9.12.15

Heart and restriction

Ada pelbagai kekangan yang terpaksa aku hadap kebelakangan ini. Kewangan yang tidak stabil setentunya tidak membantu. Konflik yang terbit dari diri sendiri semakin menenggelamkan perasaan yang terjajah.

Dalam kelam begini, destinasi yang dahulunya dilihat sebagai cahaya kini semakin suram.

Aku tak dapat meneka apa punca yang menjauhkan aku dengan kau. Namun jika ditanya, rasionalnya aku salahkan sekeliling yang sesak.

Usia yang semakin lanjut tidak membantu. Keluh kesah yang aku kutip dari sekeliling menutup mata aku untuk melihat masa depan dengan baik.

Pimpinlah tangan aku ini.

25.11.15

I may be can't, but I have to

It rained morning, evening, and at night too these days.

I wonder if you think about me. I wonder if you're also wondering about how I'm doing. How I am coping. Because I've been thinking about you like a lot.

I need a vacation. I need to lose you.

28.8.15

Old feelings I have in my heart

Perasaan yang diperam lama ini semakin mendamaikan.

Aku masih kabut seperti biasa, tetapi hati seperti sudah punya satu penerimaan yang menenangkan.

Kononnya hati sudah bersedia untuk melepaskan kamu pergi.

Untuk menerima yang ada kemungkinan kamu tidak lagi akan ada bersama dan dekat dengan aku. Untuk menerima yang kamu bukan lagi cinta yang sempurnakan aku.

Akan tetapi aku masih belum boleh dapat bayangkan kamu bergerak pergi dari aku. Mungkin aku harus berlatih melihat kamu berjalan pergi secara perlahan dari sekarang.

Would you walk away from me, sugar?
Becauce I just cannot.

2.6.15

Hey II

Pejam celik pejam celik, sudah pertengahan dua ribu lima belas. Kehidupan tak cukup manja. Banyak perkara yang melewati fikiran selain tentang kamu.

Perasaan yang aku kenalkan di sini sebagai cinta, boleh wujud dalam satu bentuk pada satu-satu masa. Kemudian setelah melalui beberapa tempoh dan fasa, cinta juga mampu berubah kepada rupa yang berbeza. Aku tak maksudkan yang cinta ini boleh berubah-ubah seperti ya dan tidak. Perkara sebegitu adalah sesuatu yang tidak matang.

Cinta pada aku, adalah suatu perkara yang tak dapat disentuh untuk tujuan dicemari. Cinta adalah perkara yang suci.

Tajuk entri ini seharusnya "Hey, hey" bukan?

Aku panggil kamu ni. Pandanglah sini.

13.5.15

Tergesa-gesa

Aku agak sibuk menyelenggara kehidupan sendiri, sampaikan hampir saja melupakan kamu.

Dalam keadaan ini, aku agak sedikit teruja memikirkan sama ada seorang aku mampu untuk menghilangkan pemikiran tentang kamu yang menyinggah selalu.

Perkara ini terlalu samar dan kabur untuk dibincangkan.

Jujurnya walaupun tergesa-gesa mengejar kehidupan, aku masih nampak kamu di penghujung sana.


13.3.15

Selain boleh dikenali sebagai Pencubit, aku juga seorang Penakut

Takut kamu tak cinta aku.

Walaupun separuh aku sebenarnya sudah belajar melepaskan kamu.