28.10.12
Riddles
Kopi yang terisi dalam cawan putih di hadapan aku hitam pekat. Sepekat perasaan aku pada kau. Sampaikan bila diminum sedikit-sedikit, ada kesan garis-garis kopi di keliling bahagian dalam cawan putih tadi. Dibiar kering tak terisi pun ia akan terus berbekas sebegitu. Melainkan ada yang datang mencuci buang kesan perasaan aku yang ini. Aku cuba mengekang perasaan daripada terus gundah. Akan tetapi yang akan terus-terusan saja tak mampu diolah keluar adalah tentang rasa.
7.10.12
Foresee
Agakan awal aku dari permulaan tahun ini agak meleset. Dengan jarak yang ada pada waktu itu, aku agak yakin akan wujud titik pusingan baru dalam episod kisah kau dan aku. Atau dalam kata lain, episod hidup aku yang meng-kisahkan tentang seorang kau. Rupa-rupanya tidak. Aku betul berharap, harapan-harapan aku tidak dihenyak semudahnya tanpa sebarang alasan. Kerana pengharapan-pengharapan itu terwujud asalnya dari sikap percaya akan adanya sesuatu antara kita. Kalau tidak masakan aku boleh jadi gila begini. Telepati itu, wujud tidak sebenarnya? Kalau betul ia ada, kau memang tahu sangat bukan apa yang aku bukukan dalam sini. Kata orang, berdepan dengan manusia yang kau suka, sehebat mana pun kau cuba sorok sembunyikan, tetap akan terpampang jelas pada mata orang tersebut. Ya mungkin cuma tertakluk pada manusia yang hebat membaca minda macam aku contohnya. Boleh baca habit manusia sekeliling, perangai teman yang ada. Tapi ah tak usah tanya. Setentunya aku tak mampu baca kau. Kau dan dunia kau. Kau, mampu baca aku tak? Hmm, lupakan persoalan yang ini. Otak aku terlalu ligat. Aku penat. Aku cuma mahu tidur diulit mimpi yang tenang. Aku cuma mahu keberadaan aku diiktiraf oleh manusia-manusia yang penting dalam hidup aku. Yang tak penting tu, persetankanlah. Paling penting selepas keluarga, kau.
Subscribe to:
Posts (Atom)