Sudah melepasi pertengahan bulan Mei. Aku hampir terlupa kewujudan tempat ini. Kesibukan dan kekurangan aku mengekang diri dari menulis banyak di sini. Masih terkontang-kanting dengan kehidupan. Usia masih merangkak malas ke depan, tak pernah berundur.
Kebelakangan ini aku gemar berseorangan. Pilihan-pilihan yang terbentang depan mata aku capai setakat boleh. Ada juga pilihan yang aku tolak ke tepi dahulu demi menjaga keamanan hati yang semakin hari semakin tak waras.
Aku rasa aku sudah agak hanyut dalam mainan perasaan sendiri. Empat tahun lepas aku tahu keadaan akan seperti ini jika hubungan tanpa label ini bertahan lama. Hubungan yang pernah aku sebutkan sekali di sini, aku pinta dari Dia.
Hubungan dengan Tuhan pun aku tak berapa nak jaga, masakan hubungan yang ini akan terjaga. Heh, tahilembu betul perangai nak macam-macam.
Manusia-manusia di sekeliling sudah menapak menggagah maju, I'm glad. Cuma aku yang masih berhenti di persimpangan menanti jawapan tulus dari dalam hati. Cuba menyogok akal untuk menyokong sama kononnya secara rasional segala ini adil untuk aku.
Sesungguhnya kita, selaku manusia akan sentiasa merasa takut akan ketidakpastian.
22.5.13
Subscribe to:
Posts (Atom)