27.6.11

Gagal 7.0

Setelah berkali-kali mencuba untuk menjadi lebih dari apa yang aku ada, aku gagal. Berkali-kali punya gagal setelah berkali-kali mencuba untuk menjadi lebih dari apa yang aku ada.

22.6.11

Kamu adalah satu dari cuma beberapa sedikit kejadian indah yang berlaku pada aku

Mungkin kiranya aku adalah sebahagian daripada fragmen-fragmen lalu dalam hidup kamu yang begitu mengujakan; tetapkanlah.

Kita mungkin cuba bertapak untuk menuju ke suatu tempat yang sama. Tetapi untuk masa yang kini sedang menghembus laju, jalan kita berbeza.

Kalau ditanya tentang hati, bohonglah untuk aku kata tidak bagi cinta yang ini. Ya, cinta. Cinta pandang pertama yang aku fikir cuma mainan mata yang berkenankan kesempurnaan suatu masa dulu.

Belakangkan saja penghakiman tentang hala dan arah hubungan yang ini.

#paused

Kamu adalah satu dari cuma beberapa sedikit kejadian indah yang berlaku pada aku. Mungkin kiranya aku adalah sebahagian daripada fragmen-fragmen lalu dalam hidup kamu yang begitu mengujakan; tetapkanlah.

Tetapkan saja begitu.

6.6.11

-

Aku bukan dambakan ciuman yang sempurna dari si bibir menggiurkan. Ciuman yang orang kata puas bila dapat. Tidak. Cuma apa yang aku mahu ialah kamu. Biar aku nyatakan di sini yang kamu bukanlah sesempurna mana pun. Tak ada yang sempurna langsung tiada cela. Dan untuk pengetahuan kamu sayang, cacat dan cela yang ada itulah membuatkan aku yang juga rompong ini beralih suka pada kamu. Aku tak punya alasan dan tahu-menahu kenapa dan mengapa. Bagaimana segala etika ini boleh berlaku. Segala depresi lalu. Dari bunyi-bunyi kesunyian yang mendesir deras menenggelamkan aku dalam delusi dunia lain. Apa yang aku tahu, cuma kau saja manusia yang mampu membuatkan aku jadi gila sebegini. Rasa tergoda nak dekat. Macam mengalir liur tengok makanan sedap. Peha gebu. Jantan tak berbaju. Buah dada. Rambut ikal. Bontot montok. Aku bukan cuba melucah atau memberi suntikan imaginasi lebih untuk kamu-kamu di sini. Aku cuma sedang cuba berlaku jujur untuk menyatakan maksud saja di sini.

Aku cuma percaya yang dunia sememangnya lebih indah bila aku bersama kamu.

3.6.11

Asterisk

Segalanya biasa-biasa saja tanpa manusia seperti kau di sisi.

Kehidupan kononnya lancar. Boleh dengar lagu-lagu kegemaran.

Duit dalam poket tak pernah tak ada walaupun ada tika-tika cuma dua ringgit yang tinggal.

Mampu bergelak tawa dengan kawan-kawan yang kita suka setiap masa.

Boleh lawan telan asap rokok yang berkepul-kepul.

Dapat layan tengok manusia-manusia tak tentu hala dalam keadaan mabuk jiwa.

Tarik nafas, hembus nafas pun mampu buat lagi.

Jiwa pula masih kosong. Ah, yang ni pun macam biasa juga. Apa perlu aku hidup dalam keadaan luarbiasa senantiasa?

Persetankan minda kefahaman orang lain. Aku boleh hidup dengan begini-begini saja.

Kononnya.