26.1.12

..

Aku rindu tahun 2009. Aku juga akan merindu waktu-waktu sekarang.

25.1.12

Clogged heart #2

The heart just got clogged, again.

20.1.12

Tahan

Pada kadar perlahan, kehidupan agak menyesakkan aku. Pada kadar laju, sebenarnya ia melegakan beberapa perkara yang lebih melelahkan.

Berada pada jarak begini dengan kau benar-benar menguji kesetiaan dan ketahanan mental. Berdepan dengan pelbagai penyakit hati seperti rindu contohnya, bisa saja merobohkan tembok jiwa yang aku bina selama ini. Tembok yang dicipta khas untuk menghadang segala jenis serangan anasir luar yang mahu menggugah apa yang aku pegang-pegang selama bertemu seorang kau.

Aku masih bertahan.

16.1.12

Nota untuk kawan di sana

Sebenarnya kawan, cinta dan sakit tak pernah berenggang lama. Berhentilah. Awal lagi kau patut tahu penghujungnya.

7.1.12

Ketiadaan

Sekali lagi, perasaan yang sama datang kembali. Bagaikan angin yang membawa khabaran dari jauh, kau tiba-tiba saja sudah ada di depan mata. Rasa itu lembut. Mungkin kerana dalam beberapa ketika waktu senggang yang lama, aku sudah leraikan beberapa persoalan yang tersekat di celah kerongkong. Walau dalam kesibukan mengejar pelbagai agenda hidup, bayang-bayang kau tetap mengekori aku. Atau sebenarnya aku yang sibuk mengejar bayang-bayang kau? Aku rasa rindu yang seperti ini belum boleh luput dan mati begitu saja.

Salam tahun baru Masihi. Moga aku lebih teruja dengan hidup.