18.6.12

Kembali

Ada hujan yang turun lebat petang dua hari yang lepas. Lebat sungguh.

Aku tersangat sibuk menyelenggara kehidupan yang semakin ketinggalan. Terlalu banyak perkara untuk dipegang kemas, membuatkan pegangan setiap satunya longgar dan hampir-hampir saja nak terlucut.

Proses merempuh benteng-benteng yang menjadi tembok pemisah antara aku dan impian akan ambil masa yang agak lama. Jadi aku perlu bertahan dan terus saja.

Aku betul tak tahu macam mana rasanya hidup tanpa kau. Gerun nak bayangkan.

2 comments:

  1. kita sedang lalui fasa yang sama.

    ReplyDelete
  2. Luna - (: bertahanlah. We can do this.

    ReplyDelete