29.3.11

Manusia, mana kau?

Aku cuba ubahkan mimpi-mimpi lalu kepada realiti. Tetapi sayangnya belakangan ini mimpi sudah jarang menjengah kamar.

Mungkin dengan kenyataan pahit yang ada sekarang akan lebih mendewasakan diri aku yang semakin terumbang-ambing dan terbawa-bawa dengan arus yang menderas.

Mungkin juga sebenarnya segalanya adalah kepalsuan nyata yang aku sengaja lambatkan kefahaman demi untuk berpeluang merasa rasa yang ini lebih lama.

Aku selalu impikan syurga dalam kalut dunia yang semakin bongkak. Seperti juga cuba meminjam sayap bidadari dalam kemusnahan yang nyata-nyata tak akan bangun sampai sudah.

Masih dalam takut dan diam-diam.

Berpeluh-peluh aku cuba menyusun kata dalam bentuk paling baik bagi menterjemahkan maksud rasa dalam sini. Tetapi diksi aku tetap juga menyusut.

Aku kelu.

24.3.11

I write because there are many other terrified souls out there waiting; wanting to be pleased and consoled.

16.3.11

Everywhere, we learn only from those whom we love.
Johann Wolfgang Von Goethe

12.3.11

Kebelakangan ini aku mula kisahkan cerita-cerita dari atas.

11.3.11

Or maybe not

Maybe one day we would be together holding hands and hugging each other.

4.3.11

Semakin tak logik

Logik akal aku semakin hilang. Entah logik tak logik sampai boleh hilang.

2.3.11

Carefully intended

Aku adalah yang mengumpul. Aku juga yang memegang rahsia.

25.2.11

Dimensi ruang

Nyawa.
Jangan cabut lari lagi.

Hati.
Jangan gusar sangat.

Jiwa.
Tolong tenang-tenang.

Otak.
Jangan banyak fikir.

Asap berkepul-kepul. Nafas tercungap-cungap. Perasaan yang berkilo-kilo ini mungkin sudah basi untuk diluah lagi. Sudah bertebaran aku tabur suburkan di sini. Tapi aku masih beginilah.

Menunggu detik penamat yang Tuhan bakal tunjukkan.

22.2.11

Now- -

I like your eyes.
I like your nose.
I like your face.
I like your lips.
I like your teeth.
I like your hair.
I like your shirt.
I like your jeans.
I like your hands.
I like the way you talk.
I like the way you laugh.
I like the way you listen.
I like the way you bite your lips.
I like the way you look at me.
I like the way you listen to me.
I like the way you eat.
I like the way you smile.

If I could compose a song, everything would be about you.

--shit, I'm melted.

17.2.11

Ada atribut dari kejadian-kejadian sebelum yang menggelisahkan. Ada manusia yang terluka. Ada yang masih diluka. Ada yang membawa watak peluka.

Aku khuatir kalau-kalau watak aku turut terlibat dalam drama yang terjadi.

14.2.11

Aku cuba menjadi sebuah kejadian Tuhan yang paling bermakna dalam hidup kau

Aku tunggu. Aku sakit. Aku lelah. Aku cuba bertahan selama mungkin. Aku masih terus-terus saja berbisik dalam bait-bait kata paling indah yang aku susun aturkan ketika berbicara dengan Dia. Supaya keberadaan aku ini kau juga rasa. Supaya kau tahu apa dalam aku. Aku cuma mahu kau rasa walau sedikit saja baki yang tertinggal. Baki terdahulu aku sudah poskan ke syurga bersama doa-doa yang telah diangkat ke langit. Cuma Dia dan aku saja yang tahu isinya. Dan perasaan ini pula cuma Dia yang tahu. Tidak kau, tidak aku. Kerana manusia, sungguh aku tidak dapat mengukur cinta yang aku pendam dalam di sini. Hidup masih berteras masa. Masa sekarang iaitu kau di depan sedang memandang aku yang berpura-pura banyak cerita. Aku ini sedang dalam kalut dan berbagai lagi perasaan yang mencemaskan pada realitinya. Masa yang berlalu waktu kita menghabiskan waktu bersama tanpa jemu dengan gelak tawa. Dan masa depan yang semakin cuma tinggal aku tanpa kau.

Aku benar takut.

Dan sememangnya aku takut untuk menjampi kesempurnaan dalam ketidakpastian. Segala ini aku serahkan pada Dia untuk mencipta kisah bermula saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun seterusnya.

12.2.11

Hello there

today I went to the beach
I saw couples lying there
holding hands and doing stuffs
I didn't see you
so I went back home.

Dalam beberapa ketika yang lalu, aku curi sedikit masa dan putarkan minda ke waktu awalan kau dan aku bersemuka.


10.2.11

Sedang dalam kondisi paling gusar pernah dirasa.

7.2.11

Clogged heart

Oh fuck I love the way you smile.

I have weak knees when I'm with you. If I stay longer, I might crumpled to the floor since the oxygen didn't go the brain to give orders for me to walk properly.

They are all stucked in the heart; pumping everything there. Then the brain freeze. The hand trembled. The voice going shaky. And I stuttered foolishly trying to create sentences to break the absence of communication between.

Let me yell out loud here--FUCK!

6.2.11

I guess being insane is a norm

When what I do all along is thinking about you. You drive me crazy.

5.2.11

Habit

Aku cuba untuk tidak hidup dengan kata makian tapi sukar. Ada saja yang menjadi rutin untuk aku carut bualkan. Seperti juga aku cuba untuk hidup tanpa ada kefikiran tentang kau tapi tak boleh. Sudah terlalu serasi.

1.2.11

Hello february; month for lovers

Satu: Aku tiada kuasa untuk menarik balik setiapnya yang aku dah gembur suburkan di dalam sini.

Dua: Aku tak rancang untuk menyukai manusia seperti kau sebegini rupa. Tuhan--Dia yang tetapkan ini. Tapi kalau boleh aku sangat mahu ia bertahan lama.

Tiga: Aku lebih suka kau tidak tahu langsung.

28.1.11

Hampir karam

Dalam ketersibukan melayan kerenah manusia sekeliling, aku yang kuat macam badang jadi lemah.

Mereka bagaikan menyerap segala yang positif tentang aku, mengumpul kesemuanya dalam satu mesin, memproses kesemuanya menjadi negatif, membaling ke arah aku secara bergilir tanpa henti dan meninggalkan aku terumbang-ambing cuba menstabilkan diri dalam melawan arus deras yang bertubi-tubi berseorangan.

Lain kali, aku dah malas nak layan.

27.1.11

Manusia macam aku

Cinta kali ni betul menguji. Aku cuba pertahankan dan simpan sedalam boleh. Kita ini sayang, sedang berdiri di garisan yang sama dan memandang tempat yang sama. Pemandangan malam yang kau canangkan itu juga sama cuma aku ini melihatnya dari orientasi yang berbeza. Kita jauh. Kemungkinan sebelumnya semakin mungkin tak berkemungkinan.

Aku dapat rasakan kewujudan kau sebenarnya dalam beberapa agenda yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tapi aku tahu kebanyakan daripadanya cumalah mainan perasaan aku yang begitu menginginkan. Yang termahu kan seorang seperti kau untuk ada menyambut setiap pekik dan laungan manusia macam aku yang begitu hauskan perhatian.

Kau dan aku. Jiwa kita ada sedikit persamaan yang aku tak kunjung jumpa dalam manusia-manusia yang singgah sebelum ini.

Tapi manusia macam aku, bukan jenis yang mudah berhenti hanya pada kunjungan resah yang tak tentu hala.

25.1.11

Aku cuba bentukkan beberapa kejadian semalam untuk dijadikan panduan pada hari ini. Hari ini di mana aku diletakkan dalam pusingan-pusingan rapuh manusia yang tak pernah ambil peduli perihal hati yang lebur, jiwa yang rongak dan akal yang hancur.

Tuhan. Aku sudah penat berlari mencari konklusi yang tersembunyi dalam lipatan baju-baju mahal, celahan semak hutan, kicauan burung yang hinggap di atas kabel elektrik depan rumah, deruman enjin kereta yang dimodified, pekik lolong anak kecil yang merengek mahukan perhatian, dan ketergesaan semua manusia yang kononnya sedang mengejar kepentingaan hidup. Aku benar sudah penat. Aku rindukan bau hujan yang bebas asap kilang yang beracun, udara yang punya ombak kuat cuba bermanja dengan setiap kalinya menyapa pantai yang diam.

Jika dunia benar perlukan aku untuk meneruskan kerja-kerja duniawi; aku pula perlukan kau untuk terus. Maka mari sini. Duduk dengan aku. Tiupkan aku beribu perasaan baru tentang hidup. Ceritakan aku pelbagai kisah lucu tentang hidup. Juga tentang sakit dan parah kisah mati. Biarkan aku telan sedalam mungkin untuk lebih memahami. Kalaupun aku seorang yang perlu bersusah untuk hormatkan segala, tak mengapa. Asalkan kau wahai manusia, ada di sisi aku selaku side mirror untuk membantu betulkan jarak dan posisi untuk aku terus selamat.

Maka, Tuhan--lanjutkan lagi tempoh pertemuan ini.

31.12.10

Moga esok ada lagi

Belek beberapa tahun ke belakang, aku lihat aku yang rapuh berteriak tak tahu malu menggalas perasaan penuh emosi. Cuba mencuba setiap percubaan yang menghulur. Aku ini juga manusia yang tak kunjung lelah mencari pasangan kepada rusuk yang aku kendong. Apa kau ingat aku mahu hidup seorang-seorang begini?

Semua orang mahukan side-mirror. Percayalah.

Masa kadangnya terasa begitu suntuk. Membingit tak tentu pasal berpenghujungkan penyesalan bertimpa-timpa. Faktor-faktor bodoh yang membodohkan kita dalam mengecap rencah sekeliling semakin membiak. Aku juga tahu bersungut bila wang yang dijulang tinggi dalam masyarakat. Bukan lagi tingkah laku adab sopan serta bahasa jiwa bangsa.

Selamat tinggal dua ribu sepuluh.

29.12.10

Memburuk dan lenyap

Atas beberapa keterbatasan hidup, aku cuba buangkan perasaan yang semakin bercambah ini. Alangkah baik jika ada tarikh luput padanya.

Sebab aku macam makin lemah nak hadap semua ni.

Petang semalam

I barely had my strength to stand still. The gaze you put on me really is something. Should I just kill you?

I could die anytime soon if you keep looking at me like that.

27.12.10

Kalau boleh setiap kali hati aku rasa tak sedap, aku nak je terjah kau depan-depan, pegang bahu kau kemas-kemas, usap rambut kau, pandang tepat ke mata kau, dan tanya kau dengan nada paling melankolik;

"Kau okey?"

26.12.10

Gimme reasons for this

Kau senyum. Aku senyum. Kau senyum lagi. Aku senyum lagi. Aku senyum sebab kau senyum. Tapi manusia, apa sebab kau senyum sebenarnya?

17.12.10

Aku ini manusia yang penuh dengan jiwa. Aku ini seorang penjiwa. Jiwa aku penuh dengan cinta. Tetapi itu tidak bermakna aku ini seorang pencinta yang jujur cuma. Kerna aku juga boleh menjadi pembenci yang paling keras.