8.6.10

part by part

perantara yang belum nyata sebagai medium itu perlu dibiarkan begitu saja. hati aku yang sudah sompek ini aku gagahkan saja untuk dijaja kepada yang sudi di penghujungnya.
- -
penglihatan yang semakin hari semakin kabur menerbitkan sedikit resah saja. mungkin juga ada baiknya, seperti tidak perlu aku melarikan pandangan dengan kekalutan bila kita bertemu secara tiba-tiba di lain hari.
- -
aku yang masih begini-begini sahaja mungkin tidak langsung menarik perhatian seorang kamu yang aku puja-puja. atau sebenarnya kamu seorang manusia; berasa gusar untuk menerbitkan perasaan kamu terhadap seorang aku yang biasa-biasa ini?

4 comments:

  1. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

    *err, ade kaitan tak? sesuai tk peribahasa?*

    ;)

    ReplyDelete
  2. dobot
    kurang sesuai sedikit.ke banyak?
    haha.

    ReplyDelete
  3. alaaaaaa
    *buat muka sedihh*

    HAHAHA.

    ReplyDelete