10.10.11

Untuk seseorang

Berdiri dalam pekat malam yang kebelakangan ini bintangnya kelihatan malu-malu untuk menampakkan diri; cuma penuh dengan lapisan awan nipis, aku sambung berfikir tentang denyut-denyut yang agak membebankan lewat minggu-minggu lalu. Migrain, bukan perkara yang aku sanggup hadap pada waktu-waktu yang deras berlari sekarang ini.

Kaget? Ya.

Kadang-kadang perkara yang kau paling jangka-mahu-kan tak pernah menyinggah. Perkara yang kau tak sangka-sangka tanpa segan datang bertandang selama mahu, lagi-lagi pada detik-detik yang diam-diam pada hujung senja. Hidup dengan pengawasan yang ragu-ragu terhadap segalanya, rapuh. Keyakinan yang semakin pudar, mampu membunuh rasa-rasa yang tersisa pada bila-bila masa.

Kita hidup berlandaskan polisi. Polisi bukan bapak polisi. Aku maksudkan syarat dan aturan yang sedia termaktub. Untuk hidup ada susahnya. Untuk makan ada laparnya. Untuk ke sana ke mari ada malas dan penatnya. Dan untuk menyimpan rasa yang tak terluah, ada sakit dan peritnya.

Berlaku positif terhadap semua benda bukannya ibarat membaling syiling dan memilih cuma antara dua pilihan. Contohnya bila berlaku satu perkara yang meng-fuckup-kan mood kau hari ini. Kau boleh mencarut, buat isyarat jari tengah dan julang tinggi-tinggi ke langit, lari berbogel ke hulu ke hilir, makan sepuas hati, ataupun terus tidur tak mahu bangun sampai matahari esok pula yang terlebih dahulu bangun melaksanakan tugas.

Mungkin sebenarnya paksi yang menggerakkan sedang berputar dalam keadaan terbalik. Menjadikan segalanya bagaikan imaginasi liar yang bergerak laju, cuba menggoda aku ke arah sesuatu yang seyakinnya tiada kepastian yang nyata. Aku hilang arah untuk berpijak pada realiti yang penuh ruang kosong. Bagaimana aku yang tidak punya apa begini mahu mengisinya penuh? Heh.

There are times when I told myself that enough is enough. That the need to stop is a necessity I need to adapt myself with. For a better tomorrow. For a better me. Maybe it was even better for you to not meet me. A me. Who selfishly think that meeting you is one of the best thing that ever happened, to a me.

Malam ini, dengan emosi dan jiwa yang masih terganggu dengan bayangan yang masih mengejar. Aku mula menghargai indah dan agungnya bulan atas sana, tak segan menunjukkan diri. Megah, walau berparut. Barangkali bulan juga dulunya penuh sakit yang terpaksa diharungi sendirian. Kalau aku manusia punya juta-ribu-ribuan teman lain untuk melayari laman sosial dan berblogging sama-sama, mencari pengaruh itu dan ini, bicara hal-hal remeh dan ringan tentang media dan politik yang mencelarukan minda, punya kau yang juga manusia, bulan itu cuma satu dan ya, bersendirian.

Aku adalah beberapa kerat dalam spesis manusia yang dengan mudah mampu melupakan tentang apa saja kesan fizikal yang berlaku pada aku. Tentang perjalanan deria aku. Contohnya wajah seseorang, bau seseorang, suara seseorang. Senang. Cuma dengan sedikir klik dan aku boleh dengan normal mengatakan yang oh aku betul tidak tahu kisah apa yang kau sedang ceritakan kerana memori itu telah aku padamkan. Tapi untuk beberapa sesuatu juga yang ceritanya terkesan pada hati, tak mudah.

Walaupun aku masih dan tetap cuma mahu simpan rasa ini dalam sini, ceruk hujung paling dalam di sini (tunjuk hati), kadangnya aku mahu Tuhan beritahu saja rasa ini, gundah yang ini pada kau. Ceritakan pada kau setiap ragu dan lemah aku, supaya kau selalu bersedia pada setiap hujung rapuh aku. Kerana aku ini akan sentiasa saja ada untuk kau, manusia. Walau mungkin waktu itu cuma tinggal sedikit asa yang Tuhan pinjamkan. Waktu yang sekarang ini, koordinatnya pada kau.

'there's a light
a certain kind of light
that never shone on me

I live and breathe for you
but what good does it do?'

4 comments:

  1. ya, memang bumi hanya punyai satu bulan, namun bukan bermakna ia bersendirian, sedar atau tidak matahari sentiasa menemani, biar jarang sekali muncul bersama, biar pon dari bumi kadang kala bulan hilang tak kelihatan, tetap matahari hampir tidak pernah gagal untuk menyinari bulan dengan cahayanya, gerhana gelap gelita seketika tapi masih tetap setia...bulan xpernah bersendirian begitu juga kau..
    -senbazuru-
    #maafkanku
    tebalmukaku
    mahumengaku
    siapadiriku

    ReplyDelete
  2. then, what you are doing right now?

    ReplyDelete
  3. dobot - Buatlah bunyi sikit :)

    Anonymous - Terima kasih. I know it deep inside. Cuma kadangnya payah nak terima. Pahit :)

    Anonymous II - I guess I'm just trying to stay calm, still.

    ReplyDelete