30.8.11

1 Syawal

Moga selamat semuanya.

18.8.11

Panic-striken

Gelas di meja aku tenung lama. Kotak nikotin yang sudah remuk aku tolak ke tepi. Satu saja lagi untuk dihabiskan. Seorang teman rapat sedang ralit bercerita perihal hidupnya yang tak tentu arah. Aku cuma banyak mengangguk dari memberi respon suara. Dalam keadaan aku sekarang ini, untuk mendapatkan sedikit fokus pun agak susah. Otak aku celaru. Padat dengan suapan resah perkara-perkara yang tidak sepatutnya difikirkan.

Dia bersuara lagi. "Aku ni bukanlah apa, cuma mahu tempat untuk mengadu sikit. Selebihnya aku cuma mahu ada comfort zone yang bukan aku seorang saja boleh faham. Aku mahu kongsi. Aku dah penat hidup terumbang-ambing begini. Bebas? Ya. Tapi kebebasan macam ni tak menjamin kebahagian pun. Dan aku tak rasa puas. Kepuasan bagaimana, aku sendiri tak faham apa yang aku kejarkan. Tapi buat masa sekarang, aku mahu dia di sisi aku untuk tenggelam sama dalam kegembiraan yang aku mahu cipta."

Hembusan asap terakhir aku jadikan penamat konversasi yang tak berkesudahan. Paling menyakitkan, cuma aku yang beraksi di situ. Kelat.

8.8.11

Sempadan II

Jangan difikirkan sangat masalah dunia. Hati kau, dah bereskah urusannya?

Tenang, tenang.

5.8.11

Keributan pada hati aku cuba tolak ke tepi. Segala bisik iblis yang sibuk menggerumuni aku bangun dan tinggalkan. Belum terlambat.

Selamat Ramadhan.