18.8.11

Panic-striken

Gelas di meja aku tenung lama. Kotak nikotin yang sudah remuk aku tolak ke tepi. Satu saja lagi untuk dihabiskan. Seorang teman rapat sedang ralit bercerita perihal hidupnya yang tak tentu arah. Aku cuma banyak mengangguk dari memberi respon suara. Dalam keadaan aku sekarang ini, untuk mendapatkan sedikit fokus pun agak susah. Otak aku celaru. Padat dengan suapan resah perkara-perkara yang tidak sepatutnya difikirkan.

Dia bersuara lagi. "Aku ni bukanlah apa, cuma mahu tempat untuk mengadu sikit. Selebihnya aku cuma mahu ada comfort zone yang bukan aku seorang saja boleh faham. Aku mahu kongsi. Aku dah penat hidup terumbang-ambing begini. Bebas? Ya. Tapi kebebasan macam ni tak menjamin kebahagian pun. Dan aku tak rasa puas. Kepuasan bagaimana, aku sendiri tak faham apa yang aku kejarkan. Tapi buat masa sekarang, aku mahu dia di sisi aku untuk tenggelam sama dalam kegembiraan yang aku mahu cipta."

Hembusan asap terakhir aku jadikan penamat konversasi yang tak berkesudahan. Paling menyakitkan, cuma aku yang beraksi di situ. Kelat.

5 comments:

  1. Cubit,
    kadang kadang kan, manusia ini, jujurnya hipokrit dengan diri sendiri. Memang ianya perlu. Cuma kadang kadang, masanya tak sesuai untuk diceritakan perihal rasa sesuatu itu pada waktu dan orangnya, sebagai tempat bergantung kata dengar cerita celanya.

    Tapi, yang selalunya, bila mana ade orang yang percaya ke kita dengan ingin nak kongsi rasa, sesungguhnya, kita itu ada nilainya untuk dia. Even kadang kadang, sebagai peneman, pendengar setia.

    P/S : Layankan sahaja keadaan yang sedia ada. Cuma, kalau nak atau tak nak, kena kasi terang supaya tiada dia salah faham akan kamu. Okayy?

    :)

    ReplyDelete
  2. aku juga cuma mahu dia ada di sisi aku.
    tapi aku tahu dia akan penat layan kerenah aku.

    :(

    ReplyDelete
  3. terus mengharap pencubit, kau masih ada harapan. tak seperti aku.

    ReplyDelete
  4. aku tak akan pernah penat untuk mendengar, sebab aku sayang dia.

    ReplyDelete
  5. dobot - Sebaik boleh aku cuba.

    juwita - Penat layan orang yang kita kasih lain dengan penat layan orang yang kita tak suka.

    afrohead - Terima kasih :)

    dayya - Untuk hidup dan suka seseorang pada satu tempoh yang agak lama, bukan sesuatu yang mudah. Penat sakit pun nak juga.

    ReplyDelete