29.4.12
16.4.12
5.4.12
I let my guard down years ago to let you in
Kau tahu macam mana selalunya manusia seperti kita menghadap hidup sehari-harian? Kebiasaan yang kita buat ialah ikut saja laluan yang dituding orang ramai. Sampailah satu tahap ini di mana kita-kita mula rasa nak berhenti sejenak dan mengaktifkan deria fikir dengan lebih mendalam.
Tiba-tiba semuanya rasa kosong.
Teraba-raba dalam gelap, terbawa-bawa dalam arus. Rasa hilang, jatuh dan pelbagai kefikiran lain mula menyinggah. Takut bila rasa cuma sendiri-sendiri. Mulalah nak gusar sini sana. Beratkan otak dengan entah apa-apa punya isi.
Sudah sifat manusia untuk menjadi manusia sebegini.
Sebenarnya segalanya di tangan kau. Tak ada sesiapa yang boleh menembusi seorang kau, melainkan kau yang benarkan ia untuk berlaku. Mana boleh lari dari diri sendiri, kan?
Tak mudah nak menguasai segalanya. Untuk rancang itu ini dan menaruh harapan yang tinggi untuk ia berjaya. Berharap itu sendiri bukanlah sesuatu yang mudah. Adunan percaya dan kebolehan diri untuk menghadap situasi-situasi yang melemahkan itu antara bukti-bukti persediaan untuk menaruh harap terhadap suatu perkara yang tiada kepastian yang utuh.
Macam tahun-tahun sudah, dan masih. Muaklah dengan setiap ini, aku masih begini--di sini.
1.4.12
Clogged heart #4
Mungkin betul. Cinta bukan agenda utama untuk dikejar buat masa ini.
My mind is too occupied with some other things. Perhaps I do enjoy it that way.
Kau tahu kalau seseorang itu ketagih akan sesuatu benda, payah nak berhenti. Contoh yang mudah aku beri nikotin dan kafein. Hari-hari, setiap jam, setiap minit mesti nak. Kalau hulur takkan tolak. Kalau nampak mesti nak raih bagi dekat.
Kau tahu kekuatan macam mana diperlukan nak tangkis segala mahu akannya? Bila ketagihan seperti ini nak dihentikan, tak mudah. Payah, seksa. Macam-macam hal seperti migrain, muntah-muntah, tak mampu tidur dan banyak lagi simptom datang singgah melarat.
Macam bila ketagih kat kau. Bukan mudah nak berhenti. Ada lah tu simptom yang menyusul kalau betul aku nak buang segala ketagihan ni.
It's April, and you're still a fool. I mean me.
Subscribe to:
Posts (Atom)