17.3.12

Sempadan VII

Aku tak akan berputus asa dengan cinta. Harapnya cinta tak akan tinggalkan aku. Kalaupun ia pergi, moga-moga masih bersisa untuk aku untuk terus.

Cinta--perkara yang aku tak akan putus asa dengan.

12.3.12

Telan

Kesibukan yang menerjah tak menghalang kefikiran aku yang hari-harinya sedia memberat tentang kau. Ada ketika dalam berminggu lalu agak menekankan aku untuk memutarkan cerita ini pada hala berbeza. Waktu itu, entah dari mana wujud satu magnet lain menarik aku ke satu simpang.

Di simpang itu, ada dua cabang. Cabang pertama adalah kau. Cabang kedua adalah manusia lain, seorang kenalan.

Aku tidak digesa untuk memilih. Jadi aku rileks dan tidak bergegas untuk berbuat apa. Tapi kemampuan otak, apa daya aku untuk menghalang. Fikir aku, berkonfrontasi seorangan agaknya lama-lama boleh mematikan beberapa mahu aku. Tapi aku salah. Tiba-tiba saja aku menjadi seorang yang tamak.

Kalau boleh aku mahu telusur kedua-dua cabang tadi serentak. Ada waktu aku fikir cabang kedua itu lebih cerah. Ada waktu aku masih mahu berada dalam illuminasi kelam yang kau bawa.

Kau tahu filem '21'? Dalam cerita tersebut Micky the lecturer pesankan sesuatu pada si Ben the hero yang berbunyi seperti 'always account for variable change'.

Jadi ya. Mungkin pembolehubah dimanipulasi yang sedang berkisar di sekitar sekarang tidak lagi seperti dulu untuk aku bergerakbalas. Atau mungkin juga aku cuma penat. Penat dengan kesimpulan yang bersimpul siur.

Cuma bergantung harap pada kemungkinan-kemungkinan untuk menuju pada sesuatu yang nyata bukanlah perkara yang mudah.

It ain't that easy. To move on or to stay. We are not born winners or losers. We are born choosers; quoted somewhere.

Masalahnya kadang-kadang, kita bukan mahu memilih mana.

6.3.12

Sebab musabab

Ada sebab kenapa Tuhan pertemukan kau dengan aku. Dan ada sebab juga kenapa Tuhan pertemukan aku dengan kau.

4.3.12

Degup

Melalui hari-hari, berminggu-minggu dengan bermalasan. Ada seorang teman yang berlaku bodoh, jadi padan muka dia.

I'm here, I'm here- just so you know.

Lama begini, sebenarnya aku ada juga mencari ruang eskapis untuk tidak terusan-terusan saja seperti ini. Dan ya, agak beberapa kali juga aku pincang dalam mencari alasan untuk berhenti.

Mungkin sebenarnya kau adalah cinta pertama aku, jadi yang sebelum-sebelum ini cumalah permainan perasaan yang dibolak-balik dalam kesengajaan cuma. Takpun aku berpura-pura tak sedar yang tarikh luputnya sudah lama meninggalkan.

Atau mungkin juga ini menjadi susah, kerana rasa kali ini, yang ini- sebenarnya aku pohon minta dari Dia untuk permulaan cerita bertahun sudah.

2.3.12

Ketakutan nyata

Kenapa perlu berpaling ke belakang dan berhenti pada masa-masa yang tidak sepatutnya? Kau semakin melemah kan. Lemah.

Kau takut.