22.4.14

Situasi

Perkara yang payah ialah bila kita terlebih suka akan seseorang pada kadar berlebihan. Setelah berbulan berjauhan, kesan-kesan yang likat melekat sebelum ini semakin menghilang pudar walaupun tiada gesaan untuk meninggalkan. Terbawa-bawa dalam kehidupan yang menyesakkan dada, masing-masing tenggelam lama. Sekali sekala cuma timbul untuk perkhabaran yang ringkas. Aku mungkin cuma sebuah persinggahan untuk kamu. Tapi kamu masih kekal sebagai yang agung untuk aku di sini.

3 comments:

  1. saya dah gagal, sebab jarak. katanya tak mampu nak beri commitment. katanya belum bersedia.
    tapi, sebulan kemudian dia jumpa pengganti.

    dulu kata jauh tak apa.
    dulu kata sini bahagia.
    dulu, sanggup segala.

    awk, jiwa kita sudah mati dengan namanya lelaki.

    ReplyDelete
  2. I am sorry to know that. I hope you have a cured heart now. And a lot tougher than before. Take care.

    ReplyDelete