15.7.13

Tentang cinta yang ini

Cinta ialah apa yang tinggal setelah segala jenis sifat mementingkan diri dibuang dari hati yang terpencil.

Cinta ialah anugerah Tuhan. Kebolehan ataupun peluang untuk mencintai itu kadangnya merupakan kepuasan yang tak boleh diganti tukar dengan perkara lain.

Kisah cinta kebiasaannya takkan terjadi sepertimana yang kau harap impikan. Biasanya memang tak.

Seorang A sukakan seorang B. Tetapi seorang B sukakan seorang C. Seorang B katakan pada seorang A yang cinta tak boleh dipaksa. Seorang C juga sebenarnya mungkin bagitahu benda yang sama pada seorang B. Ini ialah kitaran yang normal.

Mempunyai seseorang yang sukakan kamu, cintakan kamu tanpa syarat merupakan perkara paling indah boleh terjadi untuk kehidupan yang cuma sementara ini. Akan tetapi kembali ke rangkap keempat, cinta tak boleh dipaksa.

Aku pernah baca yang jodoh ialah bila kamu lihatnya, ada rasa suka. Mungkin kamu benci dia tapi kalau ada sikit suka, itu merupakan satu kemungkinan jodoh. Jika hati kamu kata tidak dari awal, maka tidaklah.

Melihat kamu tersenyum dengan mata yang bersinar memandang tepat ke mata aku, jantung aku luruh. Nafas aku terhenti untuk beberapa ketika. Momen ini akan aku ulang tayang dalam kotak memori kerana aku tahu, perhubungan ini akan cuma tinggal sebagai sebuah kenangan tak lama lagi.

Perkataan 'tak lama lagi' ini, aku tahu aku dah selalu sangat guna. Dari sejak tempat ini wujud.

So yeah I'm grateful enough that God still did not take you away from me.

1.7.13

Diam

Masih ada degup yang berbaki untuk kamu. Mungkin selamanya akan begini. Aku memang tak kuat langsung nak menangkis buang segalanya pergi sekelip mata.

Jarak takkan tenggelamkan rasa yang ini. Jarak cuma akan menambah pedih pada hati aku.

25.6.13

Of haze and you

Dunia kalut sesak nafas kerana jerebu,
aku kabut sesak nafas terfikir kenang-kan kamu.

Yeah this one is cheesy.

17.6.13

Bergaduh dengan perasaan sendiri. Tak mudah untuk aku meluncurkan kata-kata dalam sini untuk masa sekarang.

I'm so fucking scared. Fuck!

5.6.13

Sempadan VII

Aku sebenarnya sangatlah gerun memikirkan wujudnya kemungkinan yang meletakkan kau di luar hubungan ini dalam masa terdekat.

Takut sangat-sangat.

Kebiasaannya kita terikat dengan perkara yang menselesakan.
Kau salah satu dari perkara itu.

Jadi ya, sukar aku nak lepaskan pergi.

Perkara ini pun sudah bertahun juga bolak-balik dalam pemikiran aku jadi sepatutnya aku sudah bersedia untuk melepaskan kamu.

22.5.13

Hidup dan hati yang mati

Sudah melepasi pertengahan bulan Mei. Aku hampir terlupa kewujudan tempat ini. Kesibukan dan kekurangan aku mengekang diri dari menulis banyak di sini. Masih terkontang-kanting dengan kehidupan. Usia masih merangkak malas ke depan, tak pernah berundur.

Kebelakangan ini aku gemar berseorangan. Pilihan-pilihan yang terbentang depan mata aku capai setakat boleh. Ada juga pilihan yang aku tolak ke tepi dahulu demi menjaga keamanan hati yang semakin hari semakin tak waras.

Aku rasa aku sudah agak hanyut dalam mainan perasaan sendiri. Empat tahun lepas aku tahu keadaan akan seperti ini jika hubungan tanpa label ini bertahan lama. Hubungan yang pernah aku sebutkan sekali di sini, aku pinta dari Dia.

Hubungan dengan Tuhan pun aku tak berapa nak jaga, masakan hubungan yang ini akan terjaga. Heh, tahilembu betul perangai nak macam-macam.

Manusia-manusia di sekeliling sudah menapak menggagah maju, I'm glad. Cuma aku yang masih berhenti di persimpangan menanti jawapan tulus dari dalam hati. Cuba menyogok akal untuk menyokong sama kononnya secara rasional segala ini adil untuk aku.

Sesungguhnya kita, selaku manusia akan sentiasa merasa takut akan ketidakpastian.

30.4.13

Parut rasa pada hati ini, masih berbekas benda yang sama.

. . .

26.4.13

I'm scared

Because I like you too much.

You're hurting me. And it is my fault.

I'm just a sinner who fell hard;
and still falling repeatedly for you.

I wish I could close this book and get a new one.

God, forgive me.

Hey you, what do you see in me?

1.2.13

I know I shouldn't be sad

But I am as sad as sad can be.

Heavy heart. Cloudy mind.

I wish I could put my problems to sleep. So that they won't come barging through the door at midnight, unwelcome--without knocking.

29.1.13

Hei hati

Bila Tuhan lambatkan permintaan aku yang ini, permintaan yang lain akan didahulu-mudahkan atau tidak?

Aku ini tak gagah mana. Berapa lama aku mampu bertahan bergantung pada suapan sekeliling yang peduli.

Bersendiri aku boleh rebah tak ke sudah.