30.11.09

terus saja

pejam kuat2.
genggam kuat2.

rasai perlahan2.
jiwai perlahan2.

tarik nafas.
hembus nafas.

masih bernyawa.
masih di sini.

bagaikan bayang.
igauan terbayang.

lupakan saja.
lupakan semua.

terus saja.
terus berhidup.

29.11.09

hey kamu

aku mahu pegang tangan itu.
ya, aku maksudkan kau.
boleh?

kerna aku rasa tidak mampu lagi untuk berjalan pulang longlai berseorangan begini tanpa kamu.

28.11.09

choices

di genggaman tangan kanan, kau kepal segala debu2 kebaikan.
di genggaman tangan kiri, kau kepal segala debu2 keburukan.

kau diberi pilihan;
untuk membuang apa yang ada.

mana satu yang kau pilih?
bukakan tangan kiri dan kananmu.

mulakan dari awal.
di kanvas putih yang tiada contengan buruk mahupun lukisan indah.

kerna jika dengan hanya membuka genggaman di tangan kiri itu, kau akan merasa isi di tangan kanan itu sudah memadai untuk membekalkan kesenangan untuk kau.

walhal;
dalam pejam, debu2 itu telah telah dibawa angin melalui celahan2 yang ada.

26.11.09

subuh

waktu paling seronok untuk menghirup udara pagi. lagi2 bila lepas kucup sejadah puas2. sakit kepala pun lari lintang pukang kena tiup angin.


well;
nak hirup udara malam pada waktu malam lah.

25.11.09

sepuluh

kita selalu mengira dari satu sampai sepuluh. jarang2 sekali mula mengira sepuluh sampai satu untuk beberapa tarikh yang dianggap penting. perlu countdown kononnya supaya lebih tampak hebat, cool, gempak dan seumpamanya.

dalam hidup ni. ada yang perlu ditambah. didarab sama dan dibahagi sama rata. maka akan ada juga sisa yang berbaki itu from time to time. maka tolaklah ia ke tepi.

hidup kau. kau punya pilihan untuk buat keputusan sendiri. jika perlu, pinjamlah mana2 fikiran yang perlu. jangan cetekkan diri dengan menangkis setiap yang bukan dari fahaman kau.

tak semua perkara boleh diadaptasi dalam kehidupan itu. ada spesifikasi tertentu yang perlu difahami di sini.

seperti usia misalnya.
bertambah dari tahun ke tahun.

amal soleh.
boleh didarab gandakan mengikut kemahuanNya.

pahala yang ada itu boleh dibahagikan kepada manusia yang kau kasihani dengan izinNya.

kebaikan yang melimpah ruah;
tertolaklah segala keburukan yang ada.

24.11.09

bittersweet karma

semua orang suka bicara tentang karma. apa itu karma? aku tahu alicia keys ada nyanyi lagu tajuk karma.

we all love those karma yang buat kita gembira. and hate it with never ending hatred when dealing with kepahitan.

pahit dia bukan boleh hilang hanya dengan makan gula2 kapas yang manis berwarna merah jambu itu. atau dengan pelukan erat dari orang2 tersayang.

bila hati kau sudah kelam dan terselam. apa2 deed yang baik people around you buat pun kau takkan pernah sedar walau bergelen banyak.

bila jiwa kau penuh keseronokan pula. apa2 niat jahat manusia di sekeliling pun akan hanya tergeleng manja melihat kerenah kau lalu melupakan apa yang tersirat.

22.11.09

benci

aku cukup tak suka bila menyedari yang aku juga manusia yang punya perasaan pada jantina berlawanan.


serius.
sangat sakit bila menahan begini.

hidup in denial walaupun selamat selalunya parah.

tapi;
aku seperti tak mampu lagi untuk hipokrit pada diri.

gila.
aku benar suka dia.

15.11.09

-

aku menanti. mencari cerah dalam sang gelap.

1.11.09

satu

gunakan akal fikiran. jangan dipersia hidup yang penuh nilai dengan kotoran yang kau ketemu di pertengahan jalan ketika kau bersiar-siar di tepi jalan mahupun sewaktu menjalankan aktiviti sosial yang kau agungkan itu.

supaya di penamat hidup nanti akan ada yang bersedekah melimpah-limpah ketika yang masih mengenalmu sebagai kawan sahabat rakan keluarga saudara semua masih punya kudrat kukuh untuk menghadiahi kau ayat-ayat suci buat bekalan tambahan hidup kau di sana.

ini hidup. hidup harus bernilai. agar nilai itu dapat dihormat walau kau sudah lama tinggalkan sini. jangan pula bila kau sudah tiada juga masih ada yang menambah bekalan neraka untuk kau di sana.