1.4.12

Clogged heart #4

Mungkin betul. Cinta bukan agenda utama untuk dikejar buat masa ini.

My mind is too occupied with some other things. Perhaps I do enjoy it that way.

Kau tahu kalau seseorang itu ketagih akan sesuatu benda, payah nak berhenti. Contoh yang mudah aku beri nikotin dan kafein. Hari-hari, setiap jam, setiap minit mesti nak. Kalau hulur takkan tolak. Kalau nampak mesti nak raih bagi dekat.

Kau tahu kekuatan macam mana diperlukan nak tangkis segala mahu akannya? Bila ketagihan seperti ini nak dihentikan, tak mudah. Payah, seksa. Macam-macam hal seperti migrain, muntah-muntah, tak mampu tidur dan banyak lagi simptom datang singgah melarat.

Macam bila ketagih kat kau. Bukan mudah nak berhenti. Ada lah tu simptom yang menyusul kalau betul aku nak buang segala ketagihan ni.

It's April, and you're still a fool. I mean me.

17.3.12

Sempadan VII

Aku tak akan berputus asa dengan cinta. Harapnya cinta tak akan tinggalkan aku. Kalaupun ia pergi, moga-moga masih bersisa untuk aku untuk terus.

Cinta--perkara yang aku tak akan putus asa dengan.

12.3.12

Telan

Kesibukan yang menerjah tak menghalang kefikiran aku yang hari-harinya sedia memberat tentang kau. Ada ketika dalam berminggu lalu agak menekankan aku untuk memutarkan cerita ini pada hala berbeza. Waktu itu, entah dari mana wujud satu magnet lain menarik aku ke satu simpang.

Di simpang itu, ada dua cabang. Cabang pertama adalah kau. Cabang kedua adalah manusia lain, seorang kenalan.

Aku tidak digesa untuk memilih. Jadi aku rileks dan tidak bergegas untuk berbuat apa. Tapi kemampuan otak, apa daya aku untuk menghalang. Fikir aku, berkonfrontasi seorangan agaknya lama-lama boleh mematikan beberapa mahu aku. Tapi aku salah. Tiba-tiba saja aku menjadi seorang yang tamak.

Kalau boleh aku mahu telusur kedua-dua cabang tadi serentak. Ada waktu aku fikir cabang kedua itu lebih cerah. Ada waktu aku masih mahu berada dalam illuminasi kelam yang kau bawa.

Kau tahu filem '21'? Dalam cerita tersebut Micky the lecturer pesankan sesuatu pada si Ben the hero yang berbunyi seperti 'always account for variable change'.

Jadi ya. Mungkin pembolehubah dimanipulasi yang sedang berkisar di sekitar sekarang tidak lagi seperti dulu untuk aku bergerakbalas. Atau mungkin juga aku cuma penat. Penat dengan kesimpulan yang bersimpul siur.

Cuma bergantung harap pada kemungkinan-kemungkinan untuk menuju pada sesuatu yang nyata bukanlah perkara yang mudah.

It ain't that easy. To move on or to stay. We are not born winners or losers. We are born choosers; quoted somewhere.

Masalahnya kadang-kadang, kita bukan mahu memilih mana.

6.3.12

Sebab musabab

Ada sebab kenapa Tuhan pertemukan kau dengan aku. Dan ada sebab juga kenapa Tuhan pertemukan aku dengan kau.

4.3.12

Degup

Melalui hari-hari, berminggu-minggu dengan bermalasan. Ada seorang teman yang berlaku bodoh, jadi padan muka dia.

I'm here, I'm here- just so you know.

Lama begini, sebenarnya aku ada juga mencari ruang eskapis untuk tidak terusan-terusan saja seperti ini. Dan ya, agak beberapa kali juga aku pincang dalam mencari alasan untuk berhenti.

Mungkin sebenarnya kau adalah cinta pertama aku, jadi yang sebelum-sebelum ini cumalah permainan perasaan yang dibolak-balik dalam kesengajaan cuma. Takpun aku berpura-pura tak sedar yang tarikh luputnya sudah lama meninggalkan.

Atau mungkin juga ini menjadi susah, kerana rasa kali ini, yang ini- sebenarnya aku pohon minta dari Dia untuk permulaan cerita bertahun sudah.

2.3.12

Ketakutan nyata

Kenapa perlu berpaling ke belakang dan berhenti pada masa-masa yang tidak sepatutnya? Kau semakin melemah kan. Lemah.

Kau takut.

28.2.12

Kadang-kadang,

aku berharap sangat kau ada kat sebelah, sedia melayan setiap suka-duka-sempurna-cela aku.

24.2.12

Cubaan untuk peduli

Dalam cubaan menahan kantuk dingin malam yang melarut, aku genapkan beberapa angka yang bermain dalam fikiran. Tidak semudah yang disangka untuk mendapatkan penyelesaian. Ragu aku, gelisah aku, bukannya kau tahu. Kau tak tahu dan besar kemungkinan kau tak pernah pun cuma untuk ambil tahu, ambil peduli tentang semua ini.

Ah, berat. Tahun-tahun sudah, ia tak seberat sesusah yang aku alami sekarang.

Suntuk? Mungkin. Masa pun sungguh-sungguh telah pergi meninggalkan kita. Bukan main-main macam dulu lagi.

Toleh belakang, sebenarnya aku masih nampak kesan-kesan yang kita tinggalkan bersama di sudut, tempat dan lokasi terpilih- berdua cuma melayani sifat untuk bersenang menikmati kebebasan kemahuan untuk melakukan apa saja yang kita suka. Di mana kita sekarang?

Or do you even care, honey?

Dan kalau kau betul peduli, let me know. Help me in this matter. Let me feel better. I just wanna know.

That's it. I just want to know.

Kalau kau kata hal ini susah untuk kau, cuba fikir gandakan kesusahan yang letaknya pada aku juga. Aku cuma mahu menjalani hidup. Hidup yang tak perlu pun dilipatgandakan lagi masalah-masalah yang meruntun jiwa dan raga.

And you knew.

23.2.12

%

Kita diberikan pilihan-pilihan untuk memilih yang mana kita suka. Diberi kesenangan sebegitu yang terbentang depan mata, menjadikan ia lebih sukar sebenarnya. Walhal bila tidak dibuka satu pun pintu peluang, mulalah nak terhegeh-hegeh menagih rasa di sini sana.

Aku pun tak terkecuali.

21.2.12

Sound of silence

Ketukan yang bersilih ganti di pintu kamar aku tidak endahkan. Biarlah satu dunia pun memanggil aku. Aku cuma mahu sedikit masa untuk bersendirian.

19.2.12

Sempadan VI

I would like to curse. I would like to curse on your name. I would like to curse your eyes, your smiles, your nose, your cheek, your forehead, your long hair, your hands, your feet and just your everything.

Fuck.

16.2.12

Clogged heart #3

Setiap kali aku cuba melupa dan mengikis buang segala rasa, kau datang balik menempel dekat-dekat, rapat-rapat. Penat, tahu?

9.2.12

And you gonna remember me, by heart

Moga dalam lelap malam-mu, kau masih terfikirkan aku pada setiap halaman akhir. Supaya bila pagi menjengah, senyum mahupun perit itu kau tuju untuk aku. Cuma aku. Dan aku di balik sini, akan turut merasa seperti apa yang kau rasa. Kerana sudah bertahun-tahun pun aku ini mengulang tayang cerita yang sama, cuma dalam sedikit pengolahan yang berbeza dek kematangan waktu. Ruang jarak kali ini, mungkin sekali menjadi titik pusingan yang baru. Atau ada juga kebarangkalian yang tinggi untuk diusul jadi titik henti berdakwat basah dengan mata pena yang besar. Mengalir dan terpecah menggapai apa yang sempat di depan mata, untuk menyambung episod kehidupan yang baru.

6.2.12

Madness #2

Muntah luah aku di sini, cuma yang tahu rasanya saja akan faham. Aku tidak menuding jari pada sesiapa. Itu normaliti kehidupan. Manusia, gemarkan kesamaan dan menjadi pembenci nombor satu setiap beza.

1.2.12

Madness

Setiap keterlanjuran masa yang mengengsot pantas di sebelah sana. Setiap bingit masyarakat yang terpekik lolong. Aku agak sudah hilang kepedulian. Apa yang penting ialah samada sisa nafas yang ini berterusan mampu menyentuh hati kau.

Oh hai februari. Gelombang lalu masih bergelora.

26.1.12

..

Aku rindu tahun 2009. Aku juga akan merindu waktu-waktu sekarang.

25.1.12

Clogged heart #2

The heart just got clogged, again.

20.1.12

Tahan

Pada kadar perlahan, kehidupan agak menyesakkan aku. Pada kadar laju, sebenarnya ia melegakan beberapa perkara yang lebih melelahkan.

Berada pada jarak begini dengan kau benar-benar menguji kesetiaan dan ketahanan mental. Berdepan dengan pelbagai penyakit hati seperti rindu contohnya, bisa saja merobohkan tembok jiwa yang aku bina selama ini. Tembok yang dicipta khas untuk menghadang segala jenis serangan anasir luar yang mahu menggugah apa yang aku pegang-pegang selama bertemu seorang kau.

Aku masih bertahan.

16.1.12

Nota untuk kawan di sana

Sebenarnya kawan, cinta dan sakit tak pernah berenggang lama. Berhentilah. Awal lagi kau patut tahu penghujungnya.

7.1.12

Ketiadaan

Sekali lagi, perasaan yang sama datang kembali. Bagaikan angin yang membawa khabaran dari jauh, kau tiba-tiba saja sudah ada di depan mata. Rasa itu lembut. Mungkin kerana dalam beberapa ketika waktu senggang yang lama, aku sudah leraikan beberapa persoalan yang tersekat di celah kerongkong. Walau dalam kesibukan mengejar pelbagai agenda hidup, bayang-bayang kau tetap mengekori aku. Atau sebenarnya aku yang sibuk mengejar bayang-bayang kau? Aku rasa rindu yang seperti ini belum boleh luput dan mati begitu saja.

Salam tahun baru Masihi. Moga aku lebih teruja dengan hidup.

23.12.11

The now

I wish upon too many things. That is the major problem I have right at this very moment; and even in the past life. Shit happened all the time. I know, it still occur the next day. But I just couldn't keep my head straight thinking about this matter involving you, my love.

This place has existed for two years. What about the years ahead waiting to come? How about the years that passed before? What about now?

You tell me.

8.12.11

Sempadan V

Redup hari ini tak menjanjikan hari esok. Aku tahu.

29.11.11

Of all what matters

If only the single chance that we have, is literally only a split of second glances; then what next?

Captured

Terdapat partikel kecil dalam diri aku yang masih tanpa penat memberi ruang untuk kau bersemadi aman di dalamnya. Pergolakan jiwa yang berlaku, jarang sekali menggugat goyah kedudukan yang kau ungguli.

Pada ketika minda separuh sedar begini, dalam keadaan mata yang terkebil-kebil melayan pandangan yang samar-samar berbekalkan lampu-lampu di luar jendela bilik, aku tahu diri aku sebenarnya sudah rabak. Dah lama.

Sebolehnya aku cuba untuk tidak berfikir panjang tentang beberapa perkara sensitif lampau. Tetapi kalau sudah pahit rasanya, berbalang gula-gula pun belum tentu dapat menghilangkan rasa tersebut.

Terlalu banyak sudah kisah bodoh yang diulang tayang tapi sekarang ini aku cuma buat dek. Pura-pura lali. Lagi dilayan, membuak-buak amarah aku nak kena sumbat dalam poket serbaguna.

Warna-warna dunia semakin pudar. Macam dah tak ada apa yang tinggal. Moganya aku kukuh untuk di sini dengan pasak yang ada.

Hingga tamat.

21.11.11

Daun-daun kering yang bertaburan di jalan tar terbang dibawa angin. Hujan mulanya sedikit-sedikit. Tak lama lepastu kilat menyambar dan guruh berdentam-dentum. Ribut. Agak keributan juga aku dibuatnya dengan baju-baju, seluar jeans dua tiga yang lembab masih bersidai di ampaian belum berangkat.

Dah tak banyak masa yang tinggal sebenarnya, kan?

18.11.11

Menolak angin dan debu-debu ke atas

Untuk waktu sekarang.
Untuk seketika yang ini.
Untuk masa yang sedang galak berlari,
aku harap kau baik-baik saja di sebelah sana.

17.11.11

;;

Ada sepi yang direnung dalam pada air kopi pekat yang terhidang di depan. Dalam keadaan diam, masa yang berlalu dalam rentak lemah, melodi yang dipasang sedikit perlahan bunyinya, melankolik sungguh.

Klise.

12.11.11

,,

Aku masih cuba menjadi sebuah kejadian Tuhan yang paling bermakna dalam hidup kau.

8.11.11

Sempadan IV

Aku tak punya jawapan untuk persoalan-persoalan dan kegilaan-kegilaan yang terbentang depan sana. Terlalu banyak untuk diselesaikan. Terlalu banyak juga untuk ditinggalkan. Bahkan menoleh ke belakang pun mampu menterbalikkan kewarasan akal aku.

Boleh gila.

Setiap langkah memori yang sudahpun berlalu sebenarnya sering saja melambai di muka pintu, meja makan, ruang tingkap, gelas yang dipegang, kek yang dikunyah, bau udara lembab selepas hujan, warna lusuh jeans yang dipakai, minyak wangi, juga setiap kali aku gunakan cermin di bilik mandi dan sewaktu di kamar tidur.

Jangan fikir bukan-bukan kawan, heh.

Refleksi yang aku terima mampu gugupkan jiwa aku sendiri; mengingatkan aku pada bayangan redup sepasang mata coklat cair yang sering kelihatan tenggelam dalam dunia lain, walaupun pada suasana muzik keras yang berdentam-dentum ataupun bingit teriakan manusia-manusia yang cuba meliar melibatkan diri untuk kelihatan gah di kelompok majoriti.

Kau terlalu menyimpan sayang. Aku pula terlalu cuba untuk cuma mendengar.

Kalaulah aku mampu menolak segala penyelewengan, segala penipuan, segala bohong dan omongan bodoh yang wujud di sekitar sini untuk kau. Percayalah, tak ada lain yang aku mahu laksanakan selain daripada untuk menggembirakan hati yang di hujung sana.

Bersebelahan begini pun kau berasa sungguh jauh. Payah untuk aku gapai. Betapa aku berharap yang aku mampu rangkul tubuh kau dekat sini dan berlama begitu untuk beberapa tempoh waktu.

Tak banyak yang aku ada. Tapi aku boleh beri kau cinta.