Hidup ini berat, aku tahu. Angkat kepala tengok kiri kanan pun dengan mudahnya boleh tangkap wajah-wajah yang suram sedang bergegas ke destinasi masing-masing. Aku sedang cuba diamkan diri menyedut segala rasa yang timbul di sudut ini, sudut paling strategik untuk aku baca manusia yang lalu lalang.
Tapi, dapatkah mereka baca aku?
Oh ya, selamat pagi. Selamat beristirehat dan bercanda mesra dengan orang-orang yang kamu sayang. Contohnya diri kamu sendiri.
24.11.12
16.11.12
. .
Tuhan, sudah sampaikah masa untuk aku lupuskan perasaan yang ini? Kerana tiba-tiba saja seperti ada ranting baru yang kukuh untuk aku berpegang, pohonnya rimbun untuk aku berteduh.
8.11.12
Kadang-kadang aku cuba buat-buat lupa dengan ingatan hati yang terikat pada jiwa seorang kau. Masih sama seperti tahun-tahun di belakang sana. Masih setia pada si pemilik tubuh yang sama. Masih di sini teringatkan kau dalam setiap hembus nafas sehari-hari. Kegilaan apakah ini mungkin cuma Tuhan yang tahu. Hidup bergantung dengan kegilaan seperti ini tidak semudah apa yang aku paparkan. Tidak semudah apa yang aku ceritakan. Ada bagian dalam diri yang cuma dikongsi dengan pemilik semesta alam kerna awalnya memang perasaan ini aku pinta dari yang Satu itu juga. Cumanya aku tidak sedar benih-benih sudah begitu banyak mengalami proses percambahan dan tumbuh meliar. Barangkali lama begini, ada kenalan rapat yang sudah sedar akan pameran perasaan yang aku usaha sorokkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)