31.10.11

The sweet serenity we used to share during our small talks and big laughs

Yeah. I am pretty sure about missing that right now. Terribly.

30.10.11

The sunday blues

Of all the silence I had, of all the things I've done, of all the fragile soul I treasured, of all the broken hearts along the way; I find that no matter what happened, I just want you.

Yes, you.

27.10.11

Psychosis

Call me a thief. I won't bother. Call me anything you want, and I won't bother. Life has been too heavy to lift around like the old days. The old days where we used to do things the way we like. No rules telling to stop. Can you sense my presence? I am here. Always here, for you.

21.10.11

The silence

Dalam diam pekat malam berbisikkan melodi perlahan instrumen yang harmoni, berbekalkan kafein yang tak putus, besertakan bunyi rintik hujan bertemu atap, kefikiran aku tiada lain jika bukan tentang kamu. Dasar-dasar solitud yang digembar-gemburkan waktu ini sedang melesap ke ruang dalam bentuk partikel paling kecil.

Yang tinggal cumalah rasa. Satu rasa yang tinggal. Contohnya rasa kopi pada lidah.

18.10.11

Apa caranya untuk aku bobokkan diri dalam ulitan sang pemimpi? Bila realiti menghimpit keras dalam hutan suasana yang bingit. Aku lemas walau dalam selimut pagi yang menyamankan. Pada pengakhiran waktu yang menyusur perlahan, hal-hal kegilaan yang sebegini melukakan isi dalam aku hingga ke dasar. Ada kau ambil tahu? Heh.

12.10.11

You owe me your heart,

10.10.11

Untuk seseorang

Berdiri dalam pekat malam yang kebelakangan ini bintangnya kelihatan malu-malu untuk menampakkan diri; cuma penuh dengan lapisan awan nipis, aku sambung berfikir tentang denyut-denyut yang agak membebankan lewat minggu-minggu lalu. Migrain, bukan perkara yang aku sanggup hadap pada waktu-waktu yang deras berlari sekarang ini.

Kaget? Ya.

Kadang-kadang perkara yang kau paling jangka-mahu-kan tak pernah menyinggah. Perkara yang kau tak sangka-sangka tanpa segan datang bertandang selama mahu, lagi-lagi pada detik-detik yang diam-diam pada hujung senja. Hidup dengan pengawasan yang ragu-ragu terhadap segalanya, rapuh. Keyakinan yang semakin pudar, mampu membunuh rasa-rasa yang tersisa pada bila-bila masa.

Kita hidup berlandaskan polisi. Polisi bukan bapak polisi. Aku maksudkan syarat dan aturan yang sedia termaktub. Untuk hidup ada susahnya. Untuk makan ada laparnya. Untuk ke sana ke mari ada malas dan penatnya. Dan untuk menyimpan rasa yang tak terluah, ada sakit dan peritnya.

Berlaku positif terhadap semua benda bukannya ibarat membaling syiling dan memilih cuma antara dua pilihan. Contohnya bila berlaku satu perkara yang meng-fuckup-kan mood kau hari ini. Kau boleh mencarut, buat isyarat jari tengah dan julang tinggi-tinggi ke langit, lari berbogel ke hulu ke hilir, makan sepuas hati, ataupun terus tidur tak mahu bangun sampai matahari esok pula yang terlebih dahulu bangun melaksanakan tugas.

Mungkin sebenarnya paksi yang menggerakkan sedang berputar dalam keadaan terbalik. Menjadikan segalanya bagaikan imaginasi liar yang bergerak laju, cuba menggoda aku ke arah sesuatu yang seyakinnya tiada kepastian yang nyata. Aku hilang arah untuk berpijak pada realiti yang penuh ruang kosong. Bagaimana aku yang tidak punya apa begini mahu mengisinya penuh? Heh.

There are times when I told myself that enough is enough. That the need to stop is a necessity I need to adapt myself with. For a better tomorrow. For a better me. Maybe it was even better for you to not meet me. A me. Who selfishly think that meeting you is one of the best thing that ever happened, to a me.

Malam ini, dengan emosi dan jiwa yang masih terganggu dengan bayangan yang masih mengejar. Aku mula menghargai indah dan agungnya bulan atas sana, tak segan menunjukkan diri. Megah, walau berparut. Barangkali bulan juga dulunya penuh sakit yang terpaksa diharungi sendirian. Kalau aku manusia punya juta-ribu-ribuan teman lain untuk melayari laman sosial dan berblogging sama-sama, mencari pengaruh itu dan ini, bicara hal-hal remeh dan ringan tentang media dan politik yang mencelarukan minda, punya kau yang juga manusia, bulan itu cuma satu dan ya, bersendirian.

Aku adalah beberapa kerat dalam spesis manusia yang dengan mudah mampu melupakan tentang apa saja kesan fizikal yang berlaku pada aku. Tentang perjalanan deria aku. Contohnya wajah seseorang, bau seseorang, suara seseorang. Senang. Cuma dengan sedikir klik dan aku boleh dengan normal mengatakan yang oh aku betul tidak tahu kisah apa yang kau sedang ceritakan kerana memori itu telah aku padamkan. Tapi untuk beberapa sesuatu juga yang ceritanya terkesan pada hati, tak mudah.

Walaupun aku masih dan tetap cuma mahu simpan rasa ini dalam sini, ceruk hujung paling dalam di sini (tunjuk hati), kadangnya aku mahu Tuhan beritahu saja rasa ini, gundah yang ini pada kau. Ceritakan pada kau setiap ragu dan lemah aku, supaya kau selalu bersedia pada setiap hujung rapuh aku. Kerana aku ini akan sentiasa saja ada untuk kau, manusia. Walau mungkin waktu itu cuma tinggal sedikit asa yang Tuhan pinjamkan. Waktu yang sekarang ini, koordinatnya pada kau.

'there's a light
a certain kind of light
that never shone on me

I live and breathe for you
but what good does it do?'

2.10.11

Sempadan III

Pada dasar laut yang tak terjangkau, pada langit tinggi yang payah diraih. Aku jeritkan laungan paling kuat sehinggakan gema itu melantun pada yang dituju tujuh kali, sebelum ia diam dan kembali hanyut melarut dalam lapisan yang tak dilihat. Sepi. Sunyi kembali menghantui ruang pemikiran aku. Ada manusia yang sedang merai tawa bersama teman-teman di sebelah bucu sana. Kebanyakan darinya ketawa terbahak-bahak. Ada yang sampaikan tersembur air yang diminum. Pada detik yang sedang menyerut isi perutku, aku berkira-kira untuk bangun dari situ lalu berpindah ke kedai makan lain. Atau terus saja diam di situ cuba mengolah aktiviti manusia-manusia yang asyik dengan keseronokan nun sana. Bukan salah mereka pun. Yang kurangnya aku.