5.5.21

Menunggu Untuk Pergi

Keadaan sekarang menidakkan hak aku untuk menunggu. Penat ku tahan tangis, akhirnya mengalir basah sambil menatap skrin di hadapan. Khuatir juga ada rakan sekerja yang memerhati.

Pudar atau tidak rasa itu sudah jatuh pada hukum terpulang pada keadaan. Atau mungkin juga aku sudah perlu pulang. Kembali ke asal untuk sendiri-sendiri saja.

Kamu seperti sudah mencapai kata putus untuk masa depan yang masih kabur pada aku. Mungkin jelasnya di sini aku tidak lagi ada dalam perancangan kamu.

Mungkin sebenarnya kamu sudah muktamad memilih. Bilamana aku masih terkapai-kapai.

29.4.21

Janji

Janji berlapis-lapis ditabur mesra setiap kali aku mengutarakan persoalan masa depan. Dari awal juga sudah aku jelaskan jalan bagaimana yang aku mahu. Sudah jelas tidak berlapik. Namun nampaknya keadaan semakin kabur. Ada hal-hal yang tidak lagi terang. Semakin lama tidak semakin cerah; beransur kelam, gelap.