebih lama dari itu ada balik.

Emosi yang mengawal sebelum ini aku sudah kawal. Biarlah kelihatan seperti tidak ber-perasaan mana pun, asal bahagia. Heh. Malam selalu buat aku merapu, berseorangan begini. Nikmat bau selepas hujan tak akan sama di mana-mana tempat dan masa. Nikmat itu asyik tapi dengan rasa yang berlainan. Semacam makan ais krim. Seronok makan ais krim. Tapi makan ais krim tika hari panas terik, bila di taman bunga, sewaktu memandu kereta dan bila dibelanja kawan memberi rasa yang berbeza.

Kecondongan akal aku sekarang mula melonjak ke masa depan yang tak pernah-pernah aku ambil kira mana sebelum ini. Sedikit perhitungan tentang duit, duit dan duit bermula. Dunia sekarang, tak ada nak bebas mana kalau kau tak berduit. Duit pula diperoleh dengan memperhambakan diri pada duit sendiri. Jadi, apa yang kau bangga-banggakan tentang kebebasan sebenarnya?

Tertakluk pada diri sendiri.

3 comments:

  1. Dalam setiap ruang yang diberikan, masa yang selalu cemburu untuk bagi kita rasa yang selalunya tak sama :)

    ReplyDelete
  2. baik2. makan ais krim banyak2 musim panas ni nanti sakit tekak. huhu.

    ReplyDelete
  3. dobot - Akhirnya, jadi ketinggalan dalam sesuatu perkara. Sebab selalu tak selaras/sehaluan ruang dan masa tu sendiri.

    dayya - Makan benda kegemaran selalunya susah nak jatuh sakit. :)

    ReplyDelete